Posts

Showing posts from December, 2016

Jalan jalan Penghujung Cuti 2016

Image
Cuti hujung tahun ni kami takde la plan  bercuti ke mana sangat pun sebenarnya. Lebih kepada berjalan menziarahi saudara-mara yang dah lama tak berjumpa. Jarang jarang dapat berjumpa. Menziarahi saudara belah suami sebetulnya. 
Kami ke Melaka pada mulanya. Kebetulan sepupu suami bertunang. Di situ meriah la dapat berkumpul semua. Kami tidur semalaman di rumah sepupu suami di Bukit Rambai. Tq kak Nora for having us! Best sangat pergi rumah akak! Banyak novel! He3
Tidur semalaman kami esoknya ke rumah pakngah suami pula. Menziarahi mereka yang telah tua. Seronok dia tengok kami datang. Mereka tinggal berdua je. Sunyi barangkali.
Kemudian perjalanan kami seterusnya ke Pontian pula menziarahi pak anjang suami pula. Berjalan sekitar Pontian malam malam. Seronok jugak!
Esoknya Kami pula ke Batu Pahat. Di Batu Pahat kami pergi mencuba Nasi Bariani Power. Memang best. Di Nasi Bariani Power ni ada satu kisah menarik. Kami dibelanjai orang yang tidak dikenali sebelah meja kami. Alhamdulillah, …

Saya Kembali

Image
I'm back !

Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat pernah mencari rezeki dan  menimba ilmu.

Rindu untuk kembali beraksi. πŸ˜„

Ini gambar di office saya dulu. Tahun 2010. Tempat saya chambering dan memulakan kerjaya. Gambar tu bersama Master dan boss saya. Lawyer2 hebat! Seronok dapat berjumpa mereka kembali.

#MessrsTanKongHai&Tui

Repost status 9 Disember 2016

Selamat 6 tahun bercinta

Image
Tomorrow. 26.11.2016.

6 years of marriages. I'm blessed to have u by my side.  May our relationship last forever.

 ~ Witin Tresno Jalaran Suko Kulino

Repost status fb 25 November 2016

Konvokesyen AlFateh

Image
Ni gambar sekitar majlis konvokesyen anak sulung saya Muhammad Alfateh.

Tahniah Alfateh. Im proud of you. Ini adalah baru permulaan. Perjalanan Fateh panjang lagi. Mama doakan semoga Fateh terus berjaya. Menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia, bijak, menghormati orang dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin.

Sempena konvokesyen Fateh ni mama dan kawan kawan dilantik sebagai ajk majlis bagi melicinkan perjalanan majlis. Kami juga membuat persembahan nasyid untuk jemputan. Tu baju kami sama. Ha3..lama tak perform gementar juga rasa. Kak mah siap bawa Nawal naik atas pentas bernasyid. Hahaha.  Tapi seronok sangar Pengalaman yang sangat best! Sekurangnya ada juga aktiviti kak mah kat sini. Kenangan untuk 2016. :)

Semoga Fateh terus berjaya!


Menjejak Kenangan Di Taman Ilmu dan Budi

Image
Saya dan suami ke Taman Ilmu dan Budi aritu. Seronok dapat jumpa kawan2 dan melawat tempat belajar dahulu.


Ini gambar bersama sahabat rapat saya jue. Ex roomate saya di Matric. 7 tahun kami terpisah. Akhirnya bertemu kembali. Macam2 cerita timbul kembali. Mengenang kisah dahulu. Seriously i miss her. Dia mewarnai hidup saya di Matric. Sahabat paling baik saya ada. Tq jue for being such a great and awesome friend for me. 😊😊


Ini gambar ruby ngan kwany. Diorang ni tak payah cerita la. Memang kawan saya yang paling rapat. Banyak kisah mereka saya dah ceritakan kat sini. Korang, miss korang. Nanti jumpa lagi ye. Tq atas segalanya.


Ni gambar kat hs cf. Tempat babah dan mama selalu dating masa study dulu. Hahaha. Kisah kami bermula di sini fateh n nawal.

Uia, kami rindu kamu. Tempat kami menuntut ilmu. Segalanya ada di sini. Kisah kami. Mengenal erti persahabatan dan kehidupan.


Repost status fb 5 November 2016

Lencongan Ke MaryJardin

Image
SEKATAN JALAN DI HADAPAN AMBILLAH LENCONGAN

Apabila kita mendapati diri kita melalui jalan yang sukar dan berbatu dalam kehidupan, teruslah melangkah perlahan-lahan. Mungkin kita akan bertemu dengan lencongan baru. Siapa tahu lencongan itu akan membawa kita kepada pengalaman dan pengembaraan yang mengembirakan kita dalam kehidupan.
Jangan takut melangkah dan mencuba benda baru! Teruslah ! Ia pasti mengujakan!
Saya dah jumpa lencongan baru.  Pengalaman baru. Pengembaraan baru.

Lencongan ke mana tu?

LENCONGAN KE MARYJARDIN... Nanti kita cerita...😊😊😊 Salam seharum lavender...

 #Teaser
#AgenMaryJardin
#NaturalOrganicSkincare
#EveryWomen'sDream

WhatSapp/Telegram
0139507214

Repost status fb 3 November 2016


Image
Gambar tahun lepas. Memori setahun yang lalu. Repost.

Aiskrim Malaysia untuk si fateh in the making. :) Kisahnya si fateh ni bila ke kedai nenek sebelah tu mesti nak beli aiskrim pop tu. Mama xnak bagi tp depan nenek tu x smpai hati pulak nak cakap x boleh. Terpaksalah separuh hati merelakan...hu3

Fateh, lepas ni x payah beli dah aiskrim pop tu. Banyak pengawet tu. Ni mama dah buatkn utk fateh lagi sedap & selamat siap ada doa2 lagi.:) Mama pandai buat aiskrim?

Mestilah pandai. Mama bukan setakat pandai buat aiskrim jual pun mmg pandai tau. Mama la dulu tolong nenek ko jual aiskrim masa mula2 atuk ko beli petiais.

Bukan setakat aiskrim mama pernah jual mcm2 dulu. Kerja mcm2 tiap kali cuti sem. Guru tuisyen, guru ganti, guru fardhu ain,  jual burger, popia, ABC, nugget, fishball, ngan keropok mcm2 lagi la. Dengan maklong Seriayuna Sa'don Zubir ngan mokde Suryanie Hamzah ko tu la. Ko tnya diorg klu x caya. Hidup lg org tua berdua tu.he3... Kami siap naik motor 3 org lg nsb x ken…

Budak2 Memang Murah Rezeki

Image
Budak2 Memang Murah Rezeki!

Kita menumpang rezeki mereka sebenarnya!

Pagi tadi sarapan di luar. Sedang enak menjamu selera dan melayani karenah anak-anak makan kami tiba-tiba didatangi seorang wanita yang tidak dikenali separuh abad ke meja kami.

Dia dengan tiba-tiba menyapa kami, mengusap kepala Nawal seraya menghulurkan sedikit wang kepada budak berdua ni sebelum berlalu pergi.

Kami pada mulanya agak terkesima. Terperanjat. Tak sangka pun ada.  Pepun syukur alhamdulillah. Murah rezeki. He3.  Tak lupa kami mengucapkan terima kasih kepadanya dan mendoakannya agar terus dimurahkan rezeki.

Dia sedikit terharu ketika mengaminkan doa kami!
Tak tahu apa yang bermain difikirannya. Rindu pada cucunya barangkali. Hu3

Saya sampai sudah memikirkannya. Harap dapat berjumpanya lagi. Yelah mana tahu dapat mengeratkan silaturrahim kan.Boleh juga menumpang kasih di sini.

Orang baik kita baik juga. Jangan buat jahat dengan orang. Ini selalu saya pegang. Kita tanam jagung pastinya jagung juga yang aka…

Muka Rosak Lepas Berhenti Guna Produk?

Image
Pernah alami situasi ini?

Muka ada masalah. Tercari-cari produk yang sesuai. Dah jumpa. Serasi. Tiba satu masa anda berhenti gunakannya. Tiba-tiba muka jadi bermasalah kembali. Malah jadi lebih teruk.

Tahu tak kenapa jadi macam tu?
Ianya adalah disebabkan kandungan merkuri yang terdapat dalam produk tersebut. Pengguna akan merasa kesan cantik dengan cepat dan berkesan namun mempunyai kesan sampingan yang amat membahayakan.

Jom kita lihat apakah ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri :

* Warna krim lebih terang dan menyerlah
* Bau krim agak kuat dan menyengat
* Krim pemutih yang mengandungi merkuri menyebabkan kulit wajah menjadi lebih berkilat,
* Kulit muka menjadi putih, biasanya putih pucat,
* Krim memiliki tekstur kasar, berbiji-biji dan bergumpal,
* Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu),
* Tidak timbul jerawat. Ini disebabkan lapisan epidermis kulit telah rosak dan kulit sudah tidak lagi mengandungi protein dan melanin yang berf…

Allah Lebih Mengetahui

Image
Jangan ukur rezeki Tuhan dengan 'Matematik'. Ia datang dalam pelbagai 'Warna'. Percayalah.

Dan rezeki itu tidak sama antara kita. Ada yang cepat, lambat, ada yang banyak ada yang sedikit. Dia lebih Mengetahui segalanya.

Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi semua! 🌼🌼🌼

Berdagang jangan takut rugi,
Rezeki harus tetap dicari,
Ayuh semua bangun pagi,
Kita sambut cahaya mentari.

~ Selamat menjemput rezeki.

😍😍😍

#MaryJardin
#NaturalOrganicSkincare
#EveryWomensDream

Repost Status Fb 26 Disember 2016