Posts

Showing posts from March, 2014

Reunion SMAPT Batch 1998-2002

Image
Ni gambo2 masa reunion hari tu 26/3/2014 . Ada banyak lagi tapi diorang tak update lagi kat group.

Seronok jumpa dan bersembang setelah sekian lama tak jumpa. Ada yang last jumpa masa amik SPM 2002.

Macam-macam cerita. Update cerita-cerita perkembangan terbaru dan mengenang kenangan - kenangan lama di SMAPT.

Alhamdulillah..semuanya telah berjaya ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Semoga semuanya terus berjaya sahabat-sahabatku.

Nanti jumpa lagi yer. Terima kasih kepada yang menganjurkan.


Nothing more precious than friendship.... Sayang semuanya..:)







Hati Seorang Isteri....

Image
Hari jumaat masa rehat agak panjang sikit. Emm..tak tahu nak pergi ke mana. Perut rasa kenyang lagi. Tak nak makan nasi. 
Staff ajak makan ke Secret Recipe. Emmm fikir punya fikir boleh la. Tingin pulak nak makan dia punya pie.
Di saat makanan yang dah di order sampai  di depan mata baru nak menyuap tiba-tiba hati rasa macam sayu pulak tiba-tiba terfikir emm aku kat sini makan sedap2 suami aku kat sana makan apa la....ada ke dia duit..makan ke dia ke tak makan....emmmm
Pas makan terus decide pergi bank in kan duit kat si dia. 
Msg si dia bagitahu duit dah masuk. Dulu dia pernah tanya  mana tahu dia ada duit ke takde duit ...Aku hanya menjawab hati dan naluri seorang isteri. Isteri ni macam ibu walaupun suami/anak  tak cakap tengok muka atau tak tengok muka pun dia dah boleh tau  suami/anak susah hati  dan/atau ada masalah. Hati & naluri orang perempuan ni kuat. Instict dia selalunya betul & tepat. Cepat je dapat bau tau. Betul. Tak caya tunggu la bila ko jadi isteri  dan ada …

10 Jenis Client Yang Menjengkelkan

Image
Ni dia nak habak hang beberapa spesies client yang menjengkelkan yang pernah aku jumpa :-

1) Jenis yang nak cepat semua benda. Spesies ni akan call hari-hari untuk update kes dia seolah-olah macam kita buat fail dia sorang je kat sini. Desak-desak kita suruh buat cepat. Siap marah kita lagi tu bila lambat.

2) Jenis yang nak diskaun kaw-kaw. Spesies ni kebanyakannya orang yang kenal biasa ngan bos la. Siap call bos suruh bos call kita bagitahu bagi diskaun kaw-kaw punya. Kedekut pait beli harta ada duit bayar service legal firm berkira.

3) Jenis yang menunpang dengan jenis no.2. Spesies ni akan guna spesies no.2 untuk dapat diskaun kaw-kaw jugak. Kenal kononnya.

4) Jenis yang buat-buat lupa & tak nak  bayar legal fees. Spesies ni memang liat bila kita nak suruh bayar. Puas telefon dan hantar surat bagai. Apa  ingat lawyer firm ni buat kerja depa free ke.

5) Jenis yang suka buat agreement sendiri yang banyak klausa tak cover. Lepas tu bila ada masalah pada perjanjian tu baru depa n…

Bercerai Sudah.....

Image
Ha ni bukan cerita pasal cerai artis yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Tapi ini adalah cerita tentang cerai susu. Si Fateh dah bercerai susu. Dia sudah tidak menyusu badan aku lagi. Di saat usianya baru mencecah 1 tahun 8 bulan dia sudah tidak menyusu badan lagi. Hasrat aku untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun tidak kesampaian. Aku agak kecewa tapi apa nak buat dah rezekinya begitu.
Bercerai susu di saat usianya masih belum sampai 2 tahun  adalah di luar perancangan aku. Semuanya terjadi sekelip mata tanpa aku sempat membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Semuanya bermula apabila Ms B ku cedera digigit si Fateh. Bayangkan dengan giginya yang penuh dan tajam2 itu dia menyusu dan kadang2 menggigit bila gusinya gatal . Fuh...Hanya Tuhan yang tahu macamana sakitnya. Yang pernah rasa mungkin tahu bagaimana rasanya. Tak tahu nak kata pedihnye. Boleh putus ko...Sebelum ni dia menggigit jugak bila menyusu tapi taklah sekuat kali ni. Untuk kali ini dia telah mencederakan Ms B…

Dak Fateh Tidak Keseorangan Lagi....

Image
Petang itu.....bawa dak Fateh main dekat tempat mainan yang dia panggil "Lompat-lompat" kat Bandar Jengka. Boleh kata saban minggu di tempat lompat-lompat inilah tempat kami dua beranak (kadang-kadang nenek yam & makngah ikut sebab ada pasar malam (petang sabtu)) menghabiskan masa rehat hujung minggu kami. 
Tujuan aku bawa Dak Fateh kat sini selain dapat menghiburkan dia yang kesunyian aku sebenarnya bertujuan untuk melatih dia berkawan dan berani jumpa orang. Sebab aku perhatikan anak aku ni macam tak pandai berkawan. Yelah hidup dia duduk dengan nenek je. Kat umah takde budak kecik yang sebaya dia untuk dia berkawan. Yang ada nenek atuk dia je yang rajin layan dia. Jadi aku perhatikan skill dia berkawan agak kurang. Bila jumpa orang pun dia selalu menangis dan akan peluk kaki aku nampak macam takut. Situasi ini amatlah merisaukan aku sebenarnya. Jadi sebagai langkah pertama aku cuba bawa dia main dekat public dan jumpa-jumpa orang. Main kat taman & dan tempat lomp…

Pasal Fateh Lagi....

Image
Ni nak cerita pasal si Fateh lagi.
Baru-baru ni babah dia balik. (Sebulan sekali balik). Babah dia bertolak dari Johor tiket malam pukul 10.00 pada 27/2/2014  Khamis dan sampai pada pagi Jumaat 28/2/2014 jam 6.30 pagi.
Babah dia sampai dia tidur lagi tapi dok gerak-gerak geliat dalam buai sambil panggil mama mama mama. Aku buat tak tahu je. Saje nak nyakat dia. He3. Bila dia panggil kita lama n tak sahut mula la dia menangis. 
Dengar dia nangis aku pun pergilah jenguk dia dalam buai n angkat dia smbill kata dik dik cuba tengok sape tu smbil tunjuk ke katil...Dia  kesat2 mata dia n terpandang je babah dia atas katil terus senyum sampai telinga tak jadi nanges. Terus terkam n salam babah dia pangil babah babah . Babah dia pun gomol2 dia. Tergelak2 dia kena geletek. Terhibur n terharu tengok telatah dua insan yang paling kusayangi itu.
Kami pun duk sembang2 main2 tiga beranak dalam bilik sampai pukul 9 pagi baru keluar dari bilik mandi n breakfast.  
Hari itu hari kami menghabiskan masa…