Posts

Showing posts from February, 2017

Cerita Semalam

Image
Semalam kami menghadiri satu Pertandingan Permainan Tradisional Tabika Kemas Tanjong Sedili anjuran Kemas Kota Tinggi.

Pelbagai acara dipertandingkan. Antaranya,  congkak,  dam aji,  capteh,  dan lain lain.  Dan kami berdua masing-masing memasuki acara congkak dan capteh.

Capteh aku tak tahu dia punya rules macamana.  Tapi untuk congkak kami semuanya ada 12 orang peserta dibahagikan menjadi 6 pasang. 6 pasang peserta ini akan berentap dan setiap pemenang dalam pasangan tersebut akan berentap pula sesama sendiri untuk ke final.  Alhamdulillah untuk congkak aku berjaya ke final dan merangkul juara dengan lebihan mata 15 point.  Alhamdulillah.  Dapat toaster. He3.  Suami aku pun jadi juara untuk acara capteh. Dapat 2 toaster. Ha3.  Alhamdulillah!

Seronok joint ni! Walaupun pada mulanya hanya suka-suka tak sangka jadi juara dan menang hadiah.

Aku secara peribadi menyokong aktiviti sebegini.  Di samping dapat memartabatkan permainan trafisional itu sendiri kita juga dapat dedahkan kepada…

Anak Bukan Alasan Bahagia

Image
Anak Bukan Alasan Bahagia

Topik Wanita Hari ini. Menarik perbincangannya.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah :-

Janganlah sesekali kita mengukur  kebahagiaan itu pada "complete" atau lengkapnya kehidupan berumahtangga itu pada ukuran fizikal dan material semata. Contoh kita rasa kehidupan itu complete dan lengkap bahagia bila kita ada segalanya. Ada pasangan ada anak ada rumah besar kereta besar. Tak..jangan sekali2.

Bahagia tu subjektif.  Tak semestinya orang yang berpasangan dan mempunyai anak saje yang bahagia. Bahagia itu letaknya di hati. Siapa siapa pun boleh bahagia. Tiada anak lagi boleh habiskan masa berdua. Bercuti. Boleh lebihkan masa berbakti pada ibu bapa. Boleh pergi bercuti dengan kawan-kawan dan sebagainya.  Buat apa yang menggembirakan kita. Enjoy every moment that you have.  Hati yg bahagia sebenarnya adalah hati yg sentiasa berhubung dengan Allah, yang berbahagia dan bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan.

Kalau kita  melihat berkeluarga itu…

Atasi Stress Dengan Mary Jardin

Image
STRESS MEMPERCEPATKAN PROSES PENUAAN

Setiap manusia pasti tak lepas dari permasalahan. Berbagai permasalahan yang ada membuat banyak orang menjadi stress dan tertekan. Disedari atau tidak, stress memberi kesan buruk bagi kehidupan. Selain berbahaya bagi kesihatan dengan menjadi punca munculnya berbagai jenis penyakit, stress juga mempercepat proses penuaan.

Setiap orang pasti mengalami proses penuaan. Namun proses penuaan yang terjadi antara satu orang dengan orang yang lain tidaklah sama. Pada usia yang sama ada orang yang terlihat masih muda, namun ada juga yang terlihat lebih tua. Beban fikiran atau stress menjadi penyebab utama perbezaan proses penuaan ini.

Tanda penuaan yang sering muncul akibat stress antara lain ialah :-

Garis garis halus
Pori-pori membesar
Hiperpigmentasi
Kulit kusam
Munculnya Uban
Munculnya flek hitam di wajah
Dan sebagainya.

Saat stres semua otot-otot tubuh menjadi lebih tegang, termasuk otot wajah. Ini mengakibatkan kulit menjadi lebih mudah keriput.  Selai…

Selamat 2 tahun Nawal

Image
Nawal turns 2 today.

Selamat hari lahir Nawwal.😍😍

Doa mama buat Nawwal sama macam tahun lepas dan setiap hari itulah yang selalu mama doakan semoga Nawwal panjang umur murah rezeki. Membesar dengan baik. Diberikan akal yang cerdas, sihat tubuh badan, menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, bahagia, gembira, dan berjaya dunia akhirat. Dan juga sentiasa dilindungi dan dirahmati di bawah rahmat dan kasih sayang Allah.

 Aminn. 😍

Alhamdulillah setelah pelbagai rintangan dilalui akhirnyaperjalanan 2 tahun menyusukan (bf) Nawal lengkap hari ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah syukur sangat atas segalanya.Rezeki Nawal. 😊😊

Tak tergambar rasa perasaan. Semua atas izinNya dan sokongan dari suami.
Semoga kejayaan ini berterusan untuk anak2 yang berikutnya. Amin.






Dia Adikku

Image
Dialah kawan gaduh, Dialah kawan baik, Dialah adikku

Dulu kecik kecik aku tak suka dia ni. Sebab bagi aku dia telah merampas kedudukan aku sebagai anak bongsu (baca: sementara) ketika itu. Tak puas lagi bermanja dah ada adik. Lebihan pulak ketika itu dia sering saja sakit sakit selalu masuk hospital.  Jadi perhatian mak abah lebih kepada dia. Aku rasa terabai.

Lagi aku tak suka dia sebab selalu disebabkan dia aku selalu kena pukul dan kena marah dengan abah.  Pernah ketika ikut aku bermain dia terjatuh dan hidungnya berdarah. Balik tu teruk aku kena pukul. Sampai sekarang aku ingat.😢 Hu3.

Lagi aku tak suka dia kuat mengadu. Dia selalu ikut aku main dekat rumah kawan2. (Aku tak jaga dia pun. Ha3. Imah yang salu jaga dia)  Dan apa yang aku buat balik rumah dia akan mengadu kat mak abah. Biasalah budak Felda zaman tu macam2 kerjaannya. Jadi aktiviti aku main hujan, main selut, bakar buah sawit, pergi sungai johari, main kat ladang, panjat pokok, makan buah tepus dia akan report. Akibatn…

Reward Yourself

Image
REWARD YOURSELF! PERLU KE????

Bagi saya ye perlu! Siapa setuju dengan saya?

Sebab diri kita begitu berharga! Kalau kita tidak hargai diri kita sendiri siapa lagi kan!

Disebabkan diri kita begitu berharga la kita harus memberikan hadiah untuk diri sendiri (self-reward). Saya secara peribadi selalu melakukan ritual memberikan hadiah untuk diri sendiri ni sebab saya amat menghargai apa yang saya ada, dapat dan capai dalam hidup saya.

Pakar psikologi juga menyatakan memberikan hadiah untuk diri sendiri merupakan cara yang efektif dalam membentuk kebiasaan positif.

Ia bukan sahaja  dapat  mendorong dan memotivasi diri kita untuk lebih berusaha menjadi yang terbaik tetapi ia juga berfungsi sebagai medium apresiasi diri atas pencapaian kita selama ini setelah pelbagai duri yang kita lalui. Dan juga tidak lupa sebagai tanda kita mensyukuri hal yang baik yang berlaku dalam hidup kita.

Semua orang butuh pada penghargaan bukan? Jadi tiada salahnya sesekali kita memberi hadiah dan penghargaan pa…

Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi

Image
Melihat aksi mereka ini memang terimbau kisah aku dulu-dulu.
Aku dulu gini lah. Macam diorang ni.
Dulu memang kerja aku la panjat panjat pokok pokok ni.
 Pokok apa tak panjat habis semua pokok kena panjat.
Makan atas pokok.
Tidur atas pokok.
Sampai kena gigit kerengga duk atas pokok tu.
Ha3
Seronok. Masa tu rasa champion sangat bila dapat duk atas pokok. Panjat tinggi2.
Bila time musim rambutan masak lagi la takmo turun. Duk berkampung atas tu. Sampah campak bawah.
Ha3. Teruk betul.
Aku zaman kecik dulu lasak sikit.
Agaknya depa ni menurun aku la ni. Ha3.

Bila aku kenang balik zaman aku kecik dulu aku rasa bertuah sgt lahir pada zaman tu. Zaman di mana kita x perlu bimbang apa2 macam sekarang. Dulu nak pergi mana2 gi ladang mandi sungai orang tua x marah sangat. La ni payah dah. Riso. Rasa tak selamat nak biar anak main kt luar rumah. Dulu habis riso takut pun masa dorang heboh kisah orang curi organ budak cungkil mata, kisah orang potong kepala ngan kisah perempuan hodoh yang takleh…

AKu Tetap Di Sini...

Image
~ sometimes, the place where we are now..we feel we don't belong there..but, we would realize later or sooner dat there's hikmah for us being placed there, if not for us ourselves, for the people around us~ (^_^) 
let's be grateful! ~

Cuti Thaipusam : Melihat Matahari Naik

Image
Cuti Thaipusam. Kami takde berjalan ke mana. Lalu kuajak suami dan anak2 ke pantai melihat matahari naik!

Subhanallah! Cantik sungguh!

Korang tengok tu cantik kan!


status fb 9/2/2017

Dunia Parenting Itu Tidak Mudah

Image
Anak-anak dah tidur. Melihat wajah mereka yang polos sedang tidur ada rasa yang menyentuh di hati.

" Kesian korang kena marah dengan mama siang tadi".
"Sempat ke tengok korang membesar, belajar, konvo, kahwin dan ada anak.
" Maafkan mama atas segala kekurangan menjadi ibu korang. 😢

******************************************

Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yg baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak2 yg biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak2 yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati…

Duhai Anak Belajarlah Menghargai

Image
Pergi kedai beli barang dapur.
Bebudak ni merengek-rengek minta itu ini. Belikan lah juga. Tak sampai hati tak tunaikan. Benda makan kan memang tak berkira. Yelah kita cari rezeki pun memang untuk depa jugak.

Tapi yang jadi sedihnya ralatnya ialah bila balik tengok bukannya dimakan benda tu dibuat main bila dah taknak. Bersepah atas lantai sampai terpijak-pijak. Sedih melihat makanan dibuat begitu. Tak kesian ke babah susah susah cari duit membazir macam tu? 😢

Bila ditanya jawabnya nak bagi semut makan. Semut lapar. Emm...Ada je jawabnya.
Bila tak dibeli kesian. Bila dah dibeli gitulah gayanya. Emm..

Belajarlah bersyukur anakku. Bayangkan mereka yang tidak bernasib baik. Anak-anak yatim di jalanan atau pun di negara yang kelaparan. Betapa mereka begitu kempunan akan nikmat makanan, sedangkan kita pula dengan rasa tidak bersalah senang pula membazirkan makanan. Belajarlah menghargai anakku. Kesian tengok makanan tu.


~ rasa nak membebel. Korang ni kena ajar susah ni …

Projek Deko Deko

Image
Akhirnya..siap juga kami mengecat rumah kami ni. Seronok tengok bila dah siap. Walaupun x secantik mana tapi aku tetap berpuas hati dengan hasilnya. Jadilah...daripada takde kan...he3

Cantik tak?

Asalnya aku nak cat rumah ni dari tahun lepas lagi. Tapi asyik takde masa je. Aku sakit mata tengok bebudak ni conteng dinding dengan bermacam2 contengan. Akhirnya aku decide tahun ni kena cat jugak. Apa nak jadi jadi lah. Aku paksa suami aku cat jugak.

Firstly, aku order alat mengecat roller cat pintar dekat fb. Pintar Hardware nama fb dia. Guna benda alah ni memang mudah kerja mengecat. Cat tak menitik. Cepat kering dan pendek kata memang best la!

Secondly, aku pi kedai beli cat. Aku beli 2 warna je warna putih untuk base dan warna harrison gray. Aku beli cat murah je. Seamaster namanya. Untuk dua tin cat ni keduanya 7 liter aku habis rm75 je.

Thirdly, mula la proses mengecat. Mengangkat sofa dan barang2. Kami cat keseluruhan ruang tamu warna cat putih dulu. Start pukul 11 petang pukul 5 b…

JANGAN BERHENTI BUAT BAIK

Image
Cerita Hari Ini
***************
Tadi pergi bank. Ramainya la orang. Sesak. Jenuh menunggu. Pening kepala rasa. Tapi sebab banyak ngat urusan yang perlu diselesaikan gagahkan la jugak sambil mendukung si kecik ni.
Pada mulanya taknak bawa dia ni nak tinggalkan aje di kereta dengan babahnya tapi menangis la pula nak ikut. Hati mendongkol geram dan tak puas hati. Orang nak cepat nak ikut pulak. Dengusku dalam hati. Tapi bawa juga la. Separuh rela.
Tengah beratur tu tiba ada seorang pakcik ni (Pakcik A) yang beratur 3 di depanku mempelawa beratur di depannya.
"Marilah beratur ke depan pakcik ni. Awak buat dulu".
"Eh takpelah pakcik. Pakcik pun nak cepat jugak kan".
"Takpe. Awak dukung anak. Kesian".
Alhamdulillah! Ada yang prihatin dan kasihan!
Aku tak putus putus mengucapkan terima kasih padanya. Baik sungguh pakcik ni. Aku pun cepat cepat beratur di depannya.
Tiba terdengar di belakang suara (Pakcik B) menegur Pakcik A. "Eh mana b…

HAPPY BIRTHDAY MY SISTER

Image
No family is perfect.We argue, we fight, even stop talking to each other at times, but in the end, family is family.The blood is same. The love will always be there. Always and forever. 😘

Walau aku tak boleh pinjam, kongsi, atau pakai baju ko dan vise versa macam adik beradik orang lain, (😝) ko tetap kakakku yang baik, manja, dan comel. Ha3. Pendengar dan pembebel yang baik dalam masa yang sama.

Anyway, sempena ulangtahun kelahiranmu hari ini aku titipkan doa agar dirimu sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dilindungi dan dirahmati di bawah kasih sayang Allah. Dan juga berjaya, bahagia, gembira dunia akhirat. Aminn.




STATUS FB 7/2/2017

DIA PENJUAL NASI LEMAK

Image
Kisah Dia Si Penjual Nasi Lemak
****************************

Kata orang nasi lemak yang sedap terletak pada sambalnya. Sedap sambal sedaplah hidangan nasi lemak tersebut.
.
Nak cerita pasal sambal ni dalam ribuan atau banyak banyak sambal nasi lemak yang telah saya makan saya amat suka dengan satu sambal nasi lemak ni. Enak! Menang sedap! Tak boleh lawan! Dia dijual oleh sahabat saya ni satu ketika dahulu. Zaman sekolah kami.
.
Saban hari pada waktu tu sebagai pelanggan tetap saya akan menunggu kehadirannya di kelas setiap pagi. Saat dia membuka beg mengeluarkan jualannya adalah saat-saat yang dinantikan kerana masa tulah dia akan diserbu. Lambat sikit melepaslah jawabnya! Jadi kena cepat-cepat. Jualannya memang laris dan menguntungkan hari-hari. Dengan portion nasinya yang banyak, sambal yang sedap dan harganya pun murah cuma Rm0.50 sebungkus memang tidak hairanlah
ia menjadi pilihan ramai.
.
Tapi keadaan itu tidak lama. Perniagaan sahabat saya ni dapat dihidu oleh …