Posts

Showing posts from February, 2016

Bingka Ubi Kayu

Image
Semalam buka puasa aku try buat bingka ubi ni. Lama dah teringin ngn ngidam nak makan. Alhamdulillah berjaya gak membuatnya. Habis dah sehari puasa ganti. Ada lagi sehari lagi. X lama dah kan nak Ramadhan. X sabar menunggu Ramadhan kali ini. Mudah2an sempat ngn Ramadhan kali ni.Insya4jji.
Jom kita tengok resepinye.
Bingka Ubi
- ubi kayu  - santan pekat - gula -garam - pewarna kuning
- ubi disagat ataupun diblender hingga hancur. Aku buat dlm 2 cawan setengah ubi. Lepas tu tapiskan airnya amik ubinye saje. - sebatikan gula garam dlm santan kelapa. Garam dlm satu sudu kecil n gula dlm 5 6 sudu ikutla nk manis mcmn n santan aku buh dlm setengah cawan lebih sket dkt2 1 cawan. - masukkan santan tersebut ke dlm ubi dan sebatikan. Lepas tu masukkan dlm dulang n sedia utk dibakar dlm oven lbh kurang 1 1/2 jam. Kalau dlm periuk noxxa 30 minit je. - dah sejuk bolehlah dipotong. 
Selamat mencuba !

Ketam Masak Lemak Cili Api & Nanas

Image
He3. Ni nak share resepi ketam masak cili api ngan nanas.  Ketam ni ktrg dapat masa pergi Melaka aritu. Ayah ayu kasi. Terima kasih pakcik n ayu. Aku pada mulanya x tahu nak masak pe. Lagipun aku bukanlah pandai sangat makan ketam pun. Nak siang pun x reti.he3 Laki aku yg siangkan. Dia google je caranya. Dia suggest kat aku buat masak lemak. Dia memang suka masak lemak lebih2 lagi kalau bubuh nanas. Sampai masa ktrg kawen dia suggest kt mak ayah dia nak udang masak lemak ngn nanas. Ni dia dah request kenalah buat jugak. So meh kita tengok...
- cili api Ikutlah nak pedas mana -kunyit hidup - nanas - garam - santan - daun kunyit
- ketam
- tumbuk kunyit hidup ngn cili api bersama garam kasar. Ikut petua mak mertua masak ngn garam kasar lg sedap. - Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk. Buh sket air dlm lesung tu n kacau2 sket masukkn terus dlm periuk. Petua org tua gak ni.he3 - lps tu masukkan nanas. Didihkan.
- masukkan ketam  - masukkan santan & kacau - masukkan daun kunyit - tungg…

Penangan Air Tangan ibu/isteri

Image
Tgh duk scroll fb ternampak post ni. Menarik. Terus rasa nak share kat sini. Teringat aduan seorang rakan (junior lelaki) kpd aku yg mengatakan isterinya tidak pernah memasak utk dia sejak 3 tahun perkahwinan mereka. Sedangkan dia sangat la pemakan. Masak la pepun katanya dia x kisah katanya asalkn masak. Ni takdenye la. Kena tunggu mak datang barulah dapat makan mknn rumah katanya. Barang dapur kat rumah mmg xde sgt pun. Dia fhm isterinya tidak pandai memasak tapi sbb xde inisiatif nak belajar n cuba tu yg dia rasa sgt tuh.  Sedih rasa katanya. Isterinya lebih suka membeli  di kedai sedangkn rakanku ini x suka sgt makan di kedai katanya lebih jimat. Xtau la jimat tang mana...takpelah itu pendapat dia. Pepun aku harap dia ada terbaca pasal post ni n mengambil tindakan segera demi memenangi kmbali hati rakanku itu...Itu cerita mereka. Amik iktibar.
1. Ye memang betul air tangan ibu/isteri memang pengikat kasih sayang jalinan antara anak  dan ibu &  suami dan isteri. Tu sebab nape …

Puding Oreo Milo

Image
Masa hari jadi Nawwal aritu aku  buat puding oreo milo ni. Request dr dak Fateh.he3 Dia suka ngat puding ni tu yg request tu. Dia mula makan puding ni masa pegi umah ayu kt melaka aritu. Sedap katanya. Banyak dia makan kat umah ayu. Sampai ayu bekalkan kt dia satu tupperware bawa balik puding. :) Dekat rumah hari2 suruh buat. So try la jgk buat. Meh tengok he3....
Puding Oreo Milo - Agar2 satu beg - Air ikut sukatan plastik agar2 - Gula dlm 2 cawan ikut nak mns mcmn - Setin susu cair - Milo dlm 2 ke 3 cawan - Biskut oreo
- masak agar2 ngan air ngn gula smpi cair. -masukkan susu 1 tin. - biarkan mendidih - asingkan sebahagian daripada cecair tu ke dlm bekas lain dan masukkan milo. Sekarang ada satu bekas cecair milo (1) satu bekas cecair agar2 bersusu (2). - tuang sebahagian cecair milo ke dlm bekas. Tunggu sehingga separa  beku sikit. Kalau beku sepenuhnya cucuk2 sikit ngan garfu nnti bagi senang dia nak melekat. - Lapisan kedua masukkan pula sebahagian cecair agar2 bersusu tadi. Susun biskut oreo. Tungg…

Si Fateh Berbaju Batik

Image
Hari ahad baru ni dia ke sekolah berbaju batik. (Setiap hari ahad sekolah memang tetapkan untuk pakai baju batik).
Sekali imbas tengok dia saling x tumpah sebijik mcm arwah Abah. Arwah abah mmg suka pakai baju batik. Dress code dia kalau berpergian ke mana2.
Si Fateh ni cuma tiada kopiah putih ngan tongkat je kalau x mmg gaya sgt atuk.

Terasa ada air mata bergenang di tubir mata.
Ada rasa rindu mula datang menjengah...:(
Alfatihah. Semoga abah tenang di sana.

#klonatuk
#rindusangat
#abahsukapakaibajubatik


Meraikan Dak Nawwal

Image
Sempena hari lahir dak nawwal semalam kami meraikan dgn buat makan2 sikit ngn doa selamat. Buat kami 4 beranak je. Tapi ada la sikit bagi jiran2 rasa. Aku masak pulut kuning, rendang daging masak hitam dan puding oreo Milo. Suami aku pulak pi beli sate kt pasar malam. Tengok pada menu ni mcm mama n babah ni yg melantak bukan nawwal. Hahaha... Jual nama nawwal. :)
Kat bawah ni sikit gambo2 kami. Layanz....



Selamat Hari Lahir Nawwal

Image
Hari ni genap setahun usia puteri mama si Nawwal Husna.:) Yeah...Nawwal dah beso. Alhamdulillah.... Di saat usia yg baru menjangkau setahun ni Nawwal puteri mama dah pandai mcm2. Perkembangannya baik. Dah boleh berjalan, berckp sikit2 sebut babah, babai, pandai tepuk tangan n cium mama babah. Alhamdulillah... Semoga Nawwal terus membesar dgn sihat, dikurniakan akal yg cerdas, jadi budak bijak, berjaya dunia akhirat, n yg paling penting jadi anak yg solehah ye yg mendoakan mama dan babah. Mama babah syg Nawwal.







Short Vacay...Melaka

Image
Jumaat lepas 5hb kami sekeluarga bertolak ke Melaka. Hajat di hati ingin menziarahi sahabat lama saya yg baru sahaja diuji kehilangan suami tersayang 3 minggu lepas. Di samping itu sambil menyelam minum air bawa bebudak ni berjalan sekali. Kami bertolak lepas sembahyang jumaat dan selamat tiba di Bandar Hilir Melaka lebih kurang pukul 6.30 petang. Kami plan nak bermalam di Bandar Hilir satu malam n esoknya baru gerak ke rumah kawanku itu di Kuala Sungai Baru. Oleh sebab ini adalah short vacay yg bajet so kami pun menginap di hotel bajet la. Bajet pun bajet la janji dapat tido n mandi. Bukan nak apa sangat. Banyak hotel bajet di Bandar Hilir ni. Pilih je nak yg mana. Aku survey2 kt Google tp x booked pun laki aku kata gamble je la cari mana yg first jumpa malas nak pusing2 cari kalau booked. Sebab hari dah makin senja budak2 ni pun dah mula nak meragam so kami decide menginap di Hotel Al Huda. RM 100 satu malam utk queen punya saiz. Nama je deal ngn Hotel Al Huda tapi kami sebenarnya …

Fateh Punya Cerita

Image
Semalam balik sekolah terima aduan yg mengatakan bahawa dia telah menumbuk rakan sekelasnya. Bila ditanya dijawab selamba sape suruh dia main tinge Fateh. Dia kata tinge Fateh besar. Fateh bagi penumbuk satu. Amboih...garangnye...dia bergurau je kot. Jawabnya lagi garang mcm mama la...aik...aku pulak yg dikatanya.eeei...
Hari ini punya cerita dia bawa balik kotak pensil yg bukan kepunyaannya pula. Bila ditanya dijawabnya Fateh ingat Fateh punya. Sama je tengok. Salah mama la sape suruh beli sama mcm kawan Fateh tu jawabnya x bersalah.amboihh.. aku lagi dikatanya..nak kena ni.
Ada je jawabnya. Sabar je la. Menangani si sulung ini mmg x mudah. Banyak karenah. Kena banyak diplomasi. Setiap hari dititipkan nasihat n doa spy dia menjadi anak n pelajar yg baik dan x lupa menjadi kawan yg baik jugak. Harap lepas ni tiada lagilah aduan sebegini rupa n lain2. Riso dibuatnye.
~ betul ke? Akukah yg bersalah?