Posts

Showing posts from December, 2013

Welcome 2014....

Image
Selamat datang 2014..

Selamat datang umur 29 tahun....(hari ini my besday)

Selamat datang segala-galanya yang bakal menjengah 2014 ini.

Semoga yang baik-baik dan indah-indah sahaja untuk tahun ini. (Tak mau segala pahit 2013 dan sebelum2 ini berulang).

Semoga tahun 2014 yang mendatang ini menjanjikan 1001 kebahagiaan & kejayaan buat kita semua.

Semoga segala yang didoakan dan  diimpikan menjadi kenyataan.

Semoga segala yang diusahakan membuahkan hasil  mendapat rahmat dan redha dariNYA.

Dan semoga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini baik dari segi hubungan dengan Allah, ibu bapa, suami isteri dan sesama manusia.


Nota :

1) Saya berazam untuk memperbaiki diri dari sudut ibadah kepad Allah. Banyak yang kurang sebelum ini.Hu3.

2) Saya berazam untuk memperbaiki juga hubungan dengan suami. Banyak buat dosa kat dia sebelum ni. Hu3.

3) Saya berazam untuk lebih bersabar dengan karenah Dak Fateh yang sekarang ni dah semakin lasak. Hu3. Selalu marah n jerit kat dia sebelum n…

2013 Yang Ditinggalkan

Image
Hari terakhir tahun 2013.
Banyak momen yang ditinggalkan sepanjang tahun ini. Baik yang manis, pahit,  dan sebagainya.
Semuanya menjadi pengalaman hidup.
Semuanya menjadi perencah dalam melalui kehidupan ini.

Ada sebahagiannya telah pun dicoretkan dan dikongsi di sini.

Adapun yang tertinggal biarlah hanya tersemat di hati.

Untuk menulis di sini  tak sampai hati. Untuk berkongsi di sini mungkin akan menimbulkan spekulasi dan sensasi.Bukan semua boleh dikongsi. Bukan semua boleh memahami waima hati sendiri.

Jadi biarlah ia dibawa pergi. Saya tak mahu berpaling lagi kerna hanya menambah luka dan sengsara di hati.

Saya mahu buang ia jauh pergi.

Mengenang hanya untuk pengajaran  diri.

Saya mahu melangkah takmau mengenang lagi.

Saya mau melangkah dengan kekuatan diri.


Selamat jalan 2013.

Terima kasih...







Result PMR

Image
Hari ni 19 Disember 2013 result PMR 2013 keluar.
13 tahun yang lalu aku pernah melalui saat debaran yang sama  menungu result PMR 2000 keluar sepertimana yang dilalui adik-adik PMR hari ini.
Yang bezanya cuma satu, result aku aku tak sebaik budak2 PMR sekarang.
Aku dapat 2A sahaja. Yang lain B dan C.
Walaupun dah sehabis daya study. (Aku giler study masa tu. Tapi result tak best).
Aku sangat sedih pada mulanya ketika menerima result tu.  (Aku tahu melalui telefon. Call kerani sekolah. X dapat pergi ambil). Aku tak dapat terima hakikat. Aku sedih nape result aku camtu. Aku frust. Sebab niat aku aku nak pindah sekolah. Aku nak sekolah MRSM.
Tapi dengan result camtu MRSM mana nak ambil aku.
Hu3...Aku sedih sebab result aku teruk...Aku sedih sebab aku tak dapat tukar sekolah...Aku sedih ada orang lebih awal tahu result aku (dia dengar masa kerani ti cakap dengan aku) ....TAPI...
yang paling buat aku sedih ialah apabila ada salah seorang kawan baikku  (yang tahu tu) mengatakan kat aku beg…

Saya dah Fed up

Hu3...aku dah fed up.

Sejujurnya minggu ini adalah minggu yang amat memenatkan bagi aku.

Penat otak.

Penat badan.

Penat bahu menanggung beban.

Takde mood nak cerita.

Aku cuma nak jerit ARRRRRRGHHHHHH....

Hu3....

Fateh Ada Lagu Baru

Ini cerita pasal Dak Fateh Kenit tu. He3.

Biasanya nak tidurkan Fateh dalam buai kami akan zikir n nyanyi lagu-lagu nasyid. Berpuluh-puluh lagu la nyanyi sampai dia tidur. Dua jam buai dia baru dia tidur. Punya la susah dia nak lelap. Kadang-kadang aku yang tertidur buai dia. He3.

Sebelum ni dia suka nasyid ya ha na na. Dia siap nyanyi sekali jadi la yanananananaanna... He3...

Tapi sekarang dia dah ada lagu baru. Babah dia nyanyikan..

Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai

2 la 3 kucing berlari
meow2 ( ni Fateh yang nyanyi dalam buai ikut kita nyanyi. He3)
Mana nak sama si kucing belang
Meow2
2 la 3 boleh kucari
Mana nak sama Si Fateh sorang....

Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai
Enjut enjut Fateh Fateh ngantuk masuk buai

Nampak dia sukakan lagu ni. Cepat pulak…

BERITA TERGEMPAR ! BERITA TERGEMPAR !

Semalam aku dapat satu berita tergempar dari sesorang.

Aku tak tahu penerimaan aku macammana.

Aku blur sebenarnya.

Sebelah perasaan aku aku rasa happy dan bersyukur sebab..emm banyak la sebabnya...salah satunya sebab sebagai satu tanda aras pencapaian dalam kerjaya aku.

Sebelah perasaan aku aku rasa tak happy. . Jawatan besar datang bersama tanggungjawab yang besar.Aku takut amanah itu tak terpikul. Aku risau. Makin berat rasanya bahu aku ni menggalas tanggungjawab itu.

Sebelah lagi fikir aku boleh buat ker?...Aku boleh ker...hu3...

Sebelah lagi...boleh. kau boleh..take it as a challenge. Orang boleh nampak bakat ko nape ko sendiri tak rasa benda tu. Ko kena yakin. Bisik hati kecil aku.

Hu3..dalam keterpaksaan aku mengangguk dan memujuk diri yer aku boleh. Ini cabaran untuk aku. Aku kena sahut cabaran itu. Aku kan pantang dicabar?....emmm...berilah aku semangat ya Allah....


Ya Allah, aku mohon padamu berilah aku petunjuk dalam menggalas amanah ini.....



ps : Tak tahu nak happy ke tak.…

Banjir oh Banjir

Image
Hujan yang tidak henti-henti dari minggu lepas telah menyebabkan kampungku (Kota Gelanggi 2) dilanda banjir. Jalan luar yang menghubungkan perkampungan Sungai Tekam Utara dan perkampungan Kota Gelanggi 2 dinaiki air. Terputus la hubungan dengan jalan luar. Tapi nasib baik hanya jalan luar tak sampai ke perkampungan Kota Gelanggi 2 tu sendiri. Kalau tak tak tahulah macamna.

Seingat aku dari aku kecik sampai aku besar jalan luar tu memang selalu air naik tiap kali hujan yang tak henti2 berlaku. No wonder sebab tanah kat situ memang tanah rendah dan berpaya. Air memang mudah naik.  Tapi tiap kali banjir aku tak pernah pergi tengok pun. Mak aku marah. Dia memang marah kalau pergi tempat air2 macam tu. Bahaya katanya. dalam keadaan macam tu air mengidamkan orang katanya. Lagi satu aku memang tak berani pun nak pergi. Aku takut dan gerun tengok air banyak2 camtu. Air kotor pulak tu membawa macam-macam sampah dan kotoran.  Tapi budak sekarang  aku tengok berani jer. Air deras pun diorang ok…