Kalau bukan rezeki....


Pepatah Melayu ada menyebut kalau dah emangnya rezeki kita, ia takkan ke mana. Tetapi kalau ia telah ditetapkan bukan rezeki kita yang dah ada dalam mulut pun boleh  keluar balik. 

Itulah yang terjadi pada saya baru baru ini. 

Saya agak frust pada mulanya tapi akhirnya saya kembali waras dan sedar cuba untuk  melapangkan dada menerimanya sebagai ia bukanlah rezeki saya. Walau macamna sekalipun saya telah berusaha sekiranya Allah mengatakan tidak maka tidak lah.  Takpelah. Redha sahaja. Mungkin Allah mahu beri yang lebih baik. Berbaik sangka padanya. He knows best.

Ceritanya begini. Dalam bulan 4 @ 5 yang lepas saya telah didatangi seorang client ni (saya namakan Z) yang berhasrat mahu membuat refinance rumahnya tetapi tidak tahu bank mana yang harus ditujuinya dan tidak tahu berapa pinjaman yang harus dipinjamnya. Dia cuma memberi maklumat pada saya mana-mana bank yang boleh beri pinjam padanya semaksimum mungkin berdasarkan nilaian rumahnya dan tempoh jangkamasa yang panjang dan installment yang bawah pada RM1000. Biasanya, untuk kes-kes sebelum ini client akan pergi sendiri dan menguruskannya sendiri. Kita cuma prepare loan documentation sahaja selepas menerima instruction daripada bank. Tetapi tidak untuk kes ini.

 Kes ini dari mula saya uruskan. Dari A to Z.  Dari call bank untuk mendapatkan maklumat mengenai pinjaman. Saya call semua bank yang ada yang mana boleh menawarkan tempoh jangkamasa yang lebih panjang dan bayaran bulanan yang rendah. (mengambil kira Z yang akan bersara lagi 17 tahun dan hanya mampu bayaran bulanan bawah RM1000). Call nilaian untuk mendapatkan figure sebenar nilaian semasa rumahnya. Pergi ke pejabat tanah untuk membuat CTC geran rumahnya. FYI, client saya ini tidak memiliki geran asal atau salinan dalam simpanannya. Buat carian lagi dan bermacam-macam lagi urusan sampailah ke tahap akhirnya tinggal instruction kepada ofis saya untuk menyediakan loan documentation sahaja lagi daripada bank yang telah dipilih sesuai dengan kehendak dan keadaannya di atas. ( baca : Instruction kepada opis saya kerana saya yang mengintroducekan kes tersebut).

Walaubagaimanapun, ia tidak terjadi demikian. Dek kerana sedikit kecuaian dan kelalaian  pihak kami tak dapat buat pun kes ini. Kes tersebut dipasskan ke firm lain. Saya sangat frust bila mengetahui keadaan tersebut. Saya frust first kenapa orag yang sepatutnya alert pasal tu boleh teroverlook Second, saya frust kenapa bank tak boleh consider sikit pasal tempoh renewal tu. Third, saya frust kenapa boss tak cuba atau tolong kami mencari jalan penyelesaian. Frust kenapa sampai boleh overlook benda simple macam  tu, kenapa. Tahu tak cuainya sedIkit tapi memberi efek yang sangat besar. 2 kes terlepas macam tu saja. (selain Z ada lagi kawan Z nak buat jugak refinance). Saya nak marah tapi pada siapa?.. Sekarang bukan nak mecari salah siapa. Tapi marah pun tak guna benda dah terjadi. SANGAT FRUST.

Dua tiga hari juga saya frust. Tapi akhirnya setelah bermuhasabah diri saya akhirnya akur cuba memujuk diri ia bukan rezeki saya. Macam yang saya kata kalau dah bukan rezeki dah ada dalam mulut pun boleh keluar balik. Sabar je la. Semuanya pemberian dari Allah.

Wassalam..


* Rezeki tidak semestinya banyak tapi yang paling penting adalah berkat...

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"



Yang penting hati mesti baik

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Berpantang Aku

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Buaian Elektrik vs Zikir