Drama Kita


Ni entry tertangguh. Tarikh dia 4/8/2013.

Semalam ahad. Cuti. Saya menghabiskan masa dengan dengan menonton drama di tv sambil melayani Fateh bermain sambil mengemas2 sikit di rumah mak.

Cerita yang saya nak kongsikan dekat sini ialah cerita Batu Belah Batu Bertangkup di Astro Prima dan cerita Ayah di Astro Oasis.


1) Batu Belah Batu Bertangkup




Cerita ini adalah lakonan Aziz Jaafar, Neng Yatimah, Zaiton dan lain-lain. Mengisahkan seorang ibu yang menyerahkan dirinya (membunuh diri) pada batu belah batu bertangkup kerana kempunan mahu makan telur tembakul. Telur tembakul itu telah dihabiskan oleh anaknya Si Pekan.

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan keseluruhan mengenai cerita tersebut sebab saya percaya semua orang pernah dengar dan tengok cerita ini. Cuma yang saya nak kongsikan di sini hanyalah sekadar pendapat saya pada awal-awal cerita ini.


Pendapat peribadi saya, sejujurnya terus terang saya katakan saya tidak begitu berminat dengan cerita ini. Sebab bagi saya terdapat kepincangan yang besar pada karektor si ibu ni. Ada dua kegagalan. Kegagalan si ibu menyelami hati anaknya dan kegagalan si ibu mendidik hatinya sendiri supaya bersabar dengan karenah anak sedangkan kesabaran seorang ibu sangat penting dalam mendidik anak. 

 Dia menggambarkan betapa rapuhnya hati si ibu yang sanggup membunuh diri (merajuk) hanya disebabkan telur tembakul yang dimakan oleh anaknya yang masih kecil. Bukankah seorang ibu itu pada hakikat sebenarnya memiliki hati yang sangat kuat tabah dan sabar mengasihi anaknya cinta tanpa syarat sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawanya sendiri inikan pula pasal makanan yang apalah sangat. Rapuh sungguh hatinya. Anak makan telur tu pun nak merajuk.Kata tak sayang. Bukan tak sayang anak tu sayang tapi dia budak kan. Apa lah budak tu tahu. Kecil lagi. Apa yang dia tahu bermain, makan dan tidur. Tak matang berfikir. Fikiran dia tak terjangkau akan perasaan dan kehendak ibu dia. Dia tak dapat menyelami hati si ibu kesusahan si ibu dan penderitaan si ibu. Si ibu yang besar dan matang berfikir la kena faham anak itu. Dia kena faham dan selami hati si anak. Dia mungkin boleh fikir owh mungkin anak aku ni lapar agaknya. Owh mungkin telur itu sedap dan jarang dapat jadi dia suka telur tu. Owh mungkin kakak kesian kat adik kot tu dia bagi. Dia kena letak diri dia dalam diri anak itu sebab dia ibu dia boleh fikir baru lah hati jadi tenang dan tak terbawa-bawa rasa rajuk itu.

Ini tak ikutkan sangat rasa rajuk itu. Tak sabar. Dia tak terfikir ke nasib anak-anak dia dia buat macam tu. Anak kecil lagi. Menyusu lagi pulak tu. Ayah dah la takde. Tergamak tengok anak dia hilang tempat bergantung menjalani hidup berdua terkontang kanting, Nasib ada nenek kebayan. Apa punya mak la. Jadi ibu ni bukan senang. Kena banyak sabar.Sejak dari awal mengandung lagi hinggalah membesarkan memang banyak kesusahannya. Tu sebab ibu ni 3 kali lebih utama wajar dihormati dari ayah.

 Lagi satu sebagai ibu selain dari sabar mendidik mulut pun kena jaga jugak. Mulut mak kan masin. Perasaan kena jaga jangan sampai terkeluar yang bukan-bukan pada anak. Sebab kalau apa-apa jadi pada anak kita kita juga yang susah kan. 

Kesimpulannya, 1) saya tak suka cerita ini 2) Jadi ibu kena banyak sabar 3) Akal fikiran Allah bagi gunakanlah. Think wisely before you decide. Jangan ikut hati.



2) Ayah

Cerita ini adalah lakonan Fauzi Nawawi, Zahiril Azim , Balqish Samundur Khan dan pakcik yang pegang watak ayah tu saya tak tahu apa nama dia. Mengisahkan cerita tentang seorang ayah yang lumpuh tak mampu nak menguruskan diri sendiri. Anak-anaknya Along Angah dan adik saling tolak menolak tak nak jaga ayah.

Along yang kaya raya tak sanggup nak jaga ayah serah kat rumah angah. Angah yang tak berapa nak kaya dengan rumah kecil ada anak kecil dan bekerja lagi serta ada masalah dengan suami yang ntah apa-apa tu pun tak sanggup nak jaga ayah serah kat adik. Adik yang masih bujang keje pun tak berapa nak besar sewa bilik je yg berapa bulan tertangguh pun tak sanggup nak jaga ayah. Habis siapa nak jaga ayah? Ke mana ayah nak pergi? Dia tak mampu nak uruskan diri sendiri. Dia takde rumah. Rumah dia dicagarkan oleh Along sebab konon nak buat modal niaga dengan akujanji akan jaga ayah akan jaga adik-adik. Dah senang janji tinggal janji. Ayah terabai. Adik beradik kacau bilau asyik bergaduh tolak menolak semua nak lepas tanggungjawab.

Seriously, tengok cerita ni sedih giler. Nangis suami saya masa tengok ni. Saya pun nangis. Pengajaran yang kita boleh ambil :-

1) Ayah mak boleh jaga 10 anak. Tapi anak tak mampu jaga walau 1 orang pun mak ayah.

2) Bila dah senang dah kaya  jangan lupa mak ayah. Masa kita susah dulu mak ayah la tolong kita. Tolong doa untuk kita. Macam kes dalam cerita ni Along pinjam duit ayah dia sampai sanggup minta ayah jual rumah yang satu-satunya itu untuk buat modal niaga dia. Janji kata nak jaga ayah nak jaga adik tapi haprak.

3) Pilih pasangan yang baik. dalam cerita ni isteri Along baik tapi macam takut je nak tegur Along tu.  Macam adik bagus makwe dia sebab banyak bagi dorongan dan bantuan.

4) Jangan berkira dan kedekut nak keluar duit dan tenaga untuk mak ayah. sebab insyaallah kalau kita buat baik dengan mak ayah kita rezeki kita murah. macam dalam cerita ni lepas adik sanggup jaga ayah dia makcik tuan rumah tu tak jadi nak halau dia keluar rumah walaupun dia dah lama tak bayar sewa. Jaga orang tua ni berkat.

5) Jangan pilih kasih dalam membesarkan anak. Kita tak tahu nanti apa akan jadi masa depan. Kadang-kadang anak yang kita tak banggakan tu la yang jaga kita bukan anak yang kita selalu agung-agungkan tu.

6) Manusia mudah berubah. Jangan percaya sangat akan janji-janji kerepot tu. Kena buat secure gak. Contohnya jangan bagi semua harta kita kat anak masa kita hidup. bukan apa takut nanti kita pulak menumpang dalam harta sendiri. Kita tak tahukan. Rambut sama hitam hati lain-lain. Bukan sangka buruk pada anak sendiri tapi ye lah sebagai peringatan. Silap haribulan kita pulak kena halau dari rumah sendiri. Anak kita ye lah nak jaga kita menantu belum tentu. tengok cerita ni menantu dia bagi ayah dia makan megi je sedangkan duit dah bagi suruh beli nasi. Tu hantu bukan menantu. Minta jauhlah dari jadi macam tu. 

7) Jangan kedekut masa dengan orang tua. baliklah sekali sekala jenguk mereka. Mereka rindu mereka sunyi.  Mereka bukan nak duit kita tapi nak perhatian kita. Baliklah.  Kita juga akan lalui jugak saat itu nanti.

8) Berkorbanlah sementara masih ada. Kalau dah takde takde dah. Menyesal pun tak guna.


Inilah drama kita. yang berlaku dalam masyarakat kita. Renung-renungkan. Amik pengajaran.



Yang penting hati mesti baik


Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir