Posts

Showing posts from August, 2016

Kasihnya Ibu

Image
Kita takkan pernah tahu dan faham apa yg seorang ibu rasa sampailah kita sendiri merasanya...betul kan ?

Ini adalah gambar mak. Tengok banyak beg dia kan. Berat. Macam2 ada dalam tu. Ada durian, pisang, rambutan, kelapa dan lain2 bawaan dari kampung. Semuanya untuk anak2 yg dikasihi dan disayangi. Dia ingat akan semua kegemaran tiap tiap anaknya.  Sanggup bawa dari jauh. Biarpun berat. Biarpun dia susah. Biarpun malu orang tengok sebab kuatnya bau durian. Dia tebalkan muka. Dia kuatkan hati. Sanggup semuanya. Demi siapa? Demi anak-anaknya. Apa sahaja.  Itulah seorang ibu...hati seorang ibu. Kasihnye tidak bertepi. hu3 😥😥😥.

Ya Allah, kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihi aku ketika aku masih kecil. Panjangkanlah umurnya dan kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan padanya. Jadikanlah kami anak anak yg soleh dan solehah yang sentiasa ingat padanya.

#TerimaKasihMak
#TerharuRasaHati
#HargailahSementaraMasihAda
# Kitatakkantauberapalamalagimasakitadgndia


Keajaiban Bersedekah & Dhuha

Image
Aku ada benda nak share sini. Tapi sebelum tu aku nak bagitahu tujuan aku share ni bukanlah untuk riak atau nak menunjuk nunjuk ke apa amalan aku. Just nak kongsi untuk dijadikan pedoman dan untuk ingatan diri aku sendiri.

Kita selalu dengar kan orang kata kalau nak murah rezeki maka bersedekah la dan buatlah solat sunat Dhuha.

Maka aku pun buat la. Aku buat sikit2 setakat yang aku mampu. Apa aku buat? Sekali lagi bukan untuk riak ye. Jangan kecam aku.

1. Setiap kali solat maghrib / subuh aku sedekahkan alfatihah buat keluarga kecil aku, keluarga aku, keluarga mertua dan sahabat2 aku.

2. Sedekah kat akaun mak aku. Tiap hari. Setakat yg aku mampu. Pada suami aku pesan bagi kat mak ayah dia duit tiap bulan tanda ingat.

3. Solat dhuha

Aku buat ni baru seminggu baru.

Dan di sinilah bermulanya cerita...

Faham faham la kan dah tengah bulan ni agak kering sikit. He2. So disebabkan tiada duit di tangan aku pun pergi la ke bank nak keluarkan duit. X banyak pun ada tapi lepas la. Aku pun pergi…

Cerita Alfateh

Image
Alkisahnya, alfateh anakku ini amat gemarkan ayam goreng. Masak hari hari pun takpe. Dia suka. Dan tak pernah jemu. Semalam nak dijadikan cerita aku masak ayam seperti hari2 sebelum ni. Ayam kukus halia. Tak pedas.So, dia boleh makan dengan adiknya.  Sedap sangat agaknya dia asyik minta banyak kali bila portionnya sudah habis. Serba salah nak bagi sebab cuma tinggal sedikit untuk portion babahnya. Cubit la sikit babahnya punya dan bagi ke dia sambil pesan abg, ni last tau, habis dah tinggal ni yang babah punya. Sian babah tak makan lagi kataku padanya.  Dia seraya menjawab dengan selamba sambil menikmati ayamnya ala takpe, babah mesti bagi abang punya ayam ni sebab babah dah makan kat sekolah. Yelah tu kataku kembali sambil menyuap Nawwal.

Tak lama kemudian, terdengar bunyi motor babahnya. Ha tu babah balik pergi buka pintu abg arahku. Dia berkejaran ke pintu mendapatkan babahnya dan menjerit babah, babah babah makan dah ke?

Suami dengan riak muka terkejut  menjawab sudah sayang. Wah…

Instant Shawl Loop Kristal Exclusive by Salmaa

Image
Nak siap cepat?
Nak yang simple?
Tapi cantik & elegant?

Meh cuba shawl ni. Mudah! Ringkas!  Cepat!  Dan Cantik! Sarung sahaja!

INSTANT SHAWL  LOOP CRYSTAL BY Salmaa
****************************************
RM 35
Free postage!!! (Promo)

1) 2.0m x 0.7m (standard size xl)
2) Material Heavy Chiffon Georgette
3) 50 colours available
4) Labuh adjustable
5) Mudah dibentuk pada muka

Pm/wasap
0139507214