Kelahiran Muhammad Alfateh vs Nawwal Husna


Saya sudah melalui 2 pregnancy & kelahiran. Keduanya punyai pengalaman yg berbeza. Keduanya pengalaman yg terindah buat sy bila dikenangkan kembali.

Differences in terms of pregnancy sy dah cerita. Kali ini nak cerita pasal perbezaan kelahiran pulak.

Firstly, sy melahirkan Alfateh secara emergency ceaserean di Hoshas, Pahang. Ini disebabkan air ketuban yg makin kurang, alfateh kedudukannya yg songsang, n sebab twinsnya yg sudah tiada. Manakala si Nawwal pula sy berjaya melahirkannya secara normal di HSI, Johor . Disebabkan alfateh dilahirkan secara ceaser maka sy x sempat merasa bagaimanakah sakitnya kontraksi itu ( setakat mengeras gitu2 je. xtau pun tu adalah kontraksi ke x) berbanding dgn si Nawwal yg sy amat amatlah merasa betapa sakitnya kontraksi tu. Sakit bangat doh. Sejujurnya pada sy bersalin normal lg sakit dr ceaser. Ceaser dulu sy rs xla sakit sangat. Sy bersalin malam. Pagi tu sy dah boleh bangun pergi toilet sndiri walau dgn wheelchair. Usaha jgk bgn. Sebab nak pergi tgk alfateh di NICU. Penjagaannya pun xdela rumit sangat pd sy ( baca : penjagaan luaran. Dalaman hrp2nya ok la. He3). Mandi pun mcm biasa je cuma tempat operate tu cover sikitlah. Bagi kering sentiasa. Berbeza dgn normal luka jahitan kena jg btl2 takut infection atau jahitan terbuka. Jalan pun terkepit2 xleh laju2 ( sy seorang yg berjln laju. X reti control slow2). Masa alfateh dulu sbb pakai wheelchair so xde masalah bab jalan2 slow ke laju ni. Masa Nawwal ni asyik kn tegur ngn Mak ngn nurse suruh jln slow2. He3. Bila kena jahit ni selain xleh jln laju2  nak duduk pun payah.pedih. kena cover dgn bantal.

Secondly, sewaktu melahirkan alfateh suami sy tiada di samping sy kerana berada di Terengganu belajar. Suami cuma ada ketika sy sudahpun selamat melahirkan alfateh. Manakala si Nawwal pula suami sentiasa berada di sisi sy dr awal smpi selesai setia menemani malah siap tolong doktor lagi ketika sy melahirkan.

Thirdly, alfateh dilahirkan pramatang, 31 minggu. Manakala si Nawwal pula dilahirkan overdue, 40 minggu 2 hari. Disebabkan lahir pramatang alfateh sebaik dilahirkan terus ditempatkan n dirawat di NICU selama sebulan lebih. Maka berkampunglah sy menunggunya di NICU. Si Nawwal pula alhamdulillah sy hanya berada di HSI satu malam shj. Malam bersalin tu je. Siang keesokkannya dah boleh balik rumah. Xyah duk hospital lama2. Cumanya bila duk rumah ni hari2 kena ulang alik la ke kk utk cek Nawwal n ambil darah dia sebab jaundis. Sampai satu tahap kena lak check in kat HKT satu malam. Alfateh dulu walau ada jaundis x yah nak ulang alik sbb dah mmg duk hospital lama. Yg kena ulang alik babah dia je la masa babah dia balik bercuti.

Fourthly, dari segi berpantang. Ketika alfateh dulu sy x berpantang sangat. Boleh kata mcm x berpantang pun. Sebab duk berkampung dkt hospital lama. Balik pun dah habis pantang pun. Kat hospital fhm2 je la lauk dia. Xleh nak pantang. Belasah je la. Kalau Mak ayah or Pil n suami datang melawat barulah dapat merasa lauk lain. Time Nawwal pula aku berpantang la jgk walau x strict sgt. He3. Dua2 Mak aku datang jaga aku berpantang. Bab pantang nnti la cter. Entri lain pnjg sgt la plak kang.

Fifthly, alfateh dulu kuat menangis. Menangis je. Xtau sbb apa. Masa tu dalam 2 bln ke 4 bulan x silap. Ada yg kata sbb kembar dia la, gangguan la macam2. Honestly, aku x percaya sangat. He3. Tapi aku ikutkn aje orang tua punya kepercayaan. Bawa gi berubat merata2. Rupa-rupanya dia menangis sebab angin pasang & pusatnya yg terjojol. Sakit. Tu menangis agaknya. Aku bawa gi hospital doktor kt kn operate tp tgu berat dia 10kg. Riso. Sbb lmbt lg 10kg so kami usaha cara lain. Aku tuam hari2 n sblm aku pakaikn barut dia aku tutup pusat dia ngan duit 50 sen n aku selotep he3. Lama2 pusat tu masuk dlm. Settle. Angin pasang tu aku bawa berubat dgn Pakcik berahim yg ubatkn kaki aku. Alhamdulillah ok dah lps tu. N dia pun x ngs dah selain drp ngs sbb nak susu & sakit perut n seumpamanya. Manakala si Nawwal pula alhamdulillah. Xde masalah tu. Setakat inilah. Orang kata baik jgn dipuji. Pepun harapnye berterusanlah baiknya itu.

Kesimpulannya, kedua2 kelahiran yg aku lalui dua2 mencabar dgn kisahnya tersendiri. Time Alfateh mencabar dgn kisah aku yg pjj dgn suami,  baru lepas accident & berwheelchair jg dia di NICU + kelahirannya yg pramatang yg perlu sokmo check up kat hospital smpi la dia 2 tahun. Si Nawwal stkt ni yg mencabarnya sbb kena uruskan dia bersama alfateh yg sangat lasak. Tu je la stkt ni.

Walaupepun perbezaan antara kisah mereka sy ttp menghargainya sbg satu yg indah & istimewa yg berlaku dlm hidup sy. Ia istimewa dgn caranya yg tersendiri. Sy tiada komplen utk setiap perbezaan itu.

Sy bersyukur sy telah dikurniakan 2 permata hati penyeri rumahtangga kami.

Alfateh  ketika 2 bln

Nawwal Husna 










Post a Comment

Popular Posts