Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama



Seperti yg telah diceritakan di entri yg lepas sehingga ke tarikh edd 10/2/2015 aku masih belum ada tanda-tanda nak bersalin.

Stress aku dibuatnya. Stress sebab kesian kat Mak aku. Dia datang awal seminggu dr tarikh jangkaan aku bersalin. So bila jadi camni dia dikira dah buang masa la. Sedangkan kat rumah dia banyak keje boleh buat. Dia dah bosan kat sini. Bila la ko ni nak bersalin itulah ayatnya hari2. Stress aku. Kalau ikutkan aku lagi la nak cepat. Tapi nak buat macamana dah baby tak nak keluar lagi. Aku sentiasa percaya Allah lebih Mengetahui bilakah masanya yg sesuai. Sejujurnya orang keliling yg buatkn kita lebih stress berbanding diri kita sendiri.

Aku buat mcm2 nak bagi cepat sakit, buka jalan & cepat bersalin. Aku bersenam , mencangkung, banyakkan berjalan, cuci tandas hari2, makan nanas, makan pedas & makan bendi. Aku punya geram habis sebiji nanas aku makan aritu.

11/2/2015

Pagi tu aku bangun nak solat subuh. Dalam pukul 6 am tak silap. Aku tengok- tengok ada darah. Aku excited. Yes dah ada tanda! tapi aku xde sakit apa lagi. Aku bagitau suami dan dia ajak pergi klinik pagi tu. Mak aku suruh makan dulu. Bagi tenaga katanya. Sempat gak dia buatkan aku minyak selusuh sikit & aku makan vco n kurma.

Dalam pukul 8 kami pun gerak ke kk. Diorang tanya sebab apa datang. Aku cakap la ada turun tanda. Diorang buat pemeriksaan dan hasilnya jalan masih belum buka ! Hu3. Tapi sebab dah turun tanda diorang rujuk jugak aku ke HSI.

Kami gerak pula ke HSI. Sampai lebih kurang dalam pukul 11 am. Sampai2 aku terus ke Bilik Saringan Wad Bersalin untuk daftar kat Tingkat 4. Masa daftar diorang minta surat nikah. Kalau xde surat nikah suami x boleh masuk labour room. Aku x bawa surat nikah tapi kad nikah je ada. Nasib diorang terima. Diorang tanya datang sebab apa. Aku cakap dah turun tanda. Tapi jalan x buka lagi. Nurse tu kata ok nanti kita cek dulu. Dia suruh duduk n tunggu dulu. Aku tengok ramai jugak yg sedang menunggu untuk diperiksa.

Sambil-sambil tunggu tu sempatlah sembang2 ngan ibu-ibu mengandung lain. Macam-macam hal & cerita. Sejujurnya bila sembang macam ni ada baik & ada buruknya. Baik kita dapat berkongsi pengalaman. Yg buruknya ia boleh mempengaruhi emosi ibu lain.

Sampai turn aku diperiksa. Tengok2 doktor lelaki India. Hu3. Redha je la. Dia buat VE & dia kata jalan masih belum buka lagi . 1 cm je. Hu3. Aku dapat rasakan yg mesti aku disuruh balik nanti. Sebab tadi aku sembang ngan satu akak tu dia dah buka 2cm pun diorang suruh balik dulu.

Jangkaan aku tepat. Memang kena suruh balik dulu. Hospital cuma akan warded bila ko dah buka 3cm ke atas sebab ramai sangat kot. Maka balikla kami. Aku sedikit kecewa sebab aku sangkakan aku akan bersalin arini.

Balik rumah rehat-rehat. Malam tu start pukul 9pm aku mula rasa sakit-sakit. Sakit pinggang ! Contraction! Aku catat mula-mula sakit selang 15 minit sekali. Lepas tu dalam pukul 1 am dah sakit selang 10 minit sekali. Aku tak boleh tidur malam tu! Kulur kilir ! Berapa puluh kali ruang tamu tu aku tawaf. Dah macam kucing hilang anak. Bila sakit aku tarik nafas dalam-dalam n buat berjalan. Ada la kurang sikit. Tapi tetap sakit. hu3. Macam ni rupanya sakit kontraksi. Memang sakit! Dulu masa fateh aku x rasa sebab ceaser.


12/2/2015

Sakit aku tu berterusan sampai pagi. Suami aku tanya macamana nak pergi hospital x. Aku cakap biar dulu. Aku boleh tahan lagi. Aku malas dah nak pergi hospital kang x buka jalan lagi kena balik dulu lagi. Xmo aku. So suami aku pun pergi kerja mcm biasa.

Sepeninggalan suami aku aku kt rumah terus melayan kontraksi. Kali ni lebih sakit. Selang 5 minit. Aku terus mcm kucing hilang anak. X boleh duduk diam.  Menggigil gigil satu badan. Dalam pukul 11 lebih kurang aku rasa tak tahan sangat dah. Rasa mcm nak putus pinggang. Aku call suami suruh balik cepat aku nak pergi hospital. Tapi suami aku lambat la plak. Pukul 12 pun x sampai2 lagi. Aku pun call nurse Kk dan diorang suruh pergi kk dulu & diorang datang ambil. Belum sempat diorang sampai suami aku pun sampai lebih kurang pukul 1pm.

Setelah diperiksa hasilnya jalan tetap belum buka lagi walaupun kontraksi kuat! Hu3. Adoi....

Nurse kk kesian kat aku so dia rujuk aku ke Hospital Kota Tinggi.

Aku dan suami terus pecut ke Hospital Kota Tinggi. Dalam kereta sakitnya kontraksi tiap kali ia datang hanya Tuhan yg tahu. Tak tertanggung rasa. Aku genggam tangan suami kuat2.

Sampai2 kat HKT aku diperiksa nurse bagitau jalan dah buka 4cm. Alhamdulillah...! Ni mesti sebab sakit kuat tadi. Doktor cek pula dah 5cm. Waaah...so aku dirujuk ke HSI. Naik ambulance. Ni kali kedua aku naik ambulance. Pertama dulu masa accident dulu. Boleh tahan juga laju jgk ambulance ni. Sakit masa tu memang x boleh nak kata. Sakit sangat ! Zikir Nabi Yunus tu x lekang dr bibir.

Sampai di HSI lebih kurang pukul 3.30 pm aku terus ditolak ke labour room. Bilik aku no.12. CTG dipasang utk monitor jantung baby. VE sekali lagi dibuat. Dah buka 6cm. Lebih kurang pukul 4.15 pm mcm tu air ketuban pun dipecahkan. Ubat bagi cepat buka jalan pun dimasukkan. Saat tu sakit dah mula x tertanggung. Berguling-guling aku atas katil tu. Tiap kali kontraksi datang kusuruh suami mengurut di belakangku. Kesian dia sampai lenguh2 tangan. Setia menemani. Bila dia keluar nak solat asar mengerang la aku sorang2 atas katil tu. Masa maghrib pun camtu. Dalam keadaan camtu aku memang nak suami ada dgn aku. Nurse maklumkan bagi aku tempoh sampai pukul 8.15 pm utk tgk progress jalan samada dah buka full or blm.

Pukul 8.15 pm cek jalan lagi. Baru 7cm.
Aduh lambatnya! Nurse kt tunggu lagi sampai pukul 11pm tgk mcmn. Dalam hati aku kata cepatlah...aku x tahan sgt dah.

Pukul 11pm sorang doktor perempuan masuk. Dia cek aku n pastu terus keluar. Xde ckp apa2 kat aku. X lama kemudian dia masuk dgn sorang doktor lelaki cina. Apa ntah diorang ckp. Pastu doktor tu plak cek jalan aku. Dia kata kepala baby kat bawah dah. Dia dah boleh pegang rambut. Dia suruh aku teran. Aku teran tapi failed. Hu3

Nurse ajar aku teran. Dalam bilik tu ada 2 nurse sorang doktor perempuan yg tadi tu 2 orang doktor lelaki sorang Melayu muda lagi & doktor lelaki cina tu & suami aku. Suami aku duk pangku kepala aku. 2 nurse & 2 doktor tu tolak perut aku sambil bagi semangat kat aku suh teran dgn betul. Doktor cina tu dok setel kt  bwh tu untuk sambut baby.

Kali pertama n kedua aku failed meneran. Kali ketiga & keempat baru ok n dgr diorg kata good good n sikit lagi. Kali kelima aku tarik nafas dlm2 n teran n akhirnya setelah berhempas pulas.....dgr diorang kata dah keluar dah...terus dengar anak aku nangis....hu3 akhirnya....

Satu kucupan hangat di dahiku. Kita dpt anak perempuan Sayang...kata Suamiku. Anak aku terus diletakkan atas dadaku. Fuh lega...serta merta sakit td hilang.

Suamiku diminta keluar untuk proses jahit menjahit. Hu3 byk jugak jahitnye. Doktor gunting tapi aku x sedar pun masa bila dia gunting. Masa proses menjahit sepanjang masa aku sedut gas tu untuk tahan sakit. Tapi rasa jugak sakitnya. Lebih kurang sejam setengah  juga nurse tu jahit baru selesai. Selepas tu aku ditolak ke wad bersama dgn baby & menyusu. Melihat mulus wajahnya hilang segala kesakitan. Lega semuanya telah selamat.

Alhamdulillah...aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg pada 12/2/2015 pada pukul 11.25pm secara normal. Alhamdulillah...

Selamat datang Puteri mama Nawal Husna.











Semoga anak2ku membesar dgn sihat & sempurna & menjadi anak yg soleh & solehah. Amin.

Wassalam.





Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir