Ruam Di Badanmu



Susah hati aku dibuatnya.Si Nawwal anakku ini kena ruam.Ruam di leher & di kelangkangnya. Merah2. Kesian dia.Aku x pernah ada pengalaman anak kena ruam. Inilah first time. Si Fateh dulu dia x kena ruam seingat aku. Bila jadi ke Nawwal ni buntu jgk la aku.


Makin hari makin merah. Tapi dia x menangis pulak bila kena air. Biasanya budak menangis kalau kena air sebab pedih.

X nak benda ni berlarutan aku pun duk Google la cari pengalaman2 ibu2 lain. Apa diorang buat bg mengatasi masalah ni. Macam2 ada yg suggest guna myk masak, tepung ubi, krim kt farmasi, herbal blend dsbnya. Aku pun try la. First aku try myk msk sapu kt tempt merah2 tu. Aku try dlm 3 4 hr gak. Cubaan yg ni x berapa menjadi dgn si nawwal. Malah makin  teruk aku tengok. So aku beralih ke tepung ubi. Aku sapu mcm sapu bedak tu. Aku try dlm 2 hari. Cubaan ni ok sket. Nampak kering la ruam dia tu. Dalam masa yg sama aku try jgk guna herbal blend. Guna herbal blend ni mmg ok aku tgk sebab dlm sehari ruam dia dah nmpk berubah ke warna merah jambu.sebelum ni warna merah garang. So aku skrg just stick ngn herbal blend je. Walaupun blm pulih sepenuhnya sekurang2nya nmpk dah la perubahannya. Harap2 cepatlah sembuh ruam si nawwal ni.

Ha selain drpd aku pakai herbal blend utk merawat ruam dia ni aku jugak amalkan basuh punggung dia dgn air. X pakai wipes dah. Wipes simpan. Setiap 5 jam aku akan tukar Pampers dia spy dia sentiasa kering & ruamnya tidak melarat bila dibiarkan terlalu lama dgn air kencing & najis.

Semoga ruam nawwal cpt sembuh.



Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir