Posts

Showing posts from November, 2013

SELAMAT 3 TAHUN BERCINTA

Image
26.11.2013 . Genap  3 tahun usia masjid kecil kami. 
After 3 years, blessed 2 children, I feel complete.
Terima kasih Tuhan kerna mengurniakan saya "kesempurnaan" dan kebahagiaan itu.









Ya Allah, 

Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Hanya pada Mu hamba Mu yang serba lemah dan hina ini pohon.

Kau rahmatilah ikatan perkahwinan kami ini. Hingga ke Jannah Mu.

Limpahkan lah kami dengan rezeki & rahmat Mu.

Jadi kan lah kami suami isteri yang soleh & solehah.

Teguh kan lah hati kami dalam mengharungi ujian Mu, agar hati kami sentiasa bersatu, dalam apa jua rintangan yang dilalui.

Tabah kan lah hati kami dalam mendidik dan membesar kan anak-anak kami, agar menjadi hamba Mu yang bertaqwa, anak yang soleh.

Sesungguhnya hanya Engkau sahaja lah tempat kami memohon dan meminta.

Tiada yang lain.


Amin....


ps : Thanks sayang 4 the present.. I'm really appreciate it...

Cerita November 2013 Kami

Image
Kurangkumkan cerita November 2013 kami  di sini......
1) 9/11/29013
Telah berlangsung Kenduri tahlil arwah abah & Doa Selamat  Majlis Cukur Jambul Nurzara Amani binti Mohd Azmi  (anak sedara) di Puchong. Genap setahun pemergian abah. How time flies.....Rindu sangat kat dia. Tak tahu nak cakap macamna rindunya hati ini. 
2) 11/11/2013
Bawa Dak Fateh pergi cucuk untuk 18 bulan. Lepas kena cucuk tu Dak Fateh demam. Ada la 3 hari aku dan suami tak tido malam jaga dia. Dia merengek2 sakit. Badan dia panas. Bibir pecah. Perut dia macam sakit. Asik terkentut-kentut. Kesian dia.  
Lepas 2 hari demam dia kebah tapi mulut dia masih pecah. Dia merengek2 sakit takleh nak minum susu. Takleh nak lepas langsung.Asik nak berkepit berdukung dan berbuai. Kalau lepas dia akan menangis keras2 sampai takde suara. Ehem...Dak Fateh2.
Bawa dia pergi jumpa pakar kanak-kanak di Puchong. Doktor cakap mulut Dak Fateh bukan mengalami ulser biasa tapi dia telah dijangkiti satu virus nama dia HERPESS SIMPLEX.(…

Selamat Pengantin Baru My Best Friend II

Image
Entri ini adalah khas saya dedikasikan buat sahabat baik saya Sharifah Iswany Ismail yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya  di kediamannya di Kelantan Darul Naim pada 17/11/2013 ini.
Untuk majlis sahabat saya ini sejujurnya saya agak terkilan kerana  saya ingin-ingin sangat pergi tapi tidak dapat dek kerana  terpaksa menghadiri majlis konvokesyen suami saya di Serdang pada tarikh yang sama. Maafkan saya yer kak wanie. Saya tak dapat nak tunaikan janji saya. Janji saya ketika kami sama-sama belajar dulu ialah kalau salah seorang daripada kami berkahwin walaupun jauh kami mesti pergi. Masa saya berkahwin kak wanie dari jauh datang .Tapi kini tiba giliran dia saya tak dapat pergi. Malu sungguh saya. Apakan daya saya. Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Takde rezeki saya nak jejak Kelantan la kak nak tengok akak comel saya ni nikoh.
Kak Wanie ialah antara sahabat yang paling rapat dengan saya ketika di Uia dulu. Antara sahabat yang mewarnai hari-hari say…

Tak Rugi Buat Baik

Image
Ni saje je la nak cerita.

Semalam waktu rehat suami ajak makan tengahari bersama di satu kedai ni. Dia kata dia nak belanja. Aku pun kata ok la no hal punya nak belanja aku.

Kitaorang pun pergi la satu kedai ni. Kami makan ikan patin.

Dah siap makan aku pun pergi la kaunter bayaran nak bayar (menggunakan duit laki aku la tentunya). 

Tiba-tiba...

Tiba-tiba kan budak tu kata tak payah bayar kak tadi dah ada orang bayarkan akak punya.

Ha?...aku terkesima dan terkaget.

Siapa pulak yang baik hati bayarkan kami punya makanan ni.

Suami aku kata malaikat kot.

Aku kata biar betol.. Aku tanya budak tu sape ek yang bayarkan.

Dia jawab ada tadi akak yang duduk belakang meja hujung tu pakai tudung warna oren.

Aku tengok meja hujung tu. Takde dah orang tu. Aku cuba recall sape ye yang duduk situ tadi...

Tiba-tiba suami aku kata ala yang cikgu tadi la yang. Yang ayang tegur masa kita nak masuk kedai tadi.

Owh yer...baru aku teringat. dia rupanya yang bayarkan. Client aku.

Aku msg dia ucap terima ka…

Campur-campur (Rangkuman Sep-Oktober)

Image
Belek punya belek draft posting semalam baru perasan ada satu lagi cerita tertinggal.

Ni cerita tentang kerja. Bukan cerita Dak Fateh dah. He3.


Cerita dia gini ada satu hari tu aku dapat task dari kak wan Lac minta buat satu kes ni. Ini kes tentang juvana budak umur 16 tahun. Dia dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana telah ada dalam jagaan dia dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines ke methampetamine tak silap aku. Tak ingat dah. Dia dituduh bersama orang dewasa yang ada bersama-sama dengannya ketika itu. 
Sampai kat court aku minta ngan polis nak jumpa budak ni. Keluar la sorang budak ni. Kurus budaknya. Putih. Muka macam budak innocent jer. Muka juruh la boleh kata. Aku interview dia tanya pasal latar belakang dia.
Dia seorang budak yang berumur 16 tahun. Tingkatan 4. Sudah tidak bersekolah. Adik beradik ada 6 orang. Dia anak kedua. Mak ayah menoreh getah. Kira susah la keluarga dia ni. Aku tanya mak ayah ada datang tak. Dia kata mak ada. Ayah takde. Ayah dalam …

Campur-campur (Rangkuman Sep - Oktober)

Image
Sambungan .....


Bila dapat tau je Dak Fateh mengalami anemia akibat daripada kurangnya zat besi dlm badan dia aku pun start google apa yang boleh aku buat untuk tolong dia selain daripada ubat yang doktor bagi. Seperti biasa antara yang boleh aku buat ialah dengan menjaga pemakanan dia dengan memberi makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi banyak terkandung daging merah, ikan, ayam, hati, telur, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, brokoli, bayam dan tauhu. 

Sebenarnya sebelum ni pun aku memang ada dok bagi juga kat Dak Fateh  benda-benda makanan kat atas tu cumanya masalah aku  ialah Dak Fateh yang tak nak makan sangat.  Dia jadi camtu sejak dia naik umur setahun ni. Dia sangat-sangatlah memilih makanan apa yg kita masukkan kt mulut dia. Kita ni beli la segala bagai mak nenek nak bagi anak makan benda-benda yang khasiat tapi dia memang tak nak. Ada masa-masanya je dia akan makan. Itupun ada la 4 5 suap jer. Pening fikir nak bagi makan apa la kat dia. Ni mesti ikut abah dia la n…