Adab Melawat Bayi Baru Lahir


Mula2 sekali aku nak bagitau entri ini bukanlah nak mengatakan yg aku x suka kalau orang datang n bukanlah juga aku nak kedekut sangat bayi aku x bagi orang tengok...bukan bukan tu semua. Aku tahu orang datang bawa rahmat bawa berkat tapi agak2 la berpada pada la. Tolonglah fahamilah kami yg masih mencari momentum beranak kecil ni fahamilah aku yg masih dlm pantang ni. Tolonglah...

Entri ni sekadar luahan hati aku terhadap mereka yg kurang memahami adab dlm melawat bayi yg baru lahir yg aku alami baru2 ini.

1) janganlah berlama - lama

Ni satu yg paling kena observe. Tolonglah jangan berziarah tu lama-lama sangat. Sampai 3 4 jam. Kesian ke si ibu nak berehat nak makan ke apa.  Dah la badan x berapa sihat tido x cukup rehat x cukup. Nak melayan menyembang. Huh sabar je la. Fahamilah orang berpantang ni. Kesian jgk ke org dlm rumah (suami & Mak ayah+mil) nak makan ke apa nak masak nak berehat. X jadi keje diorang nanti kalau asyik nak layan anda je. Agak2 la dlm berziarah tu. 

2) Carilah masa yg sesuai

Nak melawat bayi baru lahir ni carilah masa yg sesuai. Janganlah time tengahari or malam baru nak datang. Time tu bukan je bayi je tido nak rehat orang dalam rumah pun nak tido n rehat. Lagi satu pada aku awal awal kelahiran dlm 2 minggu pertama tu x yah la dulu datang melawat. Sekurang2nya 3 minggu ke atas. Sebab time 2 minggu pertama tu adalah time yg paling penat n meletihkan bagi si ibu n bapa bayi. Macam2 kena buat. Macam aku, asyik sibuk ke kk amik darah sebab si Nawal ni ada jaundis. Siap kn masuk HKT lg. Tu blm lg suami kena kulur kilir nak urus mcm2 jd sangat meletihkan n sangat tidak digalakkan untuk datang melawat dulu dlm keadaan kelam kabut begini. Lepas 3 minggu momentum dah ada ok la bolehlah datang melawat yer.


3) observe anak kita

Apabila kita melawat rumah orang n bawa anak bersama silalah observe anak itu. Janganlah dibiarkan anak itu buat sesuka hatinya seolah olah rumah itu rumahnya. Berlari sana sini, keluar masuk bilik orang, selongkar dapur cari makanan orang, pnjat sana sini, cubit pipi bayi n mcm2 lagilah perkara yg menjengkelkan tuan rumah. Faham budak mn blh duduk diam tp 
sekurang2nya rumah orang observe la sket. Pening tuan rumah kalau camtu. Tu blm lg dia sentuh2 bayi. Cium sana sini. Huh..

4) jangan sesuka hati angkat bayi

Ha ni satu suka sangat bila datang melawat tu angkat2 bayi cium2. Bukan kira ke budak  tu baru tido ke apa. Kita x tau berapa lama budak tu meragam sebelum tu sampai ibu dia berjaya tidokan. Yg kita pula suka hati bila datang angkat2 budak tu cium. Sabar je la. Tu belum kira lagi dengan tahap kesihatan kita dengan selsema demam ke batuk ke n tangan masa tu bersih ke x. Kalau demam batuk selsema tu x payahlah datang dulu melawat. Takut berjangkit. Kesian kat bayi n mak bapak bayi. Tangan tu pun pastikanlah bersih terlebih dahulu sblm pegang2 anak orang.  Kadang2 mak ayah bayi x cakap kita sendirilah berfikir.

5) jangan memandai2 & komplen

Bila datang rumah orang hormatilah apa sahaja di rumah itu. Masing2 ada cara n pendirian masing2. Janganlah memandai2 n komplen itu ini. Kerana ianya sangat annoying tau. Seperti contoh eh nape ko x bedung bayi ko, meh aku bedungkan. Eh, ko kena bagi puting, eh baby ni x cukup susu ni ko kn campur, eh ko kn bagi air masak n bla bla bla. Rimas tau tak. Sukahati akulah. Jangan sibuk boleh. Nak je aku jawab camtu. Jawab dlm hati je la.

ini sekadar luahan hati aku. X berniat nak menyinggung sesape.Ini lebih kepada peringatan untuk diri sendiri jgk.




Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir