Perhatian kepada Pencari Kerja


Firma saya mempunyai kekosongan sekarang untuk jawatan akaun. Siapa yang berminat bolehlah datang mencuba nasib..:)

Sebelum datang saya harap calon-calon yang datang dapat menitik beratkan beberapa perkara yang akan saya sebut di bawah nanti . Benda ini nampak remeh tapi sebenarnya besar untuk pihak majikan menilai anda ini bagaimana sebenarnya pada pandangan pertama. 

perkara tersebut ialah :-

1) Anda kena tahu post apa yang anda mohon

Benda ni memang penting kena ambil tahu. Kalau tak tahu memang payah la. Mengikut pengalaman saya tahun lepas kami ada mengiklankan kekosongan jawatan untuk Legal Assistant. Ramai jugak yang memohon. Tapi yang menyedihkan saya ramai yang memohon tetapi tiada siapa yang memenuhi kritea yang kami inginkan. Bukannya kritea boombastik sangat yang kami inginkan cuma yang asas-asas sahaja. Yang asas ni pun fail.  Maksud Legal Assistant pun tak tahu. Legal Assistant ni maksudnya berbeza pada setiap field. Jadi nak tahu maksud sebenar Legal Assistant kena tengok syarikat yang anda mohon tu. Syarikat apa? Dia menawarkan perkhidmatan apa bisnesnya apa?... Kalau macam firma kami yang fieldnye undang-undang maka di sini Legal Assistant tu bermaksud peguam la. Dan dah kalau jawatan tu jawatan peguam kenalah anda pastikan anda mempunyai kelayakan untuk menjadi peguam seperti ada kelulusan undang-undang (LLB) dan ada lesen untuk beramal dan sudah melalui  chambering. 


Tapi yang memohon kepada kami tahun lepas takde satu pun yang ada lulusan undang-undang tapi mohon untuk post Legal Assistant. Macamna tu? Memang tak dapat la. Ini menunjukkan tak buat homework dulu sebelum hantar permohonan. Main taram n tibai jer. Asal ada kosong isi. Kat situ dah tahu anda macamna. Tak boleh macam tu. Kita kena tahu post apa yang kita mohon. Bidang kerjanya macamna. Kalau dah tahu senang kita nak cek samada kita berkelayakan atau tidak. Kalau ada kelulusan ijazah sekalipun tapi bukan yang undang-undang memang tak layak la.  Kalau kita ada kelulusan bersesuaian dengan kekosongan jawatan barulah mohon. Kalau tak ia menunjukkan kebodohan kita sahaja.


2) Email

Benda ni pun saya rasa ramai yang terlepas pandang. Saya nak nasihatkan kalau anda nak apply apa-apa kerja untuk bahagian email tolonglah asingkan email peribadi anda dengan email khas untuk kerja.  Tok sah letak la email yang mengarut-ngarut tu macam buihsabun@ yahoo.com, hijaudaun@ yahoo.com, ayamgoreng@ yahoo.com n apa semua tu. Tak salah cuma untuk kerja profesional la sikit. Letak la nama sendiri. Nak email ngarut ngarut tu simpanlah untuk peribadi sahaja. Tak berkenan sungguh saya tengok email yang ngarut-ngarut tu kalau nak minta kerja. 


3) Gambar

Yang ni pun satu. Tolonglah letak gambar berukuran passport. Saya tak berminat betul nak tengok resume yang letak gambar yang dipotong dari gambar lain. Gambar jadi kecik. Bagi saya sungguh tidak profesional.  Baru-baru ini saya terima satu resume yang meletakkan gambar yang dipotong dari gambar lain. Gambar ala ala tengah posing dengan sengaja dimuncungkan  mulut cam budak-budak sekarang ni buat . Tak berkenan betul saya. Terus hilang mood nak tengok resume dia walaupun dia ada kelayakan. Tak perlu lah letak gambar gitu. Profesional la sikit. Letak gambar passport baru nampak keyakinan anda sikit. Gambar besar muka jelas nampak.

4) Cover Letter


Lagi satu kalau nak mohon kerja tu tolong la buat sikit cover letter. Cerita sikit apa tujuan awak hantar permohonan tu. Janganlah malas sangat hantar resume je. Main hantar resume je tak boleh la dik oi. Kita faham awak hantar sebab nak mohon kerja tapi biarlah spesifik permohonan tu tulis sikit untuk jawatan apa. Ini tetiba je bagi resume untuk apa? Baru-baru ini kami ada menerima satu resume togel tanpa cover letter tanpa sampul dengan gambar posing dipotong kecil daripada gambar yang lain . Main bagi jer. Macam tu ke nak kerja? Etika takde. Saya percaya dia cuma menghantar resume itu secara randomly tanpa membuat apa-apa kajian terhadap bakal majikannya. Benda-benda ni nampak remeh tapi perlu diberi perhatian sebab dari situ majikan akan menilai anda jenis yang bagaimana. 


Ini sekadar peringatan dan perkongsian sahaja. Peringatan untuk saya juga.

Yang penting hati mesti baik



Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Berpantang Aku

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Buaian Elektrik vs Zikir