Posts

Showing posts from 2013

Welcome 2014....

Image
Selamat datang 2014..

Selamat datang umur 29 tahun....(hari ini my besday)

Selamat datang segala-galanya yang bakal menjengah 2014 ini.

Semoga yang baik-baik dan indah-indah sahaja untuk tahun ini. (Tak mau segala pahit 2013 dan sebelum2 ini berulang).

Semoga tahun 2014 yang mendatang ini menjanjikan 1001 kebahagiaan & kejayaan buat kita semua.

Semoga segala yang didoakan dan  diimpikan menjadi kenyataan.

Semoga segala yang diusahakan membuahkan hasil  mendapat rahmat dan redha dariNYA.

Dan semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini baik dari segi hubungan dengan Allah, ibu bapa, suami isteri dan sesama manusia.


Nota :

1) Saya berazam untuk memperbaiki diri dari sudut ibadah kepad Allah. Banyak yang kurang sebelum ini.Hu3.

2) Saya berazam untuk memperbaiki juga hubungan dengan suami. Banyak buat dosa kat dia sebelum ni. Hu3.

3) Saya berazam untuk lebih bersabar dengan karenah Dak Fateh yang sekarang ni dah semakin lasak. Hu3. Selalu marah n jerit kat dia sebelum n…

2013 Yang Ditinggalkan

Image
Hari terakhir tahun 2013.
Banyak momen yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Baik yang manis, pahit,  dan sebagainya.
Semuanya menjadi pengalaman hidup.
Semuanya menjadi perencah dalam melalui kehidupan ini.

Ada sebahagiannya telah pun dicoretkan dan dikongsi di sini.

Adapun yang tertinggal biarlah hanya tersemat di hati.

Untuk menulis di sini  tak sampai hati. Untuk berkongsi di sini mungkin akan menimbulkan spekulasi dan sensasi.Bukan semua boleh dikongsi. Bukan semua boleh memahami waima hati sendiri.

Jadi biarlah ia dibawa pergi. Saya tak mahu berpaling lagi kerna hanya menambah luka dan sengsara di hati.

Saya mahu buang ia jauh pergi.

Mengenang hanya untuk pengajaran  diri.

Saya mahu melangkah takmau mengenang lagi.

Saya mau melangkah dengan kekuatan diri.


Selamat jalan 2013.

Terima kasih...







Result PMR

Image
Hari ni 19 Disember 2013 result PMR 2013 keluar.
13 tahun yang lalu aku pernah melalui saat debaran yang sama  menungu result PMR 2000 keluar sepertimana yang dilalui adik-adik PMR hari ini.
Yang bezanya cuma satu, result aku aku tak sebaik budak2 PMR sekarang.
Aku dapat 2A sahaja. Yang lain B dan C.
Walaupun dah sehabis daya study. (Aku giler study masa tu. Tapi result tak best).
Aku sangat sedih pada mulanya ketika menerima result tu.  (Aku tahu melalui telefon. Call kerani sekolah. X dapat pergi ambil). Aku tak dapat terima hakikat. Aku sedih nape result aku camtu. Aku frust. Sebab niat aku aku nak pindah sekolah. Aku nak sekolah MRSM.
Tapi dengan result camtu MRSM mana nak ambil aku.
Hu3...Aku sedih sebab result aku teruk...Aku sedih sebab aku tak dapat tukar sekolah...Aku sedih ada orang lebih awal tahu result aku (dia dengar masa kerani ti cakap dengan aku) ....TAPI...
yang paling buat aku sedih ialah apabila ada salah seorang kawan baikku  (yang tahu tu) mengatakan kat aku beg…

Saya dah Fed up

Hu3...aku dah fed up.

Sejujurnya minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan bagi aku.

Penat otak.

Penat badan.

Penat bahu menanggung beban.

Takde mood nak cerita.

Aku cuma nak jerit ARRRRRRGHHHHHH....

Hu3....

Fateh Ada Lagu Baru

Ini cerita pasal Dak Fateh Kenit tu. He3.

Biasanya nak tidurkan Fateh dalam buai kami akan zikir n nyanyi lagu-lagu nasyid. Berpuluh-puluh lagu la nyanyi sampai dia tidur. Dua jam buai dia baru dia tidur. Punya la susah dia nak lelap. Kadang-kadang aku yang tertidur buai dia. He3.

Sebelum ni dia suka nasyid ya ha na na. Dia siap nyanyi sekali jadi la yanananananaanna... He3...

Tapi sekarang dia dah ada lagu baru. Babah dia nyanyikan..

Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai

2 la 3 kucing berlari
meow2 ( ni Fateh yang nyanyi dalam buai ikut kita nyanyi. He3)
Mana nak sama si kucing belang
Meow2
2 la 3 boleh kucari
Mana nak sama Si Fateh sorang....

Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai

Nampak dia sukakan lagu ni. Cepat pulak…

BERITA TERGEMPAR ! BERITA TERGEMPAR !

Semalam aku dapat satu berita tergempar dari sesorang.

Aku tak tahu penerimaan aku macammana.

Aku blur sebenarnya.

Sebelah perasaan aku aku rasa happy dan bersyukur sebab..emm banyak la sebabnya...salah satunya sebab sebagai satu tanda aras pencapaian dalam kerjaya aku.

Sebelah perasaan aku aku rasa tak happy. . Jawatan besar datang bersama tanggungjawab yang besar.Aku takut amanah itu tak terpikul. Aku risau. Makin berat rasanya bahu aku ni menggalas tanggungjawab itu.

Sebelah lagi fikir aku boleh buat ker?...Aku boleh ker...hu3...

Sebelah lagi...boleh. kau boleh..take it as a challenge. Orang boleh nampak bakat ko nape ko sendiri tak rasa benda tu. Ko kena yakin. Bisik hati kecil aku.

Hu3..dalam keterpaksaan aku mengangguk dan memujuk diri yer aku boleh. Ini cabaran untuk aku. Aku kena sahut cabaran itu. Aku kan pantang dicabar?....emmm...berilah aku semangat ya Allah....


Ya Allah, aku mohon padamu berilah aku petunjuk dalam menggalas amanah ini.....



ps : Tak tahu nak happy ke tak.…

Banjir oh Banjir

Image
Hujan yang tidak henti-henti dari minggu lepas telah menyebabkan kampungku (Kota Gelanggi 2) dilanda banjir. Jalan luar yang menghubungkan perkampungan Sungai Tekam Utara dan perkampungan Kota Gelanggi 2 dinaiki air. Terputus la hubungan dengan jalan luar. Tapi nasib baik hanya jalan luar tak sampai ke perkampungan Kota Gelanggi 2 tu sendiri. Kalau tak tak tahulah macamna.

Seingat aku dari aku kecik sampai aku besar jalan luar tu memang selalu air naik tiap kali hujan yang tak henti2 berlaku. No wonder sebab tanah kat situ memang tanah rendah dan berpaya. Air memang mudah naik.  Tapi tiap kali banjir aku tak pernah pergi tengok pun. Mak aku marah. Dia memang marah kalau pergi tempat air2 macam tu. Bahaya katanya. dalam keadaan macam tu air mengidamkan orang katanya. Lagi satu aku memang tak berani pun nak pergi. Aku takut dan gerun tengok air banyak2 camtu. Air kotor pulak tu membawa macam-macam sampah dan kotoran.  Tapi budak sekarang  aku tengok berani jer. Air deras pun diorang ok…

SELAMAT 3 TAHUN BERCINTA

Image
26.11.2013 . Genap  3 tahun usia masjid kecil kami. 
After 3 years, blessed 2 children, I feel complete.
Terima kasih Tuhan kerna mengurniakan saya "kesempurnaan" dan kebahagiaan itu.









Ya Allah, 

Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Hanya pada Mu hamba Mu yang serba lemah dan hina ini pohon.

Kau rahmatilah ikatan perkahwinan kami ini. Hingga ke Jannah Mu.

Limpahkan lah kami dengan rezeki & rahmat Mu.

Jadi kan lah kami suami isteri yang soleh & solehah.

Teguh kan lah hati kami dalam mengharungi ujian Mu, agar hati kami sentiasa bersatu, dalam apa jua rintangan yang dilalui.

Tabah kan lah hati kami dalam mendidik dan membesar kan anak-anak kami, agar menjadi hamba Mu yang bertaqwa, anak yang soleh.

Sesungguhnya hanya Engkau sahaja lah tempat kami memohon dan meminta.

Tiada yang lain.


Amin....


ps : Thanks sayang 4 the present.. I'm really appreciate it...

Cerita November 2013 Kami

Image
Kurangkumkan cerita November 2013 kami  di sini......
1) 9/11/29013
Telah berlangsung Kenduri tahlil arwah abah & Doa Selamat  Majlis Cukur Jambul Nurzara Amani binti Mohd Azmi  (anak sedara) di Puchong. Genap setahun pemergian abah. How time flies.....Rindu sangat kat dia. Tak tahu nak cakap macamna rindunya hati ini. 
2) 11/11/2013
Bawa Dak Fateh pergi cucuk untuk 18 bulan. Lepas kena cucuk tu Dak Fateh demam. Ada la 3 hari aku dan suami tak tido malam jaga dia. Dia merengek2 sakit. Badan dia panas. Bibir pecah. Perut dia macam sakit. Asik terkentut-kentut. Kesian dia.  
Lepas 2 hari demam dia kebah tapi mulut dia masih pecah. Dia merengek2 sakit takleh nak minum susu. Takleh nak lepas langsung.Asik nak berkepit berdukung dan berbuai. Kalau lepas dia akan menangis keras2 sampai takde suara. Ehem...Dak Fateh2.
Bawa dia pergi jumpa pakar kanak-kanak di Puchong. Doktor cakap mulut Dak Fateh bukan mengalami ulser biasa tapi dia telah dijangkiti satu virus nama dia HERPESS SIMPLEX.(…

Selamat Pengantin Baru My Best Friend II

Image
Entri ini adalah khas saya dedikasikan buat sahabat baik saya Sharifah Iswany Ismail yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya  di kediamannya di Kelantan Darul Naim pada 17/11/2013 ini.
Untuk majlis sahabat saya ini sejujurnya saya agak terkilan kerana  saya ingin-ingin sangat pergi tapi tidak dapat dek kerana  terpaksa menghadiri majlis konvokesyen suami saya di Serdang pada tarikh yang sama. Maafkan saya yer kak wanie. Saya tak dapat nak tunaikan janji saya. Janji saya ketika kami sama-sama belajar dulu ialah kalau salah seorang daripada kami berkahwin walaupun jauh kami mesti pergi. Masa saya berkahwin kak wanie dari jauh datang .Tapi kini tiba giliran dia saya tak dapat pergi. Malu sungguh saya. Apakan daya saya. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Takde rezeki saya nak jejak Kelantan la kak nak tengok akak comel saya ni nikoh.
Kak Wanie ialah antara sahabat yang paling rapat dengan saya ketika di Uia dulu. Antara sahabat yang mewarnai hari-hari say…

Tak Rugi Buat Baik

Image
Ni saje je la nak cerita.

Semalam waktu rehat suami ajak makan tengahari bersama di satu kedai ni. Dia kata dia nak belanja. Aku pun kata ok la no hal punya nak belanja aku.

Kitaorang pun pergi la satu kedai ni. Kami makan ikan patin.

Dah siap makan aku pun pergi la kaunter bayaran nak bayar (menggunakan duit laki aku la tentunya). 

Tiba-tiba...

Tiba-tiba kan budak tu kata tak payah bayar kak tadi dah ada orang bayarkan akak punya.

Ha?...aku terkesima dan terkaget.

Siapa pulak yang baik hati bayarkan kami punya makanan ni.

Suami aku kata malaikat kot.

Aku kata biar betol.. Aku tanya budak tu sape ek yang bayarkan.

Dia jawab ada tadi akak yang duduk belakang meja hujung tu pakai tudung warna oren.

Aku tengok meja hujung tu. Takde dah orang tu. Aku cuba recall sape ye yang duduk situ tadi...

Tiba-tiba suami aku kata ala yang cikgu tadi la yang. Yang ayang tegur masa kita nak masuk kedai tadi.

Owh yer...baru aku teringat. dia rupanya yang bayarkan. Client aku.

Aku msg dia ucap terima ka…

Campur-campur (Rangkuman Sep-Oktober)

Image
Belek punya belek draft posting semalam baru perasan ada satu lagi cerita tertinggal.

Ni cerita tentang kerja. Bukan cerita Dak Fateh dah. He3.


Cerita dia gini ada satu hari tu aku dapat task dari kak wan Lac minta buat satu kes ni. Ini kes tentang juvana budak umur 16 tahun. Dia dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana telah ada dalam jagaan dia dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines ke methampetamine tak silap aku. Tak ingat dah. Dia dituduh bersama orang dewasa yang ada bersama-sama dengannya ketika itu. 
Sampai kat court aku minta ngan polis nak jumpa budak ni. Keluar la sorang budak ni. Kurus budaknya. Putih. Muka macam budak innocent jer. Muka juruh la boleh kata. Aku interview dia tanya pasal latar belakang dia.
Dia seorang budak yang berumur 16 tahun. Tingkatan 4. Sudah tidak bersekolah. Adik beradik ada 6 orang. Dia anak kedua. Mak ayah menoreh getah. Kira susah la keluarga dia ni. Aku tanya mak ayah ada datang tak. Dia kata mak ada. Ayah takde. Ayah dalam …

Campur-campur (Rangkuman Sep - Oktober)

Image
Sambungan .....


Bila dapat tau je Dak Fateh mengalami anemia akibat daripada kurangnya zat besi dlm badan dia aku pun start google apa yang boleh aku buat untuk tolong dia selain daripada ubat yang doktor bagi. Seperti biasa antara yang boleh aku buat ialah dengan menjaga pemakanan dia dengan memberi makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi banyak terkandung daging merah, ikan, ayam, hati, telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam dan tauhu. 

Sebenarnya sebelum ni pun aku memang ada dok bagi juga kat Dak Fateh  benda-benda makanan kat atas tu cumanya masalah aku  ialah Dak Fateh yang tak nak makan sangat.  Dia jadi camtu sejak dia naik umur setahun ni. Dia sangat-sangatlah memilih makanan apa yg kita masukkan kt mulut dia. Kita ni beli la segala bagai mak nenek nak bagi anak makan benda-benda yang khasiat tapi dia memang tak nak. Ada masa-masanya je dia akan makan. Itupun ada la 4 5 suap jer. Pening fikir nak bagi makan apa la kat dia. Ni mesti ikut abah dia la n…

Campur-campur (Rangkuman Sep-Oktober)

Setiap hari yang  berlalu pergi pasti akan ada meninggalkan suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu pengetahuan, suatu memori dan sebagainya  yang akan kekal terpahat di sanubari. Samada ia akan meninggalkan suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu, suatu memori yang baik ataupun tidak dan/atau  samada meninggalkan perasaan suka mahupun duka lara dihati. 

Bagi meletakkannya sebagai suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu, suatu memori yang tidak mungkin dilupakan, kurangkumkan semuanya dalam satu cerita dan segalanya ini menjadi catatan hidupku.

1) Anemia

Pada 23/09/2013 yang lalu aku bersama Dak Fateh  ke Hospital Temerloh. Ada appointment dengan Pakar Pediatrik. Kami sampai kira awal la juga tapi biasalah awal awal pun tempat parking tetap dah penuh dan orang pun dah mula ramai dan sesak.  Sejak menjadi pengunjung setia hospital ini sejak April 2012  sehingga sekarang  dan pernah pun menjadi penghuninya selama 3 bulan aku tak pernah tengok hospital ni lengang. Mesti meria…

Saja tanya

Ni saja ja la nak tanya sikit ni betui ka hangpa2 yang dok gheja gomen kat perbendaharaan & seangkatan gomen yg lain tu disebabkan saja takmo angkat panggilan kami2 ni hangpa sengaja angkat ganggang telefon letak tepi?. Jdinya engage la memanjang telefon tu. Tu pasai kami2 ni payah la nak dapat telefon hangpa nak minta bantuan. Betui ka lagu tu?....Ish..kami tak caya la. Orang saja buat ceghita kot. Takkan la hangpa buat lagu tu kan. Hangpa kan semuanya bagus2 belaka rajin2 tu sebab selalu dapat bonus ka apa ka kan yang hak kerajaan dok bagi selalu tu n hangpa kan ada Piagam Pelanggan hangpa tu belum lagi ngan Misi n Visi lagi pergi kursus lagi rata-rata. Takkan la kot.... Tapi kalau betui la hangpa lagu tu sian la kat hangpa. Kesian sungguh kami pasaipa pasai cuba hangpa fikir gaji yang hangpa dok dapat tiap hujung bulan dok bagi keluarga makan tu lagu mana? Macamna statusnya bila hangpa tak buat gheja betui2 amanah yang diberi hangpa buat main2..Cuba fikir...kami takmo ckp pasai…

Hikmah Disebaliknya...

Sekali lagi apa yang berlaku dalam cerita aku kat post "Kalau Bukan Rezeki" kini berlaku lagi buat kali yang kedua. Rezeki dah masuk mulut tapi keluar balik Hu3 frust lagi.
Tapi sebab ni kejadian kedua dan aku dah ada pengalaman bagaimana nak menanganinya maka  aku rileks aje. (Jauh di sudut hati hanya Allah yang tahu.). Takmo kusut2kan sangat fikiran aku. Aku mau tenang. Aku fikir takpelah. Allah has better plan for me.
Kejadian yang kedua ni ceritanya lebih kurang sama la jugak dengan kejadian yang lepas. Aku usaha dari awal untuk job ni, aku uruskan semua,  aku tebalkan muka call hari-hari follow up tapi akhirnya job itu bukan milik aku. Diserahkan pada orang lain akhirnya. Aku fight tapi non ado. Hu3...Aku berserah pada Allah. Dia yang tentukan rezeki aku.
TAPI KINI AKU DAH NAMPAK HIKMAHNYA.....bila orang yang diserahkan job tu tanya aku  pasal job tu. Kat kepala surat tu dengan  jelasnya aku tengok job tu konvesional punya loan bukan islamic. Aku menarik nafas lega dan cak…

Celaru

Image
Kepala hotak sekarang tengah bercelaru. Macam-macam fikir. Bercampur-campur. 
Banyak benda nak dikeluarkan tapi sebab dah terlalu banyak sampai tak terkeluar. Tak tercakap apa nak cakap.
Perasaan pun sama. Bercampur baur. Ada rasa happy, ada rasa syukur, ada rasa teruja, ada rasa sedih, ada rasa kecewa, ada rasa bengang, dan macam-macam la.

1) Happy  
Aku rasa gembira sebab anak kesayanganku si kenit dak puteh dah pandai jalan. he3. Bukan tu saje dia dah pandai juga cakap sikit-sikit dan juga dah mula faham apa yang kita cakap dah arahkan kat dia. Dia semakin membesar dengan bijak dan sihat . Sukenyeer..geram tengok dia jalan. Terkedek-kedek. He3. 
Dan apa yang paling aku suke baru-baru ni pergi jumpa doktor untuk assessment tinge dia doktor decide tak payah bagi dia ubat tido. suke sangat aku. Bukan ape risao aku budak kenit kena bagi ubat tido. Ramai kata bahaya. Sian kat dak puteh aku. Dua-dua nenek dia beria cakap jangan bagi doktor bagi dak kenit ubat tido. nenek yam sampai nanges2 su…