Posts

Showing posts from May, 2013

Setahun Setengah

Image
Alhamdulillah....akhirnya tempoh setahun setengah pengajian suami saya di IPG Dato' Razali Ismail, Terengganu telah berakhir semalam.
Terasa pantas masa berlalu. Sekejap jer... Rasanya macam baru je lagi kami sekeluarga ke Terengganu menghantar suami ketika hari pendaftarannya. Masih terbayang-bayang saat perpisahan kami ketika dia melambaikan tangan tatkala kereta melangkah pergi dari perkarangan maktab itu.
Setahun setengah yang penuh dengan tawa dan air mata.
Setahun setengah yang penuh dengan onak dan ranjau.
Setahun setengah yang melihat jatuh bangun dan pengorbanan kami.
Setahun setengah yang melihat dari Fateh masih dlm kandungan 4 bulan sehingga Fateh dah tumbuh gigi. he3
Setahun setengah yang melihat rutin saya setiap minggu menjemput dan menghantar suami ke stesen bas.
Setahun setengah yang sangat-sangat menguji kesabaran dan ketabahan kami....
Alhamdulillah, kami berjaya melaluinya dengan penuh kesabaran dengan izinNYA.
Hari ini dia akan pulang ke pangkuan kami. Doa dan harapan …

7 PURNAMA PELAYARAN & DETIK KELAHIRAN AL FATEH & AL FATHI

Image
Entri ini adalah khas untuk "Penakluk" kecil kami yang akan meraikan ulang tahun pertamanya pada 10/5/2013. 10/5/2012 setahun yang lalu di kala usia kandungan baru mencecah 31 minggu pada hari Khamis bersamaan dengan 18 Jamadilakhir 1433 Hijrah tepat jam 11:08 pm saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 1.45 kg yang diberi nama Muhammad Al Fateh bin Mohd Zaidi . Saya dedikasikan entri ini sebagai kenang-kenangan untuk saya dan suami serta Al Fateh sendiri.
 Dear My Lovely son Muhammad Al Fateh, 
This is the story of our journey together. The precious 31 weeks of  my life.
************************************************************************************************************
Awal Kehamilan (Oktober-November 2011)
Pada peringkat awal kehamilan mama  mulanya tak berapa sedar akan kehadiran kamu.  Mama masa tu tengah sibuk menguruskan perpindahan barang-barang  mama dari rumah kita di Raub ke Jerantut. (Mama dapat tukar kerja di Jerantut setelah hampir setahun b…