Posts

Showing posts from February, 2014

Dedikasi Fateh Untuk Babah

Image
Sejak babah dia balik 2 hari yang lepas si Fateh ni tak abes-abes asyik menyanyi jer. Nenek dia cerita semalam dalam kereta masa pergi hantar Paksu dia balik asrama sepanjang jalan pun dia asyik nyanyi. tak tahu ke butir lagu apa dia nyanyi. Tapi riuh. Kemain lagi dia.
Babagungunbunbundadaa...bla...bla...bla...
Aku cuba amati..cuba fahami..tapi tak dapat tangkap apa dia cakap....bahasa dia la kan..he3...
Aku tanya dia.
Mama : Lagu apa tu dik Fateh : Lagu babah Mama : Babah sape? Fateh : Babah adik la. Mama: Babah adik mana? Fateh: Babah adik dije..naik vroom2.... Mama: Adik rindu babah yer? Fateh...(dia lari...tak mahu jawab..tapi aku sangat memahaminya. kesian dia....menyimpan rindu yang tak terucap barangkali).... Sebak tengok dia hiburkan hati sendiri untuk hilangkan kesunyian dan kerinduan hati kecil dia.
Dia memang rapat dengan babah dia. Minggu lepas babah dia balik cuti 2 hari 2 hari la dia berkepit dengan babah dia. Makan tido mandi tukar pampers pakaikan baju buat susu semua …

Luahan Rasa

Pukul 9.00 malam semalam 2//2/2014 aku telah menghantar cik suami ke Jengka Sentral untuk balik ke Kota Tinggi, Johor. Hari ini sekolah dia dah buka selepas 4 hari cuti.
Sesampai di Jengka Sentral, aku tengok bas ke Johor dah ada. Selepas bersalam cik suami pun naik dan hulur tiket ke driver bas. 
Tak lama kemudian cik suami turun dengan muka macam ada tak kena bagitahu yang bas ni tak lalu Kota Tinggi la. Dia terus ke Johor Bahru (Larkin).
Aku terkejut la. Aik lalu la. Haritu dah tanya kat kaunter budak tu cakap lalu Kota Tingggi. Takpe meh ayang tanya kaunter balik. tak boleh jadi ni. Aku mula dah nak meroyan. Angin sungguh aku.
Aku tanya kaunter. Budak tu jawab memang tak lalu kak.
Aku jawab balik kalau tak lalu kenapa hari tu cakap lalu? Saya tanya haritu bas ke Johor ni lalu Kota Tinggi tak?. Dia bagitahu untuk tiket 2hb pagi tak lalu tapi malam tiket pukul 9 malam Kota Tinggi lalu. Itu sebab saya beli. Kalau tak lalu saya pun taknak beli. Baik saya pergi cari tiket kat Kuantan …