Posts

Showing posts from January, 2014

WORDS FOR TODAY

Image
PANDANG KE SURIA , BAYANGAN PASTI MENGEKORIMU



REZEKI DATANG BERSAMA DUGAAN

Image
Alhamdulillah..akhirnya teka teki berkenaan dengan penempatan suami terjawab sudah....
Ke Johor Darul Takzim jawapannya. Itulah rezeki yang telah Allah tetapkan dan aturkan untuk suami, kami dan keluarga. 
Bersyukur akhirnya suami telah mendapat tempat tetapi dalam masa yang sama turut bersedih kerana untuk kesekian kalinya kami terpaksa berjauhan (PJJ) lagi.
Tapi janji suami berjauhan kali ini mungkin tak lama. Dalam 3 ke 4 bulan macam tu sebab nak tengok dulu keadaan di sana macamana sementelah saya juga perlu menghantar notis berhenti 3 bulan terlebih dahulu. Sekiranya ok , sesuai dan notis 3 bulan tamat barulah saya pula bersama Dak Fateh akan menyusul kemudian berkelana di sana menemani suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Suami akan melapor diri pada 20 hb ni dan esok kami sekeluarga akan bertolak ke Johor menghantar suami. Rumah lepas ni mesti kembali sunyi dan Dak Fateh pasti merindui babahnya sebab babahnya la yang jadi sura rumahtangga sebelum ni menjaga dia melayan d…

WORDS FOR TODAY

Image
SETIAP HARI ADALAH SEBUAH KEAJAIBAN




My Son Is Not An Experiment..Hu3

Image
Isnin lepas 13/1/2014 kami 3 beranak ke Hospital Temerloh. Dak Fateh kena ambil darah. Kami sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi. Aku terus pergi daftar di bilik pengambilan darah sepertimana arahan nurse di kaunter. Aku tengok kat bilik tu dah ramai menunggu. Bercampur  orang tua dan budak kecil tempat pendaftaran dia. Kami menunggu di luar pintu. Keadaan di luar pintu agak menyesakkan dengan orang yang menunggu dan orang yang lalu. Aku berdiri kerana taida kerusi kosong. Fateh babah dia bawa berjalan main tangga bergerak (escalator). 




Lebih kurang sejam menunggu barulah nama Dak Fateh berjaya didaftarkan dan nurse suruh tunggu pulak kat bilik belakang tempat ambil darah bagi kanak-kanak. 



Aku pun pergilah. Kat situ kena tunggu lagi.



Dalam sejam jugak aku rasa menunggu kat situ barulah  tiba giliran Dak Fateh masuk. Nurse kata boleh bagi penjaga masuk untuk pegangkan budak. Aku suruh suami yang masuk sebab aku tak sanggup nak tengok Dak Fateh kena cucuk dan menangis. Aku pitam tengok da…

WORDS FOR TODAY

EMPAT PERKARA YANG WAJIB BAGI MENCAPAI KEJAYAAN;


KERJA KERAS, DOA, PEMIKIRAN, DAN KEYAKINAN

Penyakit Latah

Semalam dalam Metro ada kupas isu latah dan kat Suria Fm pun Linda Onn ada sentuh isu ni. So, aku pun tetibe tertarik la pulak nak ulas sikit pasal penyakit latah ni. Sebab keluarga aku memang ada penyakit latah ni. Nenek aku, mak aku dan kak ngah aku ketiga-tiga ni semuanya kuat latah. Tapi paling kuat kak ngah aku la. Mak aku sejak dah tua ni kurang dah sikit kecuali kalau terkejut tahap gaban sangat la. Arwah nenek aku aku tak ingat sangat cne sebab masa tu aku kecik lagi cuma yang aku ingat dia memang kuat latah.
Diorang ni bila latah memang macam-macam la disebutnya sampai benda dalam kain pun disebutnya. Nenek aku siap mencarut lagi. Mak aku ok sikit apa yang dia latahkan tu. Kak ngah aku pulak latah dia dia akan sebut nama binatang. Binatang yang selalu jadi mangsa gajah dan kambing la.
Lagi satu diorang ni bila latah memang tak ingat apa dah. Kita suruh dia joget dia akan joget suruh peluk peluk suruh cium cium pendek kata suruh je pape diorang akan buat. Janganlah diusik time d…

Sayang Menarik Sayang Benci Menarik Benci

Betul la kata Datuk Fadzilah Kamsah bila kita sayang kat orang kita akan menarik orang sayang kat kita tapi bila kita benci kat orang  kita akan menarik benci orang pada kita.

Aku dah alaminya sendiri dan telah nampak sendiri akan kebenarannya.

Sebelum ni aku ada benci kat sorang ni. Benci dengan sikap dia. Menyampah dan meluat. Rasa tak boleh nak cakap ngan dia (tak boleh tengok muka dia sebab frust sgt dengan sikap dia).

Bila dia ada aku prefer buat tak tahu je. Buat tak sedar akan kehadiran dia. Malas nak layan.

Dia pun macam faham2 jer. Dia sendiri pun dah tak banyak cakap dengan aku. Mungkin tahu aku tak suka dia or dia pun tak suka kat aku sebenarnya.

Lama jugak la benda ni berlaku.

TAPI....

Semuanya berubah.

Bila aku decide nak berubah baru2 ni.

Aku cuba maafkan dia dan cuba untuk tidak membenci lagi.

Aku cuba layan dan terima dia baik.

Tak semena-mena dia pun turut baik pada aku. Aura nak baik aku tu dah melekat kot kat dia.

Kami dah boleh bercakap.

Aku dah tak simpan rasa ma…

Terima Kasih Sahabat

Kisah 1
Saya didatangi satu email dari seorang yang tidak dikenali. Dia menasihati saya seolah mengenali rapat saya. Dia seolah tahu saya sedang bersedih. Mungkin terbaca daripada daripada entri saya sebelum2 ini. Nasihatnya kepada saya ..... Salmah Darjad , 

1) Jangan bersedih kerana rezeki tidak datang kepada orang yang murung dan bersedih. Jadi, sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik.


2) Setiap kesukaran itu membawa bersamanya bibit-bibit manfaat yang sama besar, malah boleh jadi lebih besar daripada kesukaran itu sendiri bagi mereka yang memiliki mental yang positif


3) Sempena ulangtahun kelahiranmu, saya doakan semoga kamu dapat menikmati empat anugerah terbesar kehidupan iaitu kerja yang halal, selera makan yang sihat, pasangan yang baik dan yang paling penting rahmat Tuhan itu sendiri kepada kamu. 





- Terima kasih banyak saya ucapkan padanya kerana memberi saya semangat. Saya sungguh terharu. Setiap …