Posts

Showing posts from May, 2015

Bahagia itu di hati

Image
Sebuah rumah itu tidak perlu besar. Tidak perlu indah & juga tidak perlu mewah. Yang penting kita bahagia di dalamnya. :)

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa II

Sambungannya lagi....

Katanya...Bestnye kalau aku pun boleh buat mcm ko n fikir mcm ko. Tapi aku x boleh. Aku syg kerja aku. Aku x boleh la duk rumah je. Lagi pulak hutang banyak. Ni plak nak beli rumah lagi lah bertambah hutangnya. Nak x nak aku kena kerja jgk. Dapat gaji kami berdua tolak sana tolak sini ada la lebih sikit untuk simpanan. Tu yg plan nak beli rumah ni. X mau dah menyewa. Sampai bila nak menyewa. Kena ada rumah sendiri. Rumah makin lama makin mahal. Tak beli sekarang takut nanti lagi mahal. 
Kataku...betul2... Beli sekarang rumah. Nanti makin lama makin mahal. Payah dah. Aku mmg sokong org nak beli rumah awal2 ni. Masa muda ni la. Tapi pada aku kalau mampu la. Kalau x mampu lg msksudnya cukup2 je n setiap bulan nak menunggu ke gaji tu agak sesak sikit sampai menyeksa ke diri x payah la dulu. Kenapa nak tambah hutang lagi? Kita jgn ikut orang. Ukur baju pada badan sendiri. Kalau rasa x mampu baik jangan dulu. Betul harga rumah akan naik beli sekarang takut nanti lg ma…

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Image
Semalam ada seorang teman lama menghubungi aku n meminta menolongnya menguruskan pembelian rumah barunya. Aku katakan setakat bagi khidmat nasihat boleh la nak tolong menguruskan memang x dapat la kak oi aku dah setahun quit. X keje dah. Lesen lawyer aku pun dah mati. Ternyata dia terkejut mendengar aku jadi surirumah.
Ye ke..biar btl ko ni. Ko x rasa rugi ke....gaji dah beso .... kan sek dulu ko best student...pastu jadi surirumah...ko x rasa mcm jeles ke tengok kawan2 lain ada kerja hebat...
Aah ye la sgt gaji beso. Kalau betul gaji aku beso aku pun x nak berhenti tau. He3. Bohong la kalau aku kata aku xde rasa jeles tu mesti ada tapi x banyak la.Tapinya jujur aku cakap dgn kawan2 kita aku xde rasa jeles sgt pun sbb orang yg aku jeles adalah laki aku je. He3 boleh gitu jeles kat laki sendiri. Aku xde rs jeles sgt kat kawan2 sbb pertama mgkin jarang jumpa kot. Jarang berhubung jadi xtau sgt life org lain. Kehidupan masing2.Kedua, pada aku zaman sek dulu ye zaman kita sentiasa bersai…

Boleh Percaya Ke?

Image
Sekarang ni trend kt fb dok main benda2 alah semua ni. Dok tengok keperibadian kita melalui nama, tarikh lahir, dsbnya. Aku pun dok terjebak la try application ni. Ada yg kena betul ada yg x. Alah saje suka2 main. Tidaklah 100% percaya. Jom tengok aku punya ada yg kena x....


Doktor? Hahaha...I don't think so. X sesuai la. Mana ada tokoh jd doktor aku ni. Aku kadar ke diri. He3. Dulu masa sek ren bila cikgu tanya besar nak jadi apa memang aku cakap nak jadi doktor. Masa tu x tau sangat kerjaya2 lain. Budak kampung la kata. Yang taunye doktor, Cikgu, askar, polis. Tu je la. Yang biasa tengok. Padahal bukan la nak jadi sangat. Sebab aku ni penakut jarum. Macamana nak cucuk orang. Kalau aku jadi doktor tiapkali cucuk orang aku pengsan boleh gitu? He3. Lagi satu aku ni penakut darah. Mudah nak pitam tengok darah banyak2.  Cne nak jadi doktor kalau camtu? Naik sek men aku masuk sek agama. Sekolah aku takde aliran sains. Jadinya x merasa la aku belajar fizik, kimia, biologi tu semua. Ha…

Selamat Hari Guru

Image
Seronok cikgu2 ada sambutan hari guru. Hari lawyer xde. Kalau ada kan best. He3
Buat semua yg bergelar guru di seluruh dunia sy ucapkan selamat hari guru. Semoga anda semua terus tabah dalam mendidik anak bangsa. 
Teristimewa ucapan ini ditujukan kpd semua guru2 yg pernah mengajar sy di Tabika Kota Gelanggi 02 (91), SKKG02 (92-97), SMAPT (98-02), SMKA TAHAP (03), MCIIUM (03-04), IIUM (04-09) & TKHT (chambering 2010). Terlalu banyak nama2 yg hendak disebut satu persatu. Pepun sy sentiasa mengingati semua jasa cikgu cikgu sekalian. Tanpa jasa kalian x mungkin sy jadi sprti diri sy skrg ni. Terima kasih sy ucapkan atas segala ilmu yg telah dicurahkan.. X mungkin dpt sy balas.
X lupa buat guru seawal usia n sepanjang hayat iaitu Mak n arwah Abah sy. Sampai bila2 jasa2 Mak Abah takkan dpt sy balas. Terima kasih atas segalanya memberi pendidikan kpd sy sehingga sy menjadi sprti diri sy skrg ini. :)
Buat suami Mohd Zaidi, adik beradik & ipar duai Kak Ji, Kak Imah & Abg bani x lu…

Rindu itu Menyesakkan

Image
Memang pun. Aku dah rasa macamana rasa sunyi dan rindu itu bila Abah pergi. Sungguh menyesakkan.
Seringkali aku teringatkannya. Seringkali bagai ternampak nampak kelibatnya. Seringkali bagai terngiang ngiang suaranya. Seringkali bagai terbayang bayang segala galanya. Terutama bila melihat barangannya, makanan kegemarannya, lagu kesukaannya dan semuanya. Semuanya yg berkait dgnnya seringkali membawa ingatan terus kepadanya.
Bila makan sup,kuah kacang, dsbnya msti ckp ni makanan kegemaran abah. Bila pergi kedai mamak mesti cakap Abah dulu suka makan kat kedai mamak. Bila dengar lagu Rindu Sharifah Aini mesti cakap abah suka lagu ni. Bila itu bila ini mesti cakap Abah mesti itu Abah mesti ini.


Rindu sungguh aku padanya. Sungguh rindu itu sangat menyesakkan. Hu3. Rindu itu lagi menyesakkan bila  melihat Dak Fateh saling tak tumpah sepertinya. Wajahnya, kelakunya, gayanya, dan ayat percakapannya. Semuanya membawa terus rindu itu padanya. Hanya doa, gambar & dedikasi ini  http://setegu…

Selamat hari ibu mak

Image
Ini mak sy. Puan Mariam bt Bahaudin. Dia berusia 71 tahun ni. Mak, selamat hari ibu. Semoga Mak panjang usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, n sentiasa beroleh kebahagiaan dunia akhirat n sentiasa di bawah lindungan n kasih sayang Allah. Sy syg Mak. Maafkan segala salah silap sy selama ini. Sy tau sy bukan anak yg baik. Terima kasih Mak atas segalanya. :)

Yg sebelah tu Mak mertua sy Pn Zainab bt Daud. Berusia 63 tahun tahun ni. Untuk Mak juga sy ucapkan selamat hari ibu. Semoga mak dipanjangkan usia, murah rezeki, diberi kesihatan yg baik n sntiasa beroleh kebahagiaan dunia akhirat n berada di bawah rahmat n kasih syg Allah. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana melahirkan suami terbaik utk sy. Maafkn sy ats segala slh slp sy. :)

Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapa kami n mertua kami sebagaimana mereka mengasihani kami ketika kecil.

Selamat hari lahir Alfateh

Image
Dear my lovely son, Alfateh,
Kelahiranmu memecahkan sepi kami. Kelahiranmu seperti satu keindahan anugerah paling baik buat kehidupan kami. Kamu dan Nawwal satu-satunya dlm kehidupan kami. Satu-satunya kesayangan kami. :) 
Selamat hari lahir sayang. Doa mama agar kamu membesar menjadi anak yg soleh, bijak, menghormati orang tua & berbakti pada agama, bangsa & negara spt Sultan Muhammad Alfatih.





Alfateh dah 3 tahun. Alhamdulillah...dah besar syg mama ni. Sekejap sungguh rasa. How time flies....
Di kala usia 3 tahun ni alhamdulillah alfateh semakin bijak. Dah berjaya free diapers 100% & minum pakai cawan. X pakai botol dh.  Alhamdulillah....
Dari segi pembelajaran masih banyak perlu dibaiki. Doa doa harian nak kena ajar n pantau lagi. Kalau x ingatkan suruh baca doa mkn sblm mkn dia x baca. Kena suruh. Solat pun mcm tu masih tunggang langgang. Dia terus sujud. He3. Ok la tu. Ajar sikit2. 123 pandai sampai 10 je. Alif ba ta smpi ta je rajin baca. Nyanyi dia suka. Lagu anak2 …

Projek Meraikan Alfateh

Image
Esok ulangtahun Alfateh ke 3. Aku plan nak celebrate meraikan dia malam ni. Jadinya petang ni bertungkus lumus la aku siapkan kek dia n menu berat lain. Aku buat kek kukus milo ngn nasi Arab. Harap dak fateh suka. :)


Kek kukus Milo
1 cwn Milo 1 cwn gula 1 cwn susu pekat 1 cwn minyak masak 1 cwn air panas Masak hingga larut.
Pukul 3 biji telur hgga kembang. Masukkan dlm milo yg larut trsbt.
Masukkan 2 cwn tepung, 1 sd soda bikarbonat, serbuk penaik ke dlm adunan. Kukus sehingga masak.
Untuk topping 1 cwn Milo 1/2 cwn susu pekat, 2 sdb minyak masak & 3 sdb air. Masak guna teknik double boiler.


Nasi Arab Khabsa
Nasi ni aku banyak derhaka pd resepi asal. Guna bahan apa yg ada je.
Salad Timun & tomato potong dadu. Bawang besar dihiris Garam & Gaul sehingga rata. Daun ketumbar n lada hitam ada dalam resepi asal aku x masukkan pun.
Sambal Cili merah, cili hijau, tomato, garam, jus limau kisar sehingga halus. Yg ni jus lemon resepi asal sebab xde aku guna jus limau je.
Nasi &…

Sayang anak perempuan ke sayang anak lelaki lebih?

Image
Aku rasa aku sayang anak perempuan lebih. He3. Tak taulah...tapi dgn anak perempuan ni kasih dia lebih skit. Korang camtu dak?

Ada kata sayang sama je semua anak. Xde beza2.

Aku tak tahu samada tafsiranku ini betul atau tidak. Tafsiran sayang yg dikatakan sama pada setiap anak oleh para ibu bapa.

Korang pernah dengar tak Mak ayah kita     ( Mak ayah aku)  selalu kata sayang sama je semua anak2 takde yg lebih pun. Takde pilih kasih pun. Sayang semua. Pada Mak ayah mungkin sama tapi pada anak yg melihat dia tau mana yg Mak ayah lebihkan n mana yg kurang.

Dulu aku selalu ckp kat Abah Mak aku yg dia sayang Abang aku lebih. Bila Abang balik diorang selalu excited masak itu ini sedia itu ini. Nampak banyak kelebihan diberikan kpd Abang aku dlm apa jua. Di kalangan anak perempuan pula aku selalu merasakan Abah Mak selalu lebihkan kakak aku pada aku. Dengan kakak aku selalu diorang jemput hantar kalau balik. Apa2 urusan lain pun akak aku banyak diorang tolong. Kalau aku urus sendiri. Masa za…

Ujian hebat untuk orang yg hebat

Image
Alfatihah buat mangsa yg telah pergi.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yg kehilangan 3 ahli keluarga sekaligus terutama buat dua anak arwah yg masih tinggal.
 Sebak rasanya melihat 2 anak kecil ini. Tak terbayang penderitaan n kesedihan ditanggung mereka di saat usia yg masih kecil. Hilang kedua ibu bapa tempat bergantung n bermanja. Sungguh hebat ujian kpd mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul :(
Semoga 2 anak kecil ini tabah n juga ahli keluarga yg lain. Allah uji tanda Allah sayang. Ujian hebat untuk orang yg hebat.
Ps : 1. Kepada pemandu Myvi yg terlibat trsebut bertanggungjawab lah. Tidak kasihankh kamu pd keluarga ini? Anak ini?
2. Ingatlah jalanraya bukan medan utk berlumba. Hargailah nyawa orang lain sekalipun anda tidak menyayangi nyawa anda sendiri. 
3. Buat netizen di luar sana jgnlah terus menghukum pemandu Myvi lain yg tiada kena mengena. Bukan semua pemandu Myvi bersalah.
4. Pesanan buat yana FMC could you please just shut up n stop for m…