Posts

Showing posts from January, 2017

Kisah Kulit Kering, Berminyak, Berjerawat

Image
Kak, muka saya kulit kering, berminyak dan berjerawat. Macamana ye? Akak duk asyik  post pasal MJ tu acer cerita sikit guane ceritanya.

Macamni dik acer cuba guna face oil MJ. Face oil ni berkesan untuk kulit kering, berminyak dan berjerawat.

Macamana tu?

Macamni ⏬

Bila kulit kita kering kita akan merangsang pengeluaran sebum berlebihan.
⏩ Bila berlebihan kulit kita akan jadi berminyak. ⏩ Bila berminyak dia akan sumbatkan pori. ⏩ Bila pori tersumbat sebum tak boleh keluar jadi dia akan membengkak. Maka di situ lah jadinya jerawat di muka kita.

Jadi di sini face oil berfungsi :-

1. untuk mencuci pori tersumbat tersebut. Dia meresap ke dalam kulit bagi membuang kotoran.

2.  mengawal pengeluaran sebum dan bertindak memerangkap lembapan daripada keluar.
⏩ bila dah lembab kulit akan hantar signal minyak dah cukup. Tak perlu hasilkan minyak lagi. ⏩dengan itu pengeluaran minyak akan terkawal
⏩jadi kulit kita akan sentiasa lembab tidak kering, berminyak dan berjerawat lagi. 😊😊

Itulah kisa…

Hinakah Menjadi Surirumah

Image
Saya tahu isu ini sudah basi. Sudah terlalu kerap dan sudah  banyak kali dibincangkan di fb ini. Mual dah rasa nak baca kan. Bosan! Cerita lain la. Nyampah kan! Asyik itu aje. Tapi nak buat macamana orang dah tanya kita jawab je la.  Baca jugak la ye. He3. Takpe taknak baca scroll je laju2 ye.

Saya terpanggil untuk berkongsi kali ini ialah apabila ada kawan2 yg mesej bertanyakan kepada saya tentang bagaimana realiti menjadi surirumah ni. Best ke idok?

Emm best ke tak best ni atas orang sebenarnya. Bagaimana dia melihat dan menyerap semua yang berlaku di sekeliling dia. Sejujurnya pada saya ada masa best ada masa idok. Biasalah ada masa tengah down tu memang rasa tak best sokmo la.

Berbalik kepada soalan di atas hinakah menjadi surirumah? Korang sendiri rasa macamana?  Rasa rendah diri tak jadi surirumah?  Saya mula2 dulu rasa rendah diri sangat. Walaupun pada mulanya memang dah nekad dan dah kentalkan hati la kononnya cakap kat diri sendiri ah peduli la apa orang nak kata aku tahu ap…

Bahaya Merkuri

Image
http://www.astroawani.com/video-malaysia/merkuri-berlebihan-untuk-lebih-cepat-putih-138673




Cuba cek produk anda ada merkuri tak?

Kesan merkuri

 Pengguna akan merasa kesan cantik dengan cepat dan berkesan namun mempunyai kesan sampingan yang amat membahayakan.

Jom kita lihat apakah ciri-ciri produk pemutih dan kosmetik yang mengandungi merkuri :

* Warna krim lebih terang dan menyerlah
* Bau krim agak kuat dan menyengat
* Krim pemutih yang mengandungi merkuri menyebabkan kulit wajah menjadi lebih berkilat,
* Kulit muka menjadi putih, biasanya putih pucat,
* Krim memiliki tekstur kasar, berbiji-biji dan bergumpal,
* Memutihkan kulit dalam waktu yang sangat singkat (kurang seminggu),
* Tidak timbul jerawat. Ini disebabkan lapisan epidermis kulit telah rosak dan kulit sudah tidak lagi mengandungi protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari,
* Pada pemakaian awal produk menyebabkan iritasi pada kulit, merah-kemerahan dan rasa terbakar bila terkena cahaya…

Ia Sudah Berakhir Atau Ada Yang Bermula

Image
2017. Genap tahun ketiga saya di sini. 3 tahun sudah saya bergelar pengurus rumahtangga setelah meletakkan jawatan secara rasmi pada tahun 2014.

Mengikut klausa di dalam perjanjian kami tertakluk kepada terma dan syarat saya hanya perlu 'berehat' seketika daripada kerja saya untuk tempoh 3 tahun sahaja. Dan selepas itu terpulang atas budi bicara saya  sama ada untuk meneruskan kerjaya kembali atau tidak.

 Tempoh berehat saya sudah tamat.

Seminggu saya memikirkannya.

Pada mulanya perasaan saya agak bercampur baur. Antara keinginan dan tanggungjawab! Suami tidak pernah menghalang. Semuanya atas saya.

Saya ingin kembali beraksi! Kembali ke tempat saya. Kembali menyulam impian. Tapi dalam masa yang sama saya sayangkan kehidupan saya di sini. Saya sayang nak tinggalkan rutin saya selama 3 tahun ni. Rutin homeschool saya dengan anak2. Bergaduh, bermain, bergolek bersama. Melihat mereka membesar. Rutin masak2 terapi sunyi. Rutin kebun saya. Rutin ke pantai bila kebosanan dan segalan…

Suprise Yang Tersayang

Image
Bila Cinta Kian Pudar

HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap hari, bercakap berjam-jam di telefon, jaga sehingga lewat malam, meminjamkan wang dan sebagainya.
.
.
.

Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya terlalu indah dan membahagiakan. Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama? Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak sampai angka 12 bulan pun.

.
.

Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. Jika cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu. Tetapi lebih menyedihkan lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan. Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.

Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan? Atau adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta hanya berlangsung dalam tempoh terten…

Selamat Tahun Baru dan Ulangtahun 32

Image
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
32 tahun sudah Allah pinjamkan usia ini.  Semoga dengan bertambahnya usia ni bertambah juga amal ibadat dan iman di hati. Amin
Terima kasih kepada semua atas doa dan ingatan. Moga doa2 anda semua dimakbulkan. Doa itu untuk anda semua jugak.Amin
Azam tahun baru 2017 sudah dirangka. Semoga tercapai segala impian. Semoga lebih bahagia lebih berjaya dan lebih gembira. Amin
Buat semua Selamat tahun baru. 

~ terima kasih kpd suami dan anak2 atas sambutan semalam. Love you all!