Cabaran 40 Hari Potty Train Alfateh


Cabaran 40 hari Potty Train Alfateh bermula 29.3.2015.

Kenapa 40 hari?

Sebab lagi 40 hari lebih kurang Alfateh akan turn into 3 years old. Misi aku agar Alfateh dapat free diapers totally 100% sebelum mnjelang usianya 3 tahun.

Aku cabar diri aku untuk train dia dlm jangkamasa 40 hari tersebut.

Dalam tempoh ini no more diapers siang malam & ketika berjalan utk dia. Aku buat sekaligus. Laki aku suruh train dia step by step mcm ajar siang dulu pastu mlm pastu time jalan. Aku kata xnak aku nak train sekaligus sbb aku x sbr. He3. Aku nk result yg cepat. Fast action fast result. Lagipun aku cuma ada 40 hr je lagi nak train dia sblm dia 3 thn. Misi aku aku nk dia free diapers sblm 3. Lagi satu aku xnk dia confuse kejap siang x pakai lps mlm pakai pulak n berjalan pakai pulak. Aku xnk camtu. Xnk dia confuse n xnk dia rs aku x yakin dgn dia. Nnti dia fikir oooo..Mak aku x yakin lg ngn aku. Takut aku kncing tu pakaikn pampers lg. So aku nk tnjukkn dia yg aku yakin dgn dia dia blh buat. So aku train dia sekaligus. Aku nak dia fikir ooo...mak aku yakin n percaya aku boleh tanpa pampers so aku kn yakin yg aku blh n aku akan buktikn. Aku nk dia camtu. Sebab aku jns camtu. Aku telah ditrain dr kecik camtu fmly aku bg keyakinan n kepercayaan kat aku dlm apa jua yg aku buat dan bila dpt kepercayaan n keyakinan camtu aku jd lbh yakin n percya n buktikn yg aku boleh buat apa je. The rule is simple kalau kita x yakin n percya dgn orang orang pun susah nak yakin n percaya dgn kita. As simple as that. By applying this rule, start 29.3.2015 no more diapers for alfateh. In fact aku x belikn dah pun diapers dia. Jimat jimat. He3. Beli diapers Nawwal je.

Semoga Allah permudahkn. Insya4jji.

Persediaan aku. Ready mental n fizikal. Setting mind aku yg anak aku ni tgh belajar.under training. So bila tgh belajar jgn marah dia kalau salah kalau tercicir. Kena ajar n tunjuk kat dia. Jangan jemu untuk remind n tanya dia nak kencing x , kalau rasa nak kencing bagitahu tau. Jangan buat muka frust. Kena sabar byk2 kalau dia tercicir walaupun dah byk kali remind. Sabar utk mencuci. He3.   Kena rajin tanya n bawa dia pergi tandas. Even malam pun kena rajin kejutkan dia n bawa dia pergi bilik air. Aku make sure sblm tido bawa dia pergi bilik air dulu kencing. Seterusnya as preparation aku gulung semua carpet n tikar serta simpan sofa dlm bilik. Bilik pun aku kunci. Bagi mengelak drp dia terkncing di carpet , sofa n tilam di bilik. Aku biarkn lapang ruang tamu. Juga bagi mengelak drp aku mnjdi naga monsters or whatsoever kalau dia trkncing di situ.he3.

Persediaan utk dia.1) Sebelum start training ni aku dah keep remind dia bgtau dia dah besar so x boleh pakai pampers dah. Kena kncing n berak kt bilik air. Tahun depan dah nak sekolah malu pakai pampers lg. Dia blur2 je pndang aku.he3 2) As preparation utk ke tndas aku x belikn pun bowl khas utk budak. Aku plan nk ajar trs guna bowl dewasa he3 sbb aku x dan nk gi cari. Baru hbs pantang kan. 3) sebagai lapik tilam takut dia terkencing pun aku x beli pun alas kalis air tu. X sempat nak cari jgk. Aku guna alas meja je untuk lapik tilam. He3 kreatif x. 

So far setakat 3 hari ni nampak ok.

Hari pertama. Pagi dia tercicir 2x.  Nasib kencing je bukannya berak. Dah siap baru dia bagitahu. Petang dia dah pandai bagitahu nak kencing tapi terkencing jgk dlm seluar x dan nak tanggal.he3. Kira ok la tu. Malam dia tercicir sekali. Tapi time tido dr mlm smpi pg alhamdulillah dia x kencing. Suka suka ! He3

Hari Kedua. Pagi dia tercicir 3x. Dia mcm lupa training semalam agaknya. Ingatkan dia banyak kali spy bagitahu kalau nak kencing dia jawab ye mama. Tapi sedar2 dah basah. He3. Jenuh aku cuci lantai. Petang dia dah boleh absorb agaknye apa aku cakap so dia dah mula bagitahu nak kencing n tanggal seluar terus sendiri. Good boy ! Malam dia tercicir sekali. Ni Abah dia lak yg cuci. Dr mlm smpi pg alhamdulillah dia x kencing. Syukur sgt2. Aku perasan Alfateh ni time dia tido dia x kencing dah. Setakat 2 mlm ni la. Tu bila bangun pagi aku msti tanya nk kncing x n dia kencing pagi mmg byk. Dia tahan n simpan kot spnjg mlm. :)

Hari ketiga. Setakat pagi ni sampai time aku menaip entri ni dia xde tercicir lg. Alhamdulillah. Dah pandai bagitahu n tanggal seluar n pergi bilik air sendiri.  Pagi ni dia kata nak berak aku dudukkn dia kt mangkuk tandas tu tapi takde hasil pun. Xde keluar pape. Ada la 6-7 kali ke bilik arini stkt pg ni. Benda baru mungkin jadi masih sesuaikn diri. Sembelit pun ye agaknya. He3

Pepun syukur alhamdulillah Allah mudahkn utk 3 hr ni . Harapnye berterusan la n berjaya memfreekn dia dr diapers totally sblm 10.5.2015 ni. Lepas ni nak train time gi berjalan plak.

Doakn ye. :)

Alas meja sbg lapik tilam tdo mlm2 alfateh. Tp dia x kncg pun. Good boy.

Semoga berjaya !



Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir