Buaian Elektrik vs Zikir


Baru-baru ini ketika raya bersembang dengan seorang ni yang kita namakan dia N la. Biasalah orang pompuan dah kawen dok sembang-sembang ni tak lain tak bukan tak cerita pasal anak cerita pasal suami takpun cerita pasal baju kuih raya. Macam-macam la. Dok sembang-sembang tu tangan saya tak lepas dari membuai si Fateh kesayanganku tu tidur.

Mungkin kasihan melihat saya yang kelenguhan membuai si Fateh (Fateh ni buai dia dekat 2 jam tidurnya ada 15 minit. Sabar je tau) dia menyarankan kepada saya buat apa ko susah-susah buai dia pakai manual ko beli je yang elektrik. Senang. Ko masuk dalam buai anak ko buaian tu gerak sendiri. Ko boleh tinggal buat kerja lain. Budak pun tidur. Jimat masa. Tak yah ko dok ngadap dia buai dia. Lenguh. keje lain pun tak jalan.

Saya hanya senyum je sambil kata aah kan.betul jugak. Saje jawab jaga hati dia. Sedangkan saya ada jawapan saya sendiri kenapa saya tak mahu beli yang elektrik. Perkara ini telah saya bincangkan dengan suami saya ketika mula-mula decide nak beli buaian untuk Si Fateh comel ni. Saya dulu pernah jugak cakap pada suami minta belikan buaian elektrik senang sikit saya. Tapi suami saya kata tak payah la. Pakai je yang manual. Abang bukan kedekut takde duit tak mampu nak beli lebih pada mampu ayang nak dua tiga pun abang boleh beli tapi abang rasa banyak kebaikannya pakai manual ni melebihi yg elektrik. (suami saya memang penuh je dengan alasan. Ada je jawab dia. kadang2 betul jugak). Apa dia saya tanya.

Dia kata  :-

1) Boleh jimat eletrik. Tarif elektrik kan tinggi.
2) Boleh letak kat mana-mana. Kalau pakai elektrik kena letak dekat yang ada sumber elektrik.
3) Boleh exercise tangan. Elektrik tak exercise.
3) Manual boleh merajinkan ayang untuk berzikir. Kalau masa lain kadang-kadang tak sempat atau malas nak berzikir. Jadi bila buai Fateh pakai manual boleh duduk2 berzikir utk anak. Ayang dapat pahala fateh pun dapat. Biasakan dia dengan alunan zikir. Kalau pakai elektrik takdenye ayang nak duk situ duk zikir2 kat dia. Saya jawab kita kan boleh pasang cd orang ngaji. Dia jawab lagi lebih afdal adalah suara ibu atau ayahnya yang ngaji atau zikir tidurkan dia. 
4) Boleh spent masa dengan Fateh. Masa lain ayang dah sibuk. Keje. Balik rumah dok buat keje lain. Sian Fateh terabai. Jadi bila buai dia ayang dapat rehat dapat habiskan masa dengan dia. pegang dia. sentuh dia cium dia.layan dia. mesti dia rasa disayangi. Saya jawab kalau letak dia buai elektrik senang saya nak buat kerja sekarang kan kena gerak pantas. Curi-curi masa. Dia tidur ayang boleh buat kerja lain. Dia jawab kerja sampai bila tak habis. Buat setakat mampu. Tak yah nak tergesa-gesa. Lagipun kerja rumah kan abang tolong. Kita buat sama-sama. Masa dengan anak lebih penting. Masa bila lagi nak bagi perhatian pada dia. Betul jugak.
5) Yang ni paling tak boleh blah. Dia kata kalau ayang buat camtu masuk dia dalam buai lepas tu tinggal dia biar elektrik enjut dia sendiri ayang  nak nanti bila ayang dah tua Fateh buat camtu jugak macam bagi ayang makan. letak pinggan lepas tu tinggal?...tak nak kan. kita nak orang layan kita. jadi kita jangan buat kat dia camtu. Kita nak anak hormat kita kita kena hormat dia jugak. Dia akan layan kita macamna kita layan dia. layan la dia walaupun dengan buai je dia suruh tidur. Bukan lama pun.  Touching lak yang ni.Hu3...

Bila fikir balik betul jugak. Emmm..setelah dengar penjelesannya kami pun decide tak beli la yang buai elektrik. Sampai sekarang pakai yang manual. Buai la si fateh dengan tangan sampai dia tidur smbil zikir nyanyi2. Biarlah lenguh sikit asalkan dapat temani dia dengan  zikir2 suara sumbang saya.

Saya tak kisah orang nak komen apa tentang anak saya kuat nangis ke anak saya manja ke anak saya lambat jalan ke anak saya takmo minum susu la apa la itulah ini lah. Saya ok je. Yg penting anak saya sihat dan saya tahu apa yang saya nak untuk dia. Masing-masing ada pendapat sendiri untuk rumahtangga masing-masing. Tepuk dada tanyalah selera.




 * pernah ketika awal perkahwinan saya baru nak menyesuaikan diri sebagai isteri. saya hidang makan untuk suami saya. lepas hidang saya bangun gi tengok tv. Lupa yang dah kawen. He3. Suami saya kata duduk sini teman abang makan. Apa ingat bagi kucing makan ke dah bagi pastu tinggal?....Hahaha malu setepek aku.


yang penting hati mesti baik





Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku