Posts

Showing posts from 2014

Penutup 2014.

2014 telah pergi Pergi meninggalkan membawa pelbagai kisah, cerita, warna & peristiwa Baik untuk negara kita, agama kita, bangsa kita mahupun kehidupan kita Ada yang manis untuk dikenang Ada yang pahit menghiris perasaan Namun apapun moga ia menjadi pengalaman, iktibar, dan  pengajaran buat kita semua Kerna ianya dihadirkan pasti ada sebab & hikmahnya Insya4jji pasti ada baiknya....janji Allah itu pasti :)


Kenangan 2014 aku.
1. Kerjaya.
Aku berhenti kerja. Quit practise. Keputusan paling berat yg aku pernah buat dlm hidup aku (keputusan berat utk kerjaya bukan berat nk tgglkn opis tu)  Tapi aku x pernah menyesal. Malahan aku lega sgt. Hilang segala bebanan, permasalahan dan rasa sakit hati  yg aku tanggung selama ni kat opis tu. Tak payah fikir dah. Tak payah aku serabut2 otak dah fikir pasal fail, pasal client, pasal opis n pasal nak cari duit opis tu. X payah aku nak rushing2 n travel dah kulur kilir setel pasal keje. Just tumpu pd family.  Mula2 x keje aku stress jgk. Tapi…

Cerita Disember Kami

Image
Alhamdulillah, berakhir sudah perjalanan  cuti sekolah kami.

Hampir sebulan lebih masa cuti dihabiskan bersama family, saudara mara dan sahabat2 handai.

Alhamdulillah, segalanya bermanfaat bagi mengeratkan hubungan kasih sayang & silaturrahim.

Takmo citer2 panjang. Kat bawah antara xtvt kami.

Res ipsa liquitor....

1.  Jalan2 ke Bukit Gambang, Kuantan















Ke Bukit Gambang ni kami pergi bersama dgn  family mertua ngn Mak aku. Kami pergi  Safari je kali ni. Sebab yg waterpark dah pernah pergi dulu. Ni pergi balik hari je.  So far aku x puas hati sangat pergi sini sebab x habis tengok semua binatang. Separuh jalan je. Dua2 Mak x larat nak jalan dah. Kawasannya terlalu besar.Memang penat jalan. So, ini jelah yg ada gambonye....
2. Reunion Smapt ke Bukit Tinggi, Pahang










Reunion kali ni di kami ke Bukit Tinggi. Program 2 hari 1 malam. Kami bermalam di Selesa Hillhome Resort. Budak batch aku yg perempuan x ramai yg pergi. Yang lelaki boleh tahan ramai gak. Xtvt BBQ Ngeteh n santai2 sembang2. …

Selamat 4 tahun bercinta

Image
26.11.2014. Genap 4 tahun usia masjid kecil kami. After 4 years, blessed with 2 + 1 children...I feel... complete. Alhamdulillah. Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Kau rahmatilah ikatan perkahwinan kami ini. Hingga ke Jannah Mu.Limpahkan lah kami dengan rezeki & rahmat Mu.Teguh kan lah hati kami dalam mengharungi ujian Mu, agar hati kami sentiasa bersatu, dalam apa jua rintangan yang dilalui.

Tinggal Sendiri vs Tinggal dgn orang tua

Image
Minggu lepas ternampak post ni kt fb. Terlintas nak komen/review sikit berdasarkan pengalaman yg telah aku lalui selama tempoh hampir 4 tahun usia perkahwinan kami.

Pada aku, memang betul.Memang kena duduk asing.  Tak kiralah rumah orang tua sendiri ataupun mertua. Kalau boleh elakkanlah tinggal bersama tapi kalau dah x mampu nak buat macamana kan. Terpaksalah. Kami dulu pun sebab x berapa mampu & masalah lain terpaksa jugak duduk dulu menumpang rumah orang tua. Rumah mertua lebih tepat. Kira-kira nak masuk 4 tahun kahwin ni aku duk ngan mertua lebih kurang dalam 2 tahun lebih.

Tahun pertama 5 bulan.
Tahun kedua setahun.
Tahun ketiga setahun.
Tahun keempat 4 bulan.


Kami berkahwin pada bulan 11 2010. Sebaik lepas kenduri sampai hujung bulan 3 2011 kami duduk menumpang di rumah orang tua suami. Nak menyewa ketika itu masih belum mampu kerana suami masih lagi berstatus kontrak guru Gstt dan kebetulan kontraknya tamat Dis 2010 tu. Manakala aku pula masa tu masih belum bekerja lagi. B…

Komen : Pengakuan Suami Curang

Image
Pengakuan suami curang Nor Khalilah Gusti Hassan November 16, 2014 PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buatisteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...
Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria... malah sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan termasuk aurat dan akhlak.

Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...
Saya t…

Aktiviti homeschool : Menari Dalam Hujan

Image
Aktiviti homeschool fateh arini ialah main hujan. Yeay....best giler...first time dedahkan dia dengan hujan. Seronok ngat nampak dia...sekali sekala dilepaskan bebas & dibiarkan... Kalau tau dek atuk nenek ko mampus mama & babah kena bebel & marah. Ha3


Aktiviti ini x dirancang sebenarnye. Pada mulanya ikutkn perancangan nak bawa dia kenal2 dengan sekolah babah dia, kenal2 dengan pelajar babah budak pra, budak darjah 1-6 nak dedahkan dia dengan berkawan & memeriahkan hari sukan sekolah babah je. Tapi fateh dapat belajar lebih drp tu. He3


Semalam hari sukan sekolah babah. Aku n fateh ikut sama memeriahkan. Walaupun hari hujan tidak henti-henti sejak semalam namun sukan mereka tetap diteruskan. Memang tabik la dengan diorang. Semangat kesukanan yg tinggi. Cikgu & budak2 & parent bersukan dalam hujan. Memang heaven tengok! Mereka berendam, berkubang, berlari, menonggeng, terbaring, tergolek....:)


Fateh pun teruja tgk pemandangan tu. Berapa kali dia lari drp aku na…

Diari Si Kecil Mama

Image
Assalamualaikum....hai si kecil mama... Buat apa tu? Sihat ke sayang? Harap kamu baik baik saje ye. Mama sentiasa doakan si kecil mama ni sihat, selamat & sempurna ye sayang.

Maafkan mama ye sayang jarang cerita pasal adik. Asyik cerita pasal abg fateh je. Bukan mama x sayang tau. Mama sayang. Mama sayang dua dua anak mama. Cuma mama nak tunggu masa sesuai nak cerita pasal adik.he3 Masa yg sesuai bila si kecil mama ni besar sikit. Ha sekarang Si kecil mama ni 28 weeks sudah. 12 weeks more to go. Dah besar. Bolehlah mama cerita pasal adik. :).


Kehadiran Adik memang amat kami nantikan. Mama rindu nak pregnant lagi. Yelah kan Abg fateh pun dah besar. Nak ada kawan. Jadi mama n babah memang berusaha sangat untuk tujuan itu. Alhamdulillah....Allah makbulkan. Saat itu hadir jgk.Rezeki duduk sebumbung!

Kehadiran Adik mula dirasai oleh mama bila Mr P mama x datang bulan 5 tu. Masa tu mama n Abang fateh baru je pindah kat umah kita ni ikut babah. Abang fateh genap2 umo 2 tahun.

Tapi mama …

Dua Tahun Sudah Pemergiannya...

Image
11.11.2012 - 11.11.2014. Genap 2 tahun pemergiannya. Rindu itu tetap subur smpi bila2. Alfatihah.
Selamat jalan Abah.  Berpisahlah kita di sini. Damailah Abah di sana dengan tenang.Kami pohon dan panjatkan  doa agar Allah SWT,Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih melimpahkan rahmatNYA,mengampun dosa-dosa Abah,menerima segala amalan soleh dan baik Abah menghimpunkan segala kebaikan Abah dan menempatkan Abah di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Selamat jalan Abah dan kami pasti akan sentiasa merindui Abah.

Ps : aku sangat rindu Abah. Aku ralat aku x sempat nak berbakti pada Abah. Banyak yg aku x sempat nak buat utk Abah. Hu3

Homeschool Fateh : Playdoh Homemade

Image
Ada yang tanya perkembangan xtvt homeschool fateh lama senyap tak buat dah ke?

He3. Buat. Cuma aku x update kat sini & x sekerap dulu. Sebab aku asyik kena pegi klinik & hal2 lain. Jadi adakalanya homeschool fateh terpaksa aku cutikan.

Xtvt dia skrg dah berubah. Yela kan orang dah besar.he3. Dia xnak dah main ABC ngan main blok2 warna tu. Mengira ngn mengaji pun xnak dah. Dia sibuk nak masak skrg ni. Kulur kilir bawa periuk. Nak masak kek katanya. Ni penangan aku n dia buatkn kek harijadi Abah dia hari tu tu la. Hari2 nak main masak2. Masa mandi pun nak main masak2 guna berus gigi, buih sabun ngan gayong.

Aku x nk paksa dia sangat. Jadi aku buatkan xtvt apa yg dia suka. Sebab dia rajin ngat nak buat kek aku pun merajinkn la diri buatkn dia playdoh utk dia buat kek dia tu. Buat sendiri je. Senang je rupanya buat playdoh ni. Mcm ni :-

- 2 cawan tepung gamdum
- 1 cawan garam
- 2 sudu minyak masak
- 1 cawan air
- pewarna makanan

Campurkan semua bahan & uli smpi jadi doh. Play…

Ini yang terbaik

Image
Entri ni dah lama. Aku pernah share dekat fb aritu. Tergerak nak letak kat sini pula.
Ini alkisahnye...kisah perbualan kami sebelum aku datang ke sini....di bumi Tanjong Sedili ini.



Kini sudah 6 bulan aku di sini. Benar kata suami ini yg terbaik yg Allah telah tetapkan untuk kami. Aku mulai memahami kenapa suami tak mau tukar melainkan ditukarkan.
Aku sendiri mula jatuh cinta dgn tempat ini. Kawasan kampung yg rileks. Tidak terkejar-kejar dgn masa. Tiada hiruk pikuk traffic jammed yg menyesakkan & membingitkan. Suasananya damai sahaja. Tak sibuk. Suami byk masa ngan kami. Pergi sekolah bertolak pukul 7. Dalam 10 minit ke 15 minit dah sampai. Naik motor. Isi minyak RM 10 je seminggu. Balik sekolah dalam pukul 2 dah sampai kalau x sibuk.  Tiada tol & tiada kesesakkan yg menyebabkan masa habis atas jalan. Petang kalau bosan kami jalan-jalan pusing kampung atau ke pantai makan ABC ngn keropok lekor. Rasa rileks sangat. Tenang. Xde pe yang nak dikejarkan. Tiada tekanan sangat. Lag…