Kisah Berpantang Aku


44 hari sudah. Yeay dah habis pantang ! He3 suke suke. Inilah hari yg ditunggu tunggu. Seksa aku nak menghabiskan 44 hari ni. Rasa lambat nau masa bergerak.  X sabar nak menjamah juadah favourite yg menjadi kepantangan ketika berpantang ini. He3. Jadi mari kita raikannya....:)

Ha3 poyo je nak celebrate bagai padahal aku bukan pantang sangat pun.Pantang yang yuk je he4 bak kata laki aku. X kiralah pantang yang yuk ke pe aku nak celebrate gak. Aku nak makan puas2 apa yg aku teringin.

Laki aku kata pantang yang yuk sbb aku bukan pantang betul2 pun pantang bab makanan je yg lain semacam je aku buat mcm x pantang. Yelah...dah namanye pantang sendiri celah mananya aku nk duduk je sesaje..terpaksalah juga aku buat...seawal 20 hari berpantang aku dah bawa kete pun..!

Meh nak citer pengalaman berpantang aku. 

1. Makanan

Dari segi makanan memang aku berpantang dr menyentuh makanan2 yg menjadi kepantangan bg orang berpantang. Mcm yg sejuk2 gatal2 n berais tu mmg x sentuh la. Berpantang secara strict ni aku pakai sampai hari ke 20 je. Sebab masa ni Mak aku n Mak mertua  ada jaga makan aku. Mak aku Mak bidan so bab2 makan strict la. Nasib dia x control air aku. Dia bagi je aku minum air byk sebab menyusu katanya. Sepanjang tempoh 20 hari ni antara lauk yg dimasak biasanya ikan bilis, ikan gelama, ikan kerisi n sayur sawi. Nasi penuh pinggan.he3.  Selepas hari ke 21 dua2 Mak dah balik maka bermulalah hari2 berpantang aku secara bersendirian. Sebab dah byk hari n luka pun aku dah rs ok so aku lebih lenient dgn diri sendiri.he3. Aku dah start makan ayam, telur & daging. Aku msk sup, aku stimkan, dan bakar. Pandai2 sendiri je. So far ok la. Xde la aku makan yg bukan2. Aku masih sayangkan badan aku he3. Takut jgk effect pd bdn aku cam bentan ke pe n paling takut kalau effect pd nawwal cam kembung ke pe. Pepun alhamdulillah ok je. Tapi aku perasan la pantang kali ni aku makan banyak. Sebab menyusu kot. Nasi sekali makan mmg penuh pinggan. Makan 2x sehari. Sarapan n minum ptg aku makan biskut hup seng tu or roti ngn air Milo / Horlick. Air masak mmg berbotol2 aku minum sehari. Cepat haus sebab nyusukan nawwal n cuaca lak panas. Sedapnye klu dpt ais kan! He3... Bila ek blh minum ais?

2. Berurut, mandi daun, berbengkung, jamu, pilis, dsb

Aku start berurut & mandi daun pada hari kedua berpantang sebaik sahaja balik dr hospital. Mak aku mandikan & urut satu badan. Daun2 ( daun seringan + serai wangi n daun2 apa ntah lagi) tu Mak aku bawa dr Pahang. Memang segar & wangi giler rasa badan lepas mandi tu. Aku mandi daun ni selama 3 hari berturut turut. Selepas pada tu aku mandi air panas je. Urut pun sama. Mak aku urut selama 3 hari berturut-turut. Memang sedap rasa badan selepas tu. Ringan je. Bengkung aku dan pakai 2 hari je. Lepas tu x pakai dah.he3. Sebab dah termula x pakai pada hari ke 4 berpantang ( sebab kena check in kt hospital kota tinggi nawwal tinggi kuningnye) maka hari2 selepas itu aku terus culas untuk memakainya. Mak ada tegur jgk tapi aku x pakai jugak pun.he3 degil betul. Param ke pilis ke pe pun sama aku x pakai. Dan pakai sehari dua je. Start x pakai masa nawwal kena tahan hospital tu terus la aku x pakai. Malas.  Jamu plak aku x mkn lg sbb nawwal ada kuning aritu. Jamu Mak aku buat sendiri. Ingat nak start makan la ni lepas nawwal cnfm xde kuning dah.

3. Perkara2 pantang lain

Orang kata pantang ni kena pakai stokin sbb takut masuk angin. So stokin ni mmg aku pakai la smpi abes pantang ni siang dan malam.aku cuma buka time gi bilik air je. Stokin ni mmg aku rs kalau x pakai tu badan aku mcm seram sejuk kat kaki.

Orang kata gak pantang ni pergerakan kena jaga jgn lasak sangat. Slow2. Duduk je rehat. Untuk aku bab yg ni untuk 20 hari awal berpantang mmg aku jagalah x buat keje pe rehat je semua Mak buat. Tapi selepas 21 hari dan ke atas berpantang selepas Mak dah balik aku berpantang sendiri xde nyela aku nak rehat2. Aku start buat keje rumah dah membasuh mengemas memasak , aku dah start keluar rumah pg beli ikan, aku dah start bawa kereta. Celah mana nak duduk saje je bila tgk rmh suami n anak aku si fateh tak terurus. Kena la jugak buat dah pantang sendiri ni. Lagipun aku dah rasa kuat n sihat sket so aku buatlah. X sampai hati nak bersenang lenang berehat rehat bila tgk laki aku pnt uruskn kami. Aku buatlah mana yg terdaya.

Ala lagipun ini pilihan aku. So aku xleh merungut. Aku yg nak sangat pantang sendiri kat sini. So kn terimalah. Memang sejak dr awal pregnant aku discuss ngn laki aku aku mmg nak pantang kat sini. Aku xnak pantang kt phg. Sebab byk sebabnya. Antaranya ialah sbb untuk kemudahan aku n laki aku. Mudah laki aku nak uruskan aku n baby di samping uruskn kerjanya. Depan mata. Jadi dia x pyh riso. Berbanding kalau aku bersalin n pantang kat phg laki aku payah nak balik. Kereta 4 sure aku bawa. Dia nak fokus keje lagi kitaorang lagi. So agak sukar di situ. Begitu jg di pihak aku kalau di sini senang laki aku yg uruskn senang nak suruh pape. Kalau di phg kalau rmh Mak aku 4 surelah aku yg kena drive. Mak aku mana pndai drive. Xde sape2 kat rmh aku. Mcmn aku nk drive ms tgh sakit nak bersalin n ms tgh pantang (awal2 pantang) dgn baby ngn fateh lg. Aku dpt bayangkn cne sukarnye. Kalau rmh mertua plak pyh jgk sbb abah ada keje dia sian plak klu hari2 nak kena bawa gi klinik. N segan jgk klu kita nak suruh pape. X terckp. He3. So ada baiknye la aku bersalin n pantang di sini. Dulu ketika bersalinkn fateh terpaksa gak la pantang kt sana sbb suami jauh. Takde arahlah. Takde pilihan.

Itulah sedikit sebanyak tentang cerita pantang aku yg x seberapa.he3. Berjaya jgk aku melaluinya. Esok aku nk mkn kek coklat indulgence. He3. Jom kita...


Ps : ni nak share sket testimoni lexee. Sepanjang pantang ni sy pki lexee. Alhamdulillah sgt selesa, tidak bocor walaupun darah nifas byk. Dan yg paling penting darah tak berbau hanyir. Ada 2 3 orang tegur kata darah ko x berbaulah biasa org lain darah nifas berbau hanyir. X percaya cubalah try ye. :)


Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Buaian Elektrik vs Zikir