Dalam pantang : Cabaran Beranak Dua


Pantang. Hari ni hari ke 25. Bermakna sudah 25 hari juga Nawal wujud di dalam keluarga kecil kami ini. Alhamdulillah. So far so good. Cumanya menguruskan 2 anak dalam keadaan berpantang ini pada masa yang sama adalah agak challenging. Nawal tidaklah mencabar sangat sebab dia tido je masih baby kan. Yang mencabar adalah Alfateh. Hu3. Mencabar dgn karenah dia & mencabar dlm menguruskn dia.

Alfateh memang sangat2 menguji kesabaran aku dengan perangai dia. Saje je cari marah orang. Banyak karenah. Xmo dengar cakap orang ( xmo ckp degil. Nnti dia degil sungguh). Macam2 dia buat yg boleh menaikkan darah orang n mencetuskan kemarahan. Bukan aku je laki aku pun asyik marah dia. Sampai satu tahap aku rasa stress sangat n nak menangis. Masa Mak aku ada jaga aku dia siap marah aku lagi suruh bersabar jgn marah2 n jerit2 n ngs2 dlm pantang takut meroyan. Tapi aku dah x tahan sangat aku marah  je alfateh. Aku geram.aku stress dgn dia. Tapi bila dia tido tengok dia aku rasa kesian la plak. Kesal & sedih pun ada lepas dah marah2 n pukul dia. Aku x tahu nape aku cepat betul naik angin kali ni. Stress barangkali.

Mak aku kata dia nakkan perhatian tu. Yelah, biasa dia sorang ni tiba2 ada adik. Semua orang tumpu pd adik.dia terpinggir. Tu dia buat perangai. Masa mula2 bawa Nawal balik dia mcm x peduli je. X fhm lg kot tu adik dia. Macam jeles pun ada. Tapi bila dah lama2 tu dia mula dah nak main ngan adik. Cumanya cara dia main or pegang tu kasar. Kita org tua bising la. Tu dia kena marah sokmo. Dia nmpk syg kat adik dia. Bila orang datang dia x bg tengok n ambil adik dia. Protective sgt! Bila nak mandikan adik dia dia akan duk tepi tengok dia tolong ambilkan pampers buang pampers, ambil baju, ambil lampin, ambil bedak. Boleh disuruh dah dia. Kalau aku makan or mandi suruh dia tunggu adik. Dengarlah dia pujuk2 adik kalau adik nangis. Kadang2 dia datang kat aku bgtau adik ngs nak susu. Pandai dia...Abg yg baik! He3 mudah2an.

Time dia baik ok la. Time dia buat perangai tu huh sabar je la.

Masa dua2 Mak ada ok la sikit. Boleh tolong tengok2kan dia. Bila dua2 Mak dah balik n aku berpantang sendiri ( aku start berpantang sendiri hari ke 20) maka bermulalah episod mencabar dlm hidup aku nak menguruskan 2 anak ini di dalam masa yg sama aku nak kn uruskan kerja2 rumah masak membasuh dan mengemas di saat aku masih dlm pantang.

Boleh dikatakan dlm 5 hari aku berpantang sendiri ni keadaan aku agak kelam kabut. (Mujur dah lbh 20 hari berpantang ni aku rasa dah sihat sket. Luka jahit pun x sakit dah. Aku dah boleh buat keje sendiri). Yelah, bgn pg2 nak buat sarapan (buat air je ) utk suami pergi keje, diri sendiri nak mandi, nak mandikan Nawal, nak mandikan Fateh, nak basuh baju diorang, baju suami ( baju budak asing dgn baju kami. Asing jgk dgn baju keje suami), nak masak, nak mengemas nak menyapu, nak angkat kain, nak lipat kain, kemas dapur , buang sampah n mcm2 la. Kalau semuanya berjalan lancar ok la. Cepat sikit siap keje aku. Tapi selalunya tidak begitu. Ada je yang melambatkan keje aku. Antaranya si fateh tu la. Dalam keadaan aku nak cepat tu la dia buat perangai xnak mandilah, xnak basuh berak la, bila mandi nak main air la, nak main sabun la mcm2. Letih aku.

Kadang2 pula  terpaksa berhenti dulu buat keje bila si Nawal menangis nak susu, nak ngempeng, si Fateh nak air, nak makan , nak tido, nak berak, tumpahkan air, sepahkan makanan,  nak itu la nak inilah. Sabar je la. Tak terkejar. Tu blm kira waktu makan yg sering lambat n skip. Selalunya breakfast la aku skip sebab terkejar-kejar ngan anak n keje rumah. Kagum aku dgn orang yg ramai anak dlm masa sama boleh manage rumah smoothly. Aku baru 2 orang dah kelam kabut. Apadaaa...

Kalau tengok rumah aku dah mcm ape je. Bersepah. Bilik sebelah dah penuh bakul + katil kain baju x berlipat. Pening aku tengok. Aku mmg x boleh tengok rumah bersepah tapi apakan daya masih mencari momentum untuk menguruskannya dgn teratur. Aku harap suami cuti sekolah seminggu ni nanti kami dapat mengemas rumah mnjadi  sprti sediakala & dapat momentum kami kembali dlm melayari kehidupan berumahtangga n beranak pinak ni.

Daripada apa yg aku cerita kt atas seriously aku nak bagitau mmg penat. Penat x cukup rehat.Tapi pepun demi keharmonian n kesejahteraan fmly kecil kami kami berdua lalui saje. Terima seadanya. Kalau nak dibandingkan apalah sangat cabaran ni. Orang lain lagi besar ujiannya. Ini dikira kecil shj. Kami patut bersyukur dikurniakan anak2. Anak2 yg sihat & sempurna. Ini adalah tanggungjawab n amanah untuk kami jaga. Inilah antara cabarannya membesarkan anak2 kecil. Kena banyak sabar. Menuntut kesabaran yg tinggi. Mcm tu la susahnya Mak ayah jg kita dulu. Semoga aku terus bersabar. Aku tidak sempurna tapi aku cuba utk menyempurnakannya demi utk fmly kami.

Anak2 mama, alfateh & Nawal Husna mama n babah sangat sayangkan n kasihkan kamu berdua. Semoga kamu berdua menjadi anak yg soleh & solehah.










Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir