Posts

Showing posts from October, 2013

Campur-campur (Rangkuman Sep-Oktober)

Setiap hari yang  berlalu pergi pasti akan ada meninggalkan suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu pengetahuan, suatu memori dan sebagainya  yang akan kekal terpahat di sanubari. Samada ia akan meninggalkan suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu, suatu memori yang baik ataupun tidak dan/atau  samada meninggalkan perasaan suka mahupun duka lara dihati. 

Bagi meletakkannya sebagai suatu kenangan, suatu pengalaman, suatu ilmu, suatu memori yang tidak mungkin dilupakan, kurangkumkan semuanya dalam satu cerita dan segalanya ini menjadi catatan hidupku.

1) Anemia

Pada 23/09/2013 yang lalu aku bersama Dak Fateh  ke Hospital Temerloh. Ada appointment dengan Pakar Pediatrik. Kami sampai kira awal la juga tapi biasalah awal awal pun tempat parking tetap dah penuh dan orang pun dah mula ramai dan sesak.  Sejak menjadi pengunjung setia hospital ini sejak April 2012  sehingga sekarang  dan pernah pun menjadi penghuninya selama 3 bulan aku tak pernah tengok hospital ni lengang. Mesti meria…