Hikmah Disebaliknya...


Sekali lagi apa yang berlaku dalam cerita aku kat post "Kalau Bukan Rezeki" kini berlaku lagi buat kali yang kedua. Rezeki dah masuk mulut tapi keluar balik Hu3 frust lagi.

Tapi sebab ni kejadian kedua dan aku dah ada pengalaman bagaimana nak menanganinya maka  aku rileks aje. (Jauh di sudut hati hanya Allah yang tahu.). Takmo kusut2kan sangat fikiran aku. Aku mau tenang. Aku fikir takpelah. Allah has better plan for me.

Kejadian yang kedua ni ceritanya lebih kurang sama la jugak dengan kejadian yang lepas. Aku usaha dari awal untuk job ni, aku uruskan semua,  aku tebalkan muka call hari-hari follow up tapi akhirnya job itu bukan milik aku. Diserahkan pada orang lain akhirnya. Aku fight tapi non ado. Hu3...Aku berserah pada Allah. Dia yang tentukan rezeki aku.

TAPI KINI AKU DAH NAMPAK HIKMAHNYA.....bila orang yang diserahkan job tu tanya aku  pasal job tu. Kat kepala surat tu dengan  jelasnya aku tengok job tu konvesional punya loan bukan islamic. Aku menarik nafas lega dan cakap dalam hati nasib aku tak dapat job ni sebab bukan islamic punya loan. (kat opis aku konvesional punya loan boss aku akan asingkan legal fees dia di mana fees tersebut akan digunakan untuk hal-hal yang tidak terlibat dengan gaji kami atau untuk dikira sebagai pendapatan opis. Takmo campur dengan duit yang lain yakni yang islamic sebab takut ada syubhah/riba yang mana akan memberi kesan jangka masa panjang pada keberkatan rezeki kita). Jadi takpelah kalau aku tak dapat pun job tu daripada buat kerja tapi legal fees tak dapat untuk pendapatan opis buat apa dan terlibat lak dengan riba tu. So lega-lega sangat bila tak dapat. Itulah hikmahnya agaknya. 

Allah dah aturkan semuanya. Kita kena percaya.  Wallahu a"lam.




Post a Comment

Popular Posts