Wednesday, 15 March 2017

Kalau Rosak Jangan Dibuang

Kalau Rosak Jangan Terus Dibuang

Ini kerusi set almari solek saya. Hampir 4 tahun usianya.  Seusia kami di sini.  Sudah rosak dan patah dikerjakan dek budak berdua anak bertuah saya ni.

.

Sayang nak dibuang. Sentimental values. Ini kenangan. Kenangan saya dan suami ketika mula-mula duduk di sini. Mula-mula hidup sebumbung setelah 3 tahun hidup PJJ.  Bukan senang nak mendapatkannya. Hasil titik peluh kami bekerja. Beli sikit-sikit perabot rumah ni. Susah bersama. Manis untuk dikenang sekarang.  Bila tengok semua barang ada ceritanya tersendiri. Tu sayang nak buang. Saya ni penyayang orangnya.  Eh!  Ha3.

.

Jadi petang ni kita DIY kerusi ni.  Masih boleh digunakan untuk manfaat lain.  Tengok nanti jadi apa ye. He3.
.

Begitulah juga  kita kawan dalam perhubungan rumahtangga. Sekiranya ada yang 'rosak' janganlah terus dibuang.  Baikilah ia agar perhuhungan itu kekal. Repair. Cari puncanya. Kata orang kalau rosak kuku yang panjang potonglah kukunya itu  bukan dipotong tangannya itu. Jangan cepat sangat cari baru. Cari ganti.  Ye patah tumbuh hilang berganti tetapi yang tumbuh takkan sama dengan yang patah.  Takkan.

.

Dalam perkahwinan suami isteri usah terlalu teliti menghisab pasangan. Terkadang2 kita perlu pura-pura tidak nampak, tidak lihat, tidak dengar, tidak hidu & tidak tahu. Ketelitian hanya akan merosak perhubungan.

~ Perkahwinan itu bukan tentang mencari yang sempurna tetapi saling menyempurnakan.

😊

Salmah Darjad
Pengurus RumahTangga

#DIY
#BukanCariBaru




Tuesday, 14 March 2017

Ayam Berempah Mudah My Version


Bebudak ni suka makan ayam.  Hari2 ayam je.  Jemu dah mak ni nasal asyik ayam je.  Tak tahu dah nak masak apa. Akhirnya,  masak ni je la.

Ayam Berempah

1. Ayam potong kecik2.
2. Blend bawang putih,  bawang merah,  halia,  serai
3. Sangai dan tumbuk jintan putih,  jintan manis,  ketumbar
4. Garam
5.  Serbuk kunyit
6. Serbuk kari
7. Gaul semua bahan dengan ayam
8. Perap

Siap.. 😊😊

~ kalau nak spicy buh serbuk cili skit.


Sambal Sardin Masak Tempoyak My Version


Asyik cerita pasal anak2 dan motivasi je.  Kali ni kita share resepi la plak ye.he3. Check it out!

Jemput lunch semua!

Korang masak apa?  Kita masak sambal sardin masak tempoyak.  πŸ˜Š

Sambal Sardin Masak Tempoyak

. Tumis bawang putih,  bawang merah,  halia,  cili api yang telah ditumbuk.
. Masukkan serai yang telah diketuk.
. Masukkan kuah sardin,  air,  dan tempoyak.
. Masukkan garam.
. Last sekali masukkan ikan sardin.
 Siap!

~ kalau ada belimbing buluh lagi sedap.

Mudah kan!  Selamat mencuba!

😊



Sunday, 12 March 2017

Sahabat Itu Bagaimana Harusnya

Ada sahabat.. dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat.. dia macam gula. Sedap sangat bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi... tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁

Ada sahabat.. dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat...dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving.. terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat.. dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺

Walau kategori mana pun anda berada. Semuanya saling melengkapi hidup ni. *Semuanya pentinggggg*. Kalau salah satu takde, tak happening harian hidup ini tau.πŸ˜ŠπŸ˜πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜‰

Sayang sahabat semua.

~ Biar kawan lupa kita jangan kita lupa kawan.

#copypaste

Cerita Fateh Lagi

Balik sekolah di dalam kereta.

Mama,  mama masak apa hari ini?

Mama tak sempat masak lagi. Tadi mama bawa adik pergi klinik.  Balik tu mama basuh kain dengan tangan. Kan mesin basuh rosak. Lama la mama kat bilik air. Tengok tengok dah pukul 12 lebih. Terus mama datang sini ambil Abg. Tak sempat masak lagi. Abg marah ke?

Tak. Abg tak marah. Kesian mama. Ni mama makan dah? (prihatin bunyinye).

Belum lagi. Jawabku berlakon sedih. Tersentuh hati atas keprihatinannya.  Minta mintalah dia cakap mama tak payahlah masak. Suruh babah je beli lauk. Doaku dalam hati. Fuh fuh fuh...

Tiba tiba,

Takpelah.  Mama pergilah masak dulu.  Abg tunggu. Abg rehat.  Abg nak sup ikan merah nenek tau.

Ceh.. πŸ˜…πŸ˜…
Hancus harapan. Baru nak touching. Kemain pulak tu ordernye.  Sabau je ler.

πŸ˜‚πŸ˜‚

#DiariSuriRumah
#MasakLaKau

Fateh Fateh Fateh. Sabo Je La

Sampai di sekolah tengok budak-budak sudah keluar.  Tapi tak nampak pulak kelibat si dia.  Biasa bila dah keluar dia akan duduk menunggu siap berkasut sambil tersenyum bila ternampak aku menjemputnya.

Tapi hari ni tak. Tak nampak dia. Aku tengok sorang sorang budak budak yang keluar. Bukan dia!

Ah sudah! Debor rasa.

Aku gerak ke kelasnya.  Barulah nampak dia.  Terpisat - pisat. Merah matanya.  Last sekali keluar. Nape pulak tu? menangis ke mata merah.  Ada orang buat ke.  Ishh..debor ni.

Baru nak tanya cikgu dia cakap...

Fateh tidur tadi. Tu lambat.Dia baru bangun tu.  Kata cikgunya.

Fateh tidur dalam kelas? Adeh fateh awat la pi tidoq dalam kelaih! Ikut sape la ni tidoq dalam kelaih ni?  Ha3

Ingat apa la tadi.  Rupanya dia tidur.  Ishh budak ni!



πŸ˜‚


Happy Birthday kawan

Dedikasi buat sahabatku Noor Jannah,

Teman itu seperti bintang.  Tak selalu nampak tapi selalu ada di hati. 😘

Persahabatan itu seperti tangan dan mata.  Saat tangan terluka,  mata menangis.  Saat mata menangis,  tangan yang menghapusnya. 😭

Di saat kita semua punya kehidupan masing-masing dan hidup kita semua berubah,  di harap apapun perubahan itu, kita akan tetap sahabat selamanya. Memori bersama tetap dalam kenangan.

Sempena kelahiranmu hari ni sahabat,
Aku doakan agar kau dipanjangkan usia,  dimurahkan rezeki,  dikurniakan kesihatan yang baik,  bahagia,  gembira,  berjaya dunia akhirat dan sentiasa di bawah lindungan, peliharaan,  rahmat dan kasih sayang Allah.  Moga segala urusanmu dipermudahkan.  Amin.

~ sayang ko.  πŸ˜πŸ˜πŸ˜

#SahabatSelamanya
#KamiAnakFelda


Jangan paksa orang jadi kaya

Kenapa saya tulis tentang "JANGAN PAKSA ORANG JADI KAYA?"

Sebab terlalu ramai makin berani memandang rendah kepada orang lain secara terbuka hanya kerana mereka memilih untuk 'makan gaji', untuk berniaga kecil-kecilan, untuk jadi surirumah sepenuh masa, untuk bahagia dengan cara mereka.

Sebab terlalu ramai makin lupa maksud 'positivity' dan optimis yang sebenarnya sehingga melukakan hati-hati orang di sekeliling mereka, sehingga terlupa asas ukhuwah sesama insan.

Sebab terlalu ramai makin memberi tekanan kepada orang lain bahawasanya kalau kita tidak bersungguh mencuba sekian sekian; kita tergolong dlm kategori yang malas. Sedangkan sejauh mana kita nampak rajin, malas atau usaha orang lain dlm kerjaya atau pilihan mereka?

Sebab terlalu ramai makin bongkak tayang duit, tayang harta, tayang kereta, tayang beg mahal dengan 'caption' penuh sombong dan riak atas dasar ingin memberi motivasi dan inspirasi; tapi sebenarnya motibasi dan inspiribasi.

Sebab terlalu ramai makin berani menyindir orang lain secara terang-terangan-- kalau nak berniaga kecil-kecilan, tak perlu berniaga! Ini hanyalah kesombongan, bukan motivasi. Kerana sudah ada yg makin berani meletakkan perbezaan manusia itu hanya pada ilmu dunia. Bukan itu nombor satu; tapi taqwa.

Teruskan buat apa yg kita mampu buat; tapi ingatlah, tak semua boleh buat apa kita buat & pilih apa yg kita pilih sbb manusia berbeza kudratnya dan Allah cipta semuanya indah dalam ketidaksempurnaan masing-masing.

Teruskan visi kita untuk kaya supaya dapat membantu ummah, memberi sedekah, bantu keluarga; tapi pastikan segala perlakuan & perkataan kita juga 'on track', tidak bersalut sombong dan riak. Jangan disoal berapa banyak orang lain sudah memberi? Tapi soal diri sendiri; kenapa angkuh dalam amalan dan jariah? Muhasabah dan taubat.

Semua boleh membantu ummah dengan cara sendiri. Ada yang mampu dari segi kewangan. Ada yang mampu keluar berdakwah. Ada yang mampu ke Palestin, ke Syria. Ada yang mampu turun ke jalanan memberi makan kpd gelandangan. Ada yang mampu membantu yang sakit di hujung kampung.

Benar hadis sahih sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia. Tapi pengertian 'manfaat' bukan sekadar pada harta atau wang ringgit. 'Manfaat' itu pada waktu kita membantu sesama saudara. 'Manfaat' itu pada ketika kita memberi doa dlm diam buat yg ditimpa bencana. 'Manfaat' itu pada waktu kita menghulurkan bahu utk rakan meleraikan airmatanya. 'Manfaat' itu pada waktu kita meminjamkan telinga buat sesiapa sahaja yg ingin meluahkan duka yg terbuku di dada. 'Manfaat' itu pada ketika anak soleh menjaga dan membahagiakan ibubapanya yang sakit terlantar.

Kita semua; semuanya sama. Sekali sekala, rendah-rendahkan diri. Bernafaslah dalam penuh sifat kehambaan. Kita sebenarnya hanya hamba Allah yang hina. Terlalu hina. Kalau kita sudah di atas, ingat balik bagaimana kita bermula?

Entah berapa lama lagi masa yang ada untuk kita. Entah cukup atau tidak bekalan untuk dibawa ke sana. Entah bersedia atau tidak kita untuk mati? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Ampunkan kami semua ya Allah. Kami lalai. Sungguh kami lalai.

Dan ingatlah--

Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Copypaste dari fb Ell F Azman

#muhasabaheveryday
#notetomyself

Darjat

DARJAT

Berbual dengan rakan baik yang suaminya diuji dengan kanser yang agresif; tahap 2 berubah ke tahap 4 dalam masa tak sampai setengah tahun. Dia mulanya sedih teramat, namun kini dah redha.

Akur dan redha dengan takdir Tuhan atas kehidupannya.

Katanya dari dulu dia berdoa agar suaminya diberi hidayah. Supaya lebih penyayang, lebih mendekatkan diri pada keluarga dan Tuhan.

Rupanya memang Tuhan kabulkan permintaannya. Namun ia datang bersama pakej ujian yang amat berat.

Namun dengan ujian berat itu membuatkan insan perengus menjadi penyabar, insan baran menjadi penyayang, insan yang dulunya gelisah dengan ibadah bertukar lebih dekat dengan Tuhan.

Ya. Sekarang rakan saya itu dah faham hikmah ujian Tuhan.

Sahabat saya yang lain pula diuji dengan suami yang makin galak nak tambah cawangan. Padahal nafkah keluarga ditanggung isteri. Tanggungjawab pada Tuhan pun masih huru-hara.

Katanya, lebih baik diuji dengan suami yang sakit, daripada diuji dengan suami yang curang atau suami yang perasan muda. Suami yang lupa rumah kata pergi, kubur kata mari.

Sekurang-kurangnya bila kita berpisah nanti; berpisah mati. Berpisah dalam keadaan cinta pada pasangan, dan pasangan redha pada kita. Bukan berpisah dengan perceraian dan pergaduhan yang perit penuh benci akibat pasangan yang lupa diri.

Lebih baik berpisah mati dengan kenangan manis daripada bercerai hidup dengan kenangan penuh menyakitkan hati.

Itulah pendapatnya.

Kadangkala Tuhan mengangkat dan menurunkan darjat seseorang melalui ujian. Baik darjat kita, atau darjat suami.

________

Berapa besarkan ujian yang perlu Tuhan hantarkan kepada anda untuk berubah menjadi lebih baik?

Tanya diri sendiri.

#copypaste dari fb Hana Hazdrami

Beautiful in your own way

Ha3...

Ada orang komen kata kita tak pandai bergaya.  Tak cantik. Tak mekap. Gaya dan fesyen kita macam gaya orang orang tua.

Ha3.  Kita tak kisah pun. Lantak la nak cakap apa pun.  Yang penting tutup aurat. Asalkan kita selesa dan suka apa yang kita pakai sudah. Yang penting kita yakin dengan diri kita. Dah cukup.

Beautiful in your own way. Kann!

😊

~Aku dengan caraku yang sederhana.

Status fb 6/3/2017

Duhai Anak

Tiba2 rumah senyap je. Lain mcm kalau senyap ni. Kena pegi intai apa kerjaan budak berdua tu.

Tengok2 sorg tengah pegang penyapu sorang pegang penyodok sampah.

Ha Korang berdua buat apa tu???

 Adik lapar mama. Abang bagi biskut. Tapi adik makan sepah. Nanti semut datang. Abang sapu ni ngn adik.Jangan marah mama.

Terdiam kejap. Mata rasa panas n berkaca. Hu3. Alahai anak..mama x marah la.Kuusap kepalanya. Dah besar abang ye pandai Abang bagi adik makan ye..mcm tu la elok2 ngn adik ye. I am so proud of you my son.:)

Abang Fateh jgn la cepat sangat besar...mama luv you.

#myfamilyismylife
#mamaxcengeng

~ ni status fb 8/3/3016



BondaBonding


Dating dengan abam fateh arini tanpa babah dengan adik nawwal.

Sembang dalam kereta.

Abang fateh nak kawen tak? Mama dah ada long speech untuk wedding abang.  Ha3.  πŸ˜‚

Tak nakkk!  Abang nak tinggal dengan mama dengan babah dengan adik.

Ha3.  Ye la tu.  Nanti abang dah ada makwe cakap kat mama tau.πŸ˜‚

Mama ni mengarutlah.

Hahahaha.

~ tak tahulah mama macamana nanti kalau abang fateh kawen. Mesti mama teriak.  He3.

😊

#BondaBonding
Status fb 10/3/2017

Kusangka Kangkung...

Kusangka kangkung rupanya cili! .
.

Adeh!  Terasa pijar lidah.  Pedas. Terbantut seketika selera.  Termenung sebentar melayan kepedasan yang terasa di lidah.
.

Begitulah juga kehidupan kita kawan.  Sering mendambakan panas hingga ke petang.  Tapi rupanya tidak semudah itu.  Tiba tiba hujan pula di tengahari.  Seringkali ada sahaja cabarannya di tengah-tengah. Macam cili ini.  Menganggu seketika selera santapan saya.
.

Apa lagi yang boleh kita buat melainkan teruskan saja habiskan.  Bangun dan teruslah melangkah. Plan A tak jadi ada lagi Alphabet B  sampai Z.  Jangan mengaku kalah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Alang-alang mandi biar basah kata orang.
.

Apapun moga moga kita punya jiwa yang besar untuk hadapi segalanya. Buat teman-teman saya yang kini diuji hidupnya dan hatinya percayalah Allah tidak menjadikan semua itu sia-sia kawan.  Allah sayang padamu. Unfair things may have happened to you & caused a lot of pain. But remember the Almighty is making you a lot stronger in the process.
When times are tough, remember how the Almighty loves patience. Ask Him for the utmost patience. Don't forget the rewards that come with it.  There is a wisdom behind. Percayalah.

Bertabahlah kawan. Kita saling menyokong dan berpaut.

😊

~ pantang mundur kecuali operasi. πŸ˜‚

Status fb 9/3/2017
Salmah Darjad
PengurusRumahTangga





Wednesday, 8 March 2017

Namanya Rezeki.. Masanya Sudah Sampai


Urusan pembelian rumah ni sebenarnya sangat berkait rapat dengan soal rezeki daripada Allah.

Ada orang tu dah bertahun tahun survey dan cari rumah. Habis satu daerah dia round tengok rumah. Pantang ada pameran hartanah dia mesti pergi. Pantang ada iklan rumah nak dijual dia mesti contact. Tapi sebuah rumah pun tak beli-beli jugak.

Ada orang tu urusan jual beli rumah dia dah hampir setahun, tapi tak selesai selesai jugak. Setiap peringkat urusan tu ada saja halangan. Masalah dengan owner lah,  masalah dengan bank lah, masalah dengan peguam lah. Dan macam macam masalah lagi.

Tapi ada orang lain pulak, minggu lepas cari rumah, minggu ni dah jumpa rumah idaman. Bincang dengan owner,  then masing-masing setuju sign perjanjian jual beli dan terus bayar deposit.

Urusan jual beli pun mudah dan berjalan lancar saja. Loan mudah lulus, owner tak banyak karenah, peguam pun cekap dan efisyen, pemaju pun tak kerek. Pendek kata tak sampai 3 atau 4 bulan selesai urusan.

Maka bila saya kaitkan soal membeli rumah ini dengan rezeki daripada Allah, ia tidak dapat lari daripada 2 perkara. Pertama Usaha dan keduanya Tawakkal kepada Allah.

Ramai orang yang kata mereka dah usaha cari rumah, tetapi hakikatnya mereka tidak cukup berusaha untuk mencari rumah. Mereka sekadar mencari rumah tetapi belum bersedia untuk memiliki rumah.

Perancangan kewangan tunggang langgang, hutang kad kredit dan personal loan keliling pinggang, loan kereta sahaja dah cover separuh gaji.

Yang bekerja sendiri pulak, tiada proper dokumen untuk buktikan pendapatan tetap, buat bisnes besar, tapi duit simpan bawah bantal.

Ada sesetengahnya pulak, nak beli rumah tapi main ikut-ikut orang saja. Tengok member beli rumah semi-D setingkat, dia nak cari rumah Semi-D 2 tingkat.  Duit simpanan tunai untuk beli rumah tiada. Semua hendak bergantung kepada loan semata-mata.  Kononnya gaji dia besar mesti bank boleh kasi loan penuh.

Maka jika inilah yang dikatakan usaha, sebenarnya mereka belum cukup berusaha dan belum serius untuk memiliki rumah sendiri. Sebab itulah Allah tidak temukan mereka dengan rumah idaman lagi.

Fitratullah, mana mungkin orang yang tidak cukup kuat berusaha akan diberikan oleh Allah apa yang mereka kehendaki. Sebab itulah Allah masih uji mereka belum ditemukan dengan rumah idaman,  kerena Allah nak mereka tingkatkan lagi usaha dengan persediaan dan ilmu yg mantap untuk memiliki rumah.

Yang keduanya Tawakkal. Ramai orang yang mencari rumah tetapi kurang penggantungan kepada Allah. Solat selalu tinggal. Al-Quran tak baca. Masjid pergi hari Jumaat sahaja.  Zakat dan sedekah jarang jarang.

Hubungan dengan manusia tidak baik. Selalu pandang negatif terhadap orang lain dan suka cari alasan.Tidak sabar apabila berurusan dengan orang lain.

Ada orang nak kongsi ilmu di fb tentang tips membeli rumah dan perancangan kewangan kata orang tu  berlagak dan nak tunjuk hebat lah. Habis macam mana nak murah rezeki jika kebergantungan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia masih tidak baik. Sudah pasti akan ada sahaja ujian demi ujian ditempuhi.

Jadi kepada yang diuji oleh Allah belum bertemu dengan rumah idaman atau diuji dengan sedikit kesusaha dalam urusan jual beli rumah mereka tu, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita kembali.

Kita perbaiki diri kita. Betulkan mana yang tidak betul. Tambahkan ilmu tentang hartanah. Bergaullah dengan mereka yang berfikiran positif. Supaya kita pun boleh jadi positif.

Amal ibadah wajib kita dgn Allah jangan tinggal. Amalan sunat kita tingkatkan. Hubungan dengan manusia kita jaga. Dan banyak kan berdoa agar dipermudahkan urusan kita dan bersabarlah dengan setiap ujian yang diberikan.

Insyaallah,  jika kita telah siapkan diri kita dengan semua perkara itu,  yakinlah tiada sebab kenapa kita tidak boleh memiliki rumah idaman kita sendiri.

Allah tidak zalim kepada hamba-Nya.  Tetapi kitalah yang kadang-kadang zalim dengan diri kita sendiri.

Perkongsian dr fb peguam Salkukhairi Abd Shukor

**************************************

Saya setuju dengan tulisan ini.

Ye memang betul.  Ia sangat berkait dengan rezeki.

Pengalaman saya sendiri ketika 4 5 tahun lepas ketika tu kami plan mahu mencari rumah.  Untuk settle down.  Jumpa. Di Jerantut. Rumah semiD.  Strategik.  Berdekatan dengan bandar serta access lain.  Dekat dengan tempat kerja saya dan sebagainya.  Pendek kata memang suka la rumah ni. Dah renovate.  Harganya pun boleh tahan.  Rumah bekas boss saya.  Kira jadilah pada awalnya.  Saya pun dah berangan2 nak memiliki rumah tersebut.  Kebetulan pulak ada sedikit rezeki Allah kurniakan duit dari insurans kes accident saya hari tu.  Memang cadangnya nak guna duit tu untuk beli rumah.

Tetapi... Perancangan Allah itu lebih baik.  Dia ada rancangan yang lebih baik untuk saya dan kami.

Rumah itu bukan rezeki kami.  Kami tak jadi membelinya. Keputusan dibuat apabila suami ditempatkan di Johor dan saya terpaksa berhenti kerja mengikutnya. Memikirkan sumber pendapatan kami yang hanya tinggal satu kami tak mahu mengambil risiko dengan membuat hutang lagi.  Cukup la dengan hutang sedia ada.

Namun begitu impian untuk kami memiliki rumah sendiri tak pernah padam. Sentiasa membara untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga kami.  Memiliki rumah idaman.

 Kami menyewa di Johor ni.  Rm300 sebulan. Rumah 2 bilik.  Selesa untuk kami 4 beranak.  Tak kisah rumah kecil.  Janji kita selesa.   Duit yang ada kami kumpul sikit2 di samping melabur dalam emas.  Sebagai persediaan untuk kami memiliki rumah sendiri suatu hari nanti. Saya percaya masanya akan tiba nanti.  Jadi kami perlu bersedia.

Dalam duk kami menunggu dan terus menunggu dengan melihat pelbagai projek pembinaan perumahan dan rumah subsale di tempat kami di samping mengumpul duit sebagai persediaan pada tahun lepas tiba2 saya terpandang satu iklan ada rumah untuk dijual di fb bekas boss saya di Temerloh dulu Puan Kamisah.

Rumah teres setingkat.  Corner lot.  Ada kolam ikan di lamannya.  Di Temerloh lokasinya.   Saya jatuh cinta pandang pertama.  Saya sukakannya. Entah kenapa sekali tengok saya sudah suka. Allah gerakkan hati barangkali.   Lalu saya tunjukkan pada suami.  Suami pun suka dan setuju. Kami bercadang mahu melihat rumah tersebut terlebih dahulu.

Lalu perjumpaan diatur dengan peguam.  Semangat kami pergi melihat bersama orang tua kami.

Keputusannya,  kami setuju!  Yeay!  Kami setuju kerana :-

 Pertama,  strategik.  Lokasi berdekatan dengan bandar Temerloh.  Access lain seperti masjid,  sekolah, highway,  dan pasaraya dekat. Hiburan untuk anak2 Kubang Gajah,  bowling dan wayang di Mentakab, servis kereta Proton di Mentakab juga dekat.  Ada Pekan Sari hari Ahad. Dan sebagainya. Pendek kata access yang kami mahukan semua dekat dan ada di Temerloh ni berbanding daerah lain.  Lagi satu yang paling penting kena dengan plan kami yang memang mahu settle down di Temerloh.  Dekat dengan kedua ibu bapa kami.

Kedua,  lamannya luas.  Saya memang berimpian untuk memiliki rumah yang punya laman untuk anak2 bermain dan untuk riadah santai petang2.  Buat gazebo buat taman.  Cantiknya... Kan.. He3

Ketiga, rumah ni besar jugak.  Boleh kata selesa la.  Nak renovate pun boleh lagi sebab ada laman dan ruang lagi. Depan rumah pula ada ruang untuk parking kalau ada tetamu yang datang.  Tak jadi masalah parking kalau ahli keluarga ramai datang.  Dengarnya kat depan rumah tu pun nanti ada pembinaan baru.  Makin meriah la situ nanti.  Kejiranan pun ok saya tengok. Boleh kata majoriti Melayu Islam.  Masjid belakang rumah kami ni je.

Setelah melihat dan setuju tanpa drag masa yang lama perjanjian pun dibuat, ditandatangani dan bayar deposit. Alhamdulillah,  untuk urusan deposit ini Allah mudahkan.  Penjual setuju untuk hanya meminta 10K sebagai deposit.  Selebihnya akan dibayar dengan loan nanti. Mujur ada simpanan dapatlah kami membayarnya.  Syukur sangat!

Selepas itu,  kami selesaikan pula urusan untuk pinjaman.  Kami sepakat untuk memohon pinjaman kerajaan.  Sudah tertulis rezeki kami barangkali urusan pinjaman ini juga Allah mudahkan.  Smooth sahaja.  Tak sampai 2 minggu permohonan kami telah diluluskan sebanyak yang dipohon.

Sekarang urusan pembelian rumah kami ni di peringkat penyediaan dokumen gadaian yang mana selepas ditandatangani oleh pihak kerajaan ia akan didaftarkan di pejabat tanah.  Dan selepas itu selesai la semuanya.  Jika tiada masalah boleh dikatakan urusan kami ini mengambil masa lebih kurang 4 bulan sahaja.

Alhamdulillah!  Macam tak percaya pun ada.  Syukur Allah mudahkan.  Kalau dah memang rezeki kita memang tidak akan ke mana kan.  Allah dah atur semuanya.  Dia lebih tahu masa bila yang sesuai untuk kita. Alhamdulillah...

~ tak sabar nak renovate nak deco deco rumah idaman kami ni.  πŸ˜Š












Sunday, 5 March 2017

Kita Punya Liga Kita Sendiri



Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
.
Ada yang masih single.
Ada yang dah kawen 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kawen bulan lepas, hari ni dah mengandung.
.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
.
Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retires at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
.
Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.
.
You are not late.
You are not early.
You are just on time 😊.
Jangan stress.
Percaya bahawa perancangan Tuhan jauh lebih baik...

πŸ˜„

Kita punya liga kita sendiri.

~ Kata2 dr Hj. Rosmadi Optometrist.

#copypaste

Saturday, 18 February 2017

Cerita Semalam











Semalam kami menghadiri satu Pertandingan Permainan Tradisional Tabika Kemas Tanjong Sedili anjuran Kemas Kota Tinggi.

Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya,  congkak,  dam aji,  capteh,  dan lain lain.  Dan kami berdua masing-masing memasuki acara congkak dan capteh.

Capteh aku tak tahu dia punya rules macamana.  Tapi untuk congkak kami semuanya ada 12 orang peserta dibahagikan menjadi 6 pasang. 6 pasang peserta ini akan berentap dan setiap pemenang dalam pasangan tersebut akan berentap pula sesama sendiri untuk ke final.  Alhamdulillah untuk congkak aku berjaya ke final dan merangkul juara dengan lebihan mata 15 point.  Alhamdulillah.  Dapat toaster. He3.  Suami aku pun jadi juara untuk acara capteh. Dapat 2 toaster. Ha3.  Alhamdulillah!

Seronok joint ni! Walaupun pada mulanya hanya suka-suka tak sangka jadi juara dan menang hadiah.

Aku secara peribadi menyokong aktiviti sebegini.  Di samping dapat memartabatkan permainan trafisional itu sendiri kita juga dapat dedahkan kepada anak2 kecil bahawa permainan sebegini lebih seronok daripada gajet tu. Lebih menguji minda dan kreativiti.

Saya sarankan supaya permainan sebegini diadakan lagi!  πŸ˜Š


Anak Bukan Alasan Bahagia

Anak Bukan Alasan Bahagia

Topik Wanita Hari ini. Menarik perbincangannya.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah :-

Janganlah sesekali kita mengukur  kebahagiaan itu pada "complete" atau lengkapnya kehidupan berumahtangga itu pada ukuran fizikal dan material semata. Contoh kita rasa kehidupan itu complete dan lengkap bahagia bila kita ada segalanya. Ada pasangan ada anak ada rumah besar kereta besar. Tak..jangan sekali2.

Bahagia tu subjektif.  Tak semestinya orang yang berpasangan dan mempunyai anak saje yang bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Siapa siapa pun boleh bahagia. Tiada anak lagi boleh habiskan masa berdua. Bercuti. Boleh lebihkan masa berbakti pada ibu bapa. Boleh pergi bercuti dengan kawan-kawan dan sebagainya.  Buat apa yang menggembirakan kita. Enjoy every moment that you have.  Hati yg bahagia sebenarnya adalah hati yg sentiasa berhubung dengan Allah, yang berbahagia dan bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.

Kalau kita  melihat berkeluarga itu dan mempunyai anak itu  "complete", seronok dan bahagia itu dinamakan expectation sebenarnya, sedangkan sebaik2 tempat mengadu adalah Allah swt. Kita mesti ingat Allah pasti akan menduga. Takkan berhenti. Kita jangan terlalu mengharap sebab takut nanti bila berkeluarga dan mempunyai anak kita diduga Allah dan tiba2 kita kecewa sebab alam rumahtangga dan mempunyai anak itu tidak seperti yang diharapkan. Setiap fasa itu punyai cabarannya tersendiri. Bujang ada cabarannya. Berumahtangga juga begitu. Ada cabarannya. Anak juga begitu. Ada cabarannya.

Dugaan alam rumahtangga ini berbagai - ada orang dapat pasangan yang baik, loving tapi diuji dengan payahnya mendapat zuriat. Ada orang dapat pasangan yang baik tapi diuji kurangnya duit, ada orang diberi kemewahan dan x susah wang ringgit tapi pasangan curang dan khianat pula, ada orang  semuanya ok tapi anak2 pula bermasalah, ada yang diuji dengan anak sakit kronik sehingga teruji kasih sayang antara suami dan isteri, ada yg rumahtangga tidak aman kerana hal ipar duai dan mentua dan sebagainya. Macam-macam.

Jadi apa pun kita kembalilah kepada Allah. Mengadulah pada Dia. Semoga Allah beri kita semua  yang terbaik.

Takdir Allah adalah rahsia dan hadiah paling indah dan paling sempurna. Percayalah.

"Don’t go into a marriage in search of happiness. Marriage isn’t the place to find happiness. Marriage is struggles and hardship and difficulties, and that is why it is a great blessing and one the greatest trials, for it is through struggle that we become stronger, wiser, and closer to Allah. We have to go into marriage with the understanding that there will be fights, and temper, and the greatest test of your patience - all for the purpose of improving you as a muslim and that goal never has an easy path".

Hidup ini adalah satu perjalanan sayang. Bukan destinasi. Ciptalah kebahagiaan kamu. Semoga gembira selalu. Ada anak ke tiada anak kita tetap boleh bahagia. Bahagia cara kita. Cara masing-masing. Yang ada anak pula jangan menganggap anak penghalang kejayaan. Anak pemangkin kejayaan kita sebenarnya.

Wallahua'lam.

😊



Atasi Stress Dengan Mary Jardin

STRESS MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN

Setiap manusia pasti tak lepas dari permasalahan. Berbagai permasalahan yang ada membuat banyak orang menjadi stress dan tertekan. Disedari atau tidak, stress memberi kesan buruk bagi kehidupan. Selain berbahaya bagi kesihatan dengan menjadi punca munculnya berbagai jenis penyakit, stress juga mempercepat proses penuaan.

Setiap orang pasti mengalami proses penuaan. Namun proses penuaan yang terjadi antara satu orang dengan orang yang lain tidaklah sama. Pada usia yang sama ada orang yang terlihat masih muda, namun ada juga yang terlihat lebih tua. Beban fikiran atau stress menjadi penyebab utama perbezaan proses penuaan ini.

Tanda penuaan yang sering muncul akibat stress antara lain ialah :-

Garis garis halus
Pori-pori membesar
Hiperpigmentasi
Kulit kusam
Munculnya Uban
Munculnya flek hitam di wajah
Dan sebagainya.

Saat stres semua otot-otot tubuh menjadi lebih tegang, termasuk otot wajah. Ini mengakibatkan kulit menjadi lebih mudah keriput.  Selain itu, stres yang terjadi mengakibatkan berkurangnya produksi melamin yang diperlukan untuk proses regenerasi kulit. Akibatnya kulit terlihat lebih tua dengan munculnya keriput.

Bagaimana nak atasi masalah ini?

Gunalah MaryJardin. Masalah wajah selesai. Masalah stress juga selesai.

Uruskan stres dan masalah wajah anda dengan 3 produk MaryJardin ini iaitu Face oil, Sabun, dan Detox Clay Mask. Ketiga produk ini selain dapat merawat wajah yang kusam, berminyak, berjerawat dan sebagainya ia juga dapat mengurangkan stres anda dengan lakukan terapi dengan face oil. Tahukah anda aromaterapi lavender yang ada di dalamnya mampu membantu anda mengatasi tekanan. Baunya yang wangi memberi kelegaan dan tekanan positif pada emosi dan fizikal. Saat anda membelai wajah anda dengan sabun dan detox clay mask juga mampu mengurangkan stres anda apabila anda melihat hasilnya. Tak perlu risau lagi dengan masalah wajah anda. Takmo stres! Takmo tua sebelum tua ok..πŸ˜‚

Nak sentiasa muda dan berseri takmo stres takmo tua sebelum tua? Meh pm na. Kita cuba MaryJardin ni. Ternyata hebat!   Ada promo la ni.  Jangan ketinggalan tawaran istimewa. Moh moh lekaih. :)

#MaryJardin
#NaturalOrganicSkincare
#EveryWomensDream




Sunday, 12 February 2017

Selamat 2 tahun Nawal


Nawal turns 2 today.

Selamat hari lahir Nawwal.😍😍

Doa mama buat Nawwal sama macam tahun lepas dan setiap hari itulah yang selalu mama doakan semoga Nawwal panjang umur murah rezeki. Membesar dengan baik. Diberikan akal yang cerdas, sihat tubuh badan, menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, bahagia, gembira, dan berjaya dunia akhirat. Dan juga sentiasa dilindungi dan dirahmati di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.

 Aminn. 😍

Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dilalui akhirnyaperjalanan 2 tahun menyusukan (bf) Nawal lengkap hari ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur sangat atas segalanya.Rezeki Nawal. 😊😊

Tak tergambar rasa perasaan. Semua atas izinNya dan sokongan dari suami.
Semoga kejayaan ini berterusan untuk anak2 yang berikutnya. Amin.