Posts

Showing posts from July, 2013

Rindunya.....

Image
Entah kenapa sejak makin dekat nak raya ni makin rindu kat arwah abah. Malam tadi aku mimpi abah datang. Dia pakai baju batik warna biru dia dengan kopiah dan tongkat.  Ada kami bertiga aku, mak dan abah. Kami jalan-jalan. Tak tahu kat mana. Jalan-jalan naik motor ke basikal aku tak ingat sangat. Cuma yang aku ingat tempat tu ada bukit dan kami masa tu nak turun dari bukit tu. Bukit tu agak curam. Kami decide untuk turun dari bukit tu dengan berjalan kaki sahaja sebab rasa macam bahaya je kalau pakai motor atau basikal tu. Mak dan abah pun setuju. 
Tengah-tengah siap sedia dengan barang-barang untuk turun bukit tu tengok abah dah start jalan menuruni bukit itu sedangkan aku dan mak masih kat bukit tu. Aku tunggu mak kemas barang-barang dia sebab banyak sangat. Abah jalan sorang-sorang. Tengok-tengok abah dah sampai bawah. Kecik dan sayup je aku tengok dia kat bawah. Aku cakap kat mak mak cepatlah sikit abah dah jalan nu dah sampai bawah pun. Kita tak jalan-jalan lagi. Nanti abah marah …

Semoga dia berubah....

Image
Pada 24/07/2013 baru -baru ini saya telah diminta oleh Pusat Bantuan Guaman (LAC) untuk mewakili seseorang ni  (saya namakan S ) atas tuduhan " memiliki" atau telah berada dalam "kawalannya"   dadah berbahaya jenis cannabis berat bersih 42.838g yang mana ia telah dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta yang sama iaitu penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak lebih dari 5 tahun dan juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 3 sebatan tetapi tidak lebih dari 9 sebatan.




Ketika mula-mula menerima tugasan ini daripada LAC saya agak keberatan pada mulanya. Ada dua sebab. Pertama,  kerana saya jarang mengendalikan kes jenayah sejak saya praktis. Tak berapa yakin akan kebolehan diri. Bukan jarang memang tiada langsung rasanya. Inilah kali pertama sejak praktis. Masa chambering dulu pernah la buat ikut Master. Tapi banyak dah lupa. he3.  Dah habis chambering terus concentrate pada conveyancing d…

Kesayangan Saya

Image
Ini gambar keluarga saya. Dari kiri saya, Kak ngah (Maznah Darjad - Anak No.1 (yg hidup), Kak Ji (Mazni Darjad -Anak No.4), Dari Kiri Abang Man (Azman Darjad -Anak No.2) , Mak (Mariam Bahaudin), Amy (Azmi Darjad - Anak Bongsu).
Gambar ini diambil selepas kami berenam menghadiri bicara pesaka harta arwah abah di Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut Pahang pada 25/7/2013 baru-baru ini.
Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Harta Felda iaitu tanah tapak ladang dan rumah serta saham-saham  yang atas nama abah kami semua sepakat untuk pindahkan atas nama Mak. Biarlah Mak merasa harta yang ditinggalkan abah untuk dia. Manakala tanah abah kat kampung kami sepakat untuk pindahkan atas nama Abang Man sebagai pemilik penuh dengan akujanji akan bahagikan sama rata sesama kami segala hasil. Letak sebagai pemilik penuh untuk memudahkan urusan. takmo bicara banyak kali kalau letak pentadbir.payah. manalah tau kalau-kalau nak jual ke.  Duit-duit abah dalam akaun pula kami sepakat untuk keluarkan dan  di…

Selamat Berpuasa

Image
Salam,
Firstly, nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. 
Emm..puasa kali ini saya menyambutnya masih di rumah mertua. Masih belum berpeluang untuk menyambut puasa  dan berpindah ke rumah sendiri.  Insyaallah kalau ada rezeki tak lama lagi. Still ongoing. Semoga semuanya berjalan lancar.
Keadaan sekarang :-
1) Fateh masih diasuh dan dipelihara oleh nenek dia. Ingat nanti bila dah beli rumah nak letak dia di Taska dekat dengan tempat kerja supaya dia dapat berkawan. Sekarang dia kecik lagi.
2) Dia dah pandai merangkak, duduk, dan berdiri sendiri. Sangat suka memanjat.
3) Dia suka main air liur. Menyembur2. eei....
4) Dia dah mula faham arahan. Bila kita suruh dia sayang kita dia akan hulur pipi dia untuk cium. Bila kita nyanyi pok amai amai dia akan tepuk tangan dan bila kita suruh babai dia akan angkat dan hayun tangan dia. dah pandai pangil mamamaamma babababaah.  Comel... So far perkembangan dia ok dan memberangsangkan walaup…

Kepuasan dalam hidup

Bagaimana mencari kepuasan dalam hidup? Jawapannya ialah :-
Semuanya bergantung pd bagaimana seseorang itu melihat sesuatu perkara.Oleh itu bukalah seluas mungkin… *Sentiasa mghormati pandangan org lain. *Menilai sesuatu secara menyeluruh, berfikiran terbuka,sentiasa membaca dan menerima persahabatan dgn hati yg terbuka… *Kita perlu sedar hidup ini penuh dgn kejutan.Banyak antaranya baik kpd kite.Jika kita tidak menjaga saat kejutan tersebut, kita akan kehilangan separuh drpd keseronokkan yg ada didlmnya…. *Apabila kite berdepan dgn cabaran, sambutlah kedatangannya, nescaya cabaran itumeninggalkan kite dgn hikmah kebijaksanaan & kekuatan & keupayaan yg lbh baik   drpd sebelumnya...        *Tetapi apabila membuat kesilapan, bersyukurlah krn ia memberi kita iktibar…. Selesaikanlah dgn menggunakan balik pengajaran tadi dan ia akn membantu kite mencapai matlamat. *Kita juga perlu ikut peraturan krn apabila dipatuhi hidup pasti berjalan lancar…. * Seperkara lagi, amat penting utk kita putus…