Posts

Showing posts from August, 2013

Perhatian kepada Pencari Kerja

Firma saya mempunyai kekosongan sekarang untuk jawatan akaun. Siapa yang berminat bolehlah datang mencuba nasib..:)
Sebelum datang saya harap calon-calon yang datang dapat menitik beratkan beberapa perkara yang akan saya sebut di bawah nanti . Benda ini nampak remeh tapi sebenarnya besar untuk pihak majikan menilai anda ini bagaimana sebenarnya pada pandangan pertama. 
perkara tersebut ialah :-
1) Anda kena tahu post apa yang anda mohon
Benda ni memang penting kena ambil tahu. Kalau tak tahu memang payah la. Mengikut pengalaman saya tahun lepas kami ada mengiklankan kekosongan jawatan untuk Legal Assistant. Ramai jugak yang memohon. Tapi yang menyedihkan saya ramai yang memohon tetapi tiada siapa yang memenuhi kritea yang kami inginkan. Bukannya kritea boombastik sangat yang kami inginkan cuma yang asas-asas sahaja. Yang asas ni pun fail.  Maksud Legal Assistant pun tak tahu. Legal Assistant ni maksudnya berbeza pada setiap field. Jadi nak tahu maksud sebenar Legal Assistant kena tengok s…

Buaian Elektrik vs Zikir

Image
Baru-baru ini ketika raya bersembang dengan seorang ni yang kita namakan dia N la. Biasalah orang pompuan dah kawen dok sembang-sembang ni tak lain tak bukan tak cerita pasal anak cerita pasal suami takpun cerita pasal baju kuih raya. Macam-macam la. Dok sembang-sembang tu tangan saya tak lepas dari membuai si Fateh kesayanganku tu tidur.
Mungkin kasihan melihat saya yang kelenguhan membuai si Fateh (Fateh ni buai dia dekat 2 jam tidurnya ada 15 minit. Sabar je tau) dia menyarankan kepada saya buat apa ko susah-susah buai dia pakai manual ko beli je yang elektrik. Senang. Ko masuk dalam buai anak ko buaian tu gerak sendiri. Ko boleh tinggal buat kerja lain. Budak pun tidur. Jimat masa. Tak yah ko dok ngadap dia buai dia. Lenguh. keje lain pun tak jalan.
Saya hanya senyum je sambil kata aah kan.betul jugak. Saje jawab jaga hati dia. Sedangkan saya ada jawapan saya sendiri kenapa saya tak mahu beli yang elektrik. Perkara ini telah saya bincangkan dengan suami saya ketika mula-mula decide …

Drama Kita

Image
Ni entry tertangguh. Tarikh dia 4/8/2013.
Semalam ahad. Cuti. Saya menghabiskan masa dengan dengan menonton drama di tv sambil melayani Fateh bermain sambil mengemas2 sikit di rumah mak.
Cerita yang saya nak kongsikan dekat sini ialah cerita Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Prima dan cerita Ayah di Astro Oasis.

1) Batu Belah Batu Bertangkup www.youtube.com/watch?v=bsqBNfu0jok‎



Cerita ini adalah lakonan Aziz Jaafar, Neng Yatimah, Zaiton dan lain-lain. Mengisahkan seorang ibu yang menyerahkan dirinya (membunuh diri) pada batu belah batu bertangkup kerana kempunan mahu makan telur tembakul. Telur tembakul itu telah dihabiskan oleh anaknya Si Pekan.
Saya tidak berhasrat untuk menceritakan keseluruhan mengenai cerita tersebut sebab saya percaya semua orang pernah dengar dan tengok cerita ini. Cuma yang saya nak kongsikan di sini hanyalah sekadar pendapat saya pada awal-awal cerita ini.

Pendapat peribadi saya, sejujurnya terus terang saya katakan saya tidak begitu berminat dengan cerita ini. Se…

Kalau bukan rezeki....

Image
Pepatah Melayu ada menyebut kalau dah emangnya rezeki kita, ia takkan ke mana. Tetapi kalau ia telah ditetapkan bukan rezeki kita yang dah ada dalam mulut pun boleh  keluar balik. 
Itulah yang terjadi pada saya baru baru ini. 
Saya agak frust pada mulanya tapi akhirnya saya kembali waras dan sedar cuba untuk  melapangkan dada menerimanya sebagai ia bukanlah rezeki saya. Walau macamna sekalipun saya telah berusaha sekiranya Allah mengatakan tidak maka tidak lah.  Takpelah. Redha sahaja. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik. Berbaik sangka padanya. He knows best.
Ceritanya begini. Dalam bulan 4 @ 5 yang lepas saya telah didatangi seorang client ni (saya namakan Z) yang berhasrat mahu membuat refinance rumahnya tetapi tidak tahu bank mana yang harus ditujuinya dan tidak tahu berapa pinjaman yang harus dipinjamnya. Dia cuma memberi maklumat pada saya mana-mana bank yang boleh beri pinjam padanya semaksimum mungkin berdasarkan nilaian rumahnya dan tempoh jangkamasa yang panjang dan install…