Posts

Showing posts from March, 2013

Catatan Kenangan Bersama Abah

Image
Ini adalah catatan kenangan aku bersama Abah selama lebih 28 tahun kami bersama. Segala-galanya tentang dia yang tak mampu untuk aku dan kami lupakan.
1) PEMBERSIH PENGEMAS DAN CERMAT Abah memang seorang yang sangat pembersih, pengemas dan cermat. Dia pembersih dan pengemas terhadap badan dia, pakaian dia dan barang-barang dia. Dia tak suka kotor-kotor dan sepah-sepah. Kalau barang-barang dia kotor dia sanggup basuh dan cuci sendiri tak harap Mak buatkan.  Pakaian abah pula memang kemas, sentiasa bergosok- dia gosok siap dengan lilin, dan  teratur je bila dia susun dalam almari.  Mak cerita sepanjang perkahwinan mereka Mak tak pernah gosok pakaian Abah, Abah akan gosok sendiri dan dia gosok memang cantik dan sangat kemas. Kalau dia berpergian ke mana-mana yang memerlukan bermalam di tempat itu dia akan gosok baju dia yang kemudiannya dibungkus dengan kertas suratkhabar dan baru dia letakkan di dalam beg khas dia. Dia siap susun sendiri elok-elok.
Kalau dia menyusun barang-barang dia sep…

PERGINYA DIA YANG KUKASIHI….

Image
Pada 21hb Februari yang lalu genap 100 hari pemergian Abah. Walau sudah 100 hari Abah pergi aku tetap merasakan dia masih ada. Seolah-olah ternampak-nampak bayang kelibatnya, seolah-olah terngiang-ngiang di telinga setiap butir bicaranya bersama ayat-ayat yang biasa dia gunakan. Dan segala kenangan bersamanya seolah-olah bermain-main di ruang mata. Sehingga kini aku masih merasakan dia cuma bepergian dan akan pulang nanti kepada kami walau pada hakikatnya Abah telah lama dan telah jauh pergi meninggalkan kami semakin jauh dan tak akan ketemu lagi. Sungguh kami masih bersedih dan terkejut dengan pemergiannya. Seolah-olah sebahagian dari hati ini dibawa sekali dan tertinggal di kuburan itu. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa hati ini dan dalam hal ini tentu lah Mak yang paling sedih sekali kehilangan suamidan teman yang paling dicintai dan disayanginya. Kesian Mak kehilangan teman yang paling rapat dengannya setelah 53 tahun hidup bersama. Memang tak sangka dan tak jangka secepat ini A…