Posts

Showing posts from October, 2016

Bahagia Di Hati

Alamak ada orang pm saya tanya pasal rumahtannga la. Hu3. Minta maaf dik ye saya bukan kaunselor. Pakar lagi la bukan. Kahwin pun tidak sampai 10 tahun lagi. Ni pun duk nangis berkejau-kejau lagi dengan anak ni ha..Tak berani akak nak nasihat orang. Tak layak rasa. Hu3.

Cuma apa yang akak boleh cakap kepada yang bertanya janganlah bersedih walau jodoh belum sampai ye.  Jangan putus asa. Jangan tunggu dah berkeluarga baru nak bahagia sekarang masa bujang pun boleh bahagia. Janganlah sesekali kita mengukur  kebahagiaan itu pada "complete" atau lengkapnya kehidupan itu pada ukuran fizikal dan material semata. Contoh kita rasa kehidupan itu complete dan lengkap bahagia bila kita ada segalanya. Ada pasangan ada anak ada rumah besar kereta besar. Tak..jangan sekali2.

Bahagia tu subjektif sayang. Tak semestinya orang yang berpasangan saje yang bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Siapa siapa pun boleh bahagia. Cuba tengok ada je kan yang bahagia walaupun masih berseorangan. Boleh…

Cerita Ana...

Image
Anak sedara saya ni Ana namanya. Baru berkahwin tahun lepas. Dia mengongsikan momennya di fb bersama suami membeli belah barang dapur stok sebulan dan mengangkut barang2 tersebut dengan motor. Mereka hanya punyai motor.  Penuh motor dengan barang2. Perasaan bercampur baur saya melihatnya!

Satu. Saya kagum dengan mereka. Walau masih muda jiwa mereka kuat. Mereka matang. Lalui seadanya hidup walaupun serba sederhana. Terima keadaan dan kesusahan masing-masing.

Dua. Saya sebak sebenarnya. Saya juga pernah melalui saat begitu dulu. Baru berkahwin memang susah. Macam-macam dugaan. Di sinilah Allah uji hati kita. Hati suami. Hati isteri. Allah nak tengok nawaitu, persefahaman, tanggungjawab, rasa hormat dan keikhlasan kita. Ujian - ujian dan  kesusahan inilah sebenarnya yang merapatkan kasih sayang suami isteri. Sama2 susah dan sama2 senang.

Saya percaya orang lain juga punya momen2 tersendiri yang saat ini bila dikenang kembali terasa manisnya kesusahan dulu. Asam garam dalam rumahtangga.…