Posts

Showing posts from April, 2017

Itulah Mak Ayah Kita

Image
Nenek sebelah dah start basuh basuh selimut,  cadar,  sarung bantal.

Banyak basuh nek?

Aah,  anak cucu nak balik.  Tak lama lagi puasa.  Sambut puasa deme balik belaka.  Cuti sekolah kan... Buat sikit2 nanti tak sibuk sangat.  Badan dah tua.  Tak larat nak deras2 buat kerja.  Jawabnya tak putus putus tersenyum.

Gembira sekali dia menuturkan ayat itu.  Terserlah sekali kegembiraannya. Seronok aku melihatnya.

Aah ye la nek.  Cuti sekolah puasa nanti.  Saya pun balik kampung. Tak sabar rasa nak sambut puasa kat kampung. Jawabku.

Dah terbayang mak abah kat kampung ni mesti dah mula sibuk jugak ni mengemas.  Basuh itu ini. Ke depan ke belakang. Terbayang2.  He3.  Sebulan lagi tapi semangat dengar anak nak balik tu lain.

Kami pun bersembang macam2.

Tak lama dah kita nak sambut Ramadhan kan korang.  Semoga Allah sampaikan kita ke bulan penuh berkat itu. Insya4jji.

Semangat puasa kali ni sebab cuti sekolah kan.  Dapat la lama sikit berpuasa dengan orang tua. Bersahur berbuka ramai2. Meriah. …

Mary Jardin atasi masalah kulit kusam, kering, dan berminyak saya

Image
Saya ni pemalas sebenarnya. Malas nak pakai skincare bagai.  Malas nak mekap mekap kalau pergi mana2.  Boleh kata agak selebet la.

 Dulu saya kerja tak pakai mekap pun.  Pakai bedak dan lipstick je. Jangan pucat sangat sudah la. Mekap first and last cuma masa kahwin.  Lepas tu tak mekap pun dah.  Skincare pun tak pakai. Seingat saya zaman remaja saya saya hanya pernah guna Fair n Lovely. Tu pun pakai pencuci muka je.  Pakai seminggu je sebab saya malas dan culas.  Ha3.  Kejap pakai kejap tak.

Saya sebenarnya suka benda yang mudah.  Simple.  Tak ambil masa yang lama. Krim malam la krim siang la apa la.  Malas saya.  Kalau mekap2 saya ambil masa lama sebab saya tak pandai. Comot sana comot sini. Last last baik tak payah pakai.  He3.

Tapi bila usia dah 30 an ni kesedaran untuk menjaga kulit  dan juga menjaga kesihatan tu mula timbul. Ye la dah mula berusia kan.  Kolagen dalam badan dah mula berkurang.   Bukanlah nak untuk cantik sangat.  Cuma untuk keyakinan diri saja di samping mengharg…

Kisah Makcik Itu

Image
Ini bunga bawang katanya.  Dah besar dia.  Masa awal2 kehadiran dia di rumah ni dia hanyalah seketul bawang.
.

Bunga ini pemberian daripada seorang makcik.  Agak rapat dengannya.  Baik orangnya.  Kalau tahu je kami balik pasti diajaknya datang ke rumahnya.  Ajak makan dan bersembang.
.

Macam2 dimasaknya dan masakannya memang sangat sedap! Air tangan orang tua kan.  Dah kenyang makan di situ dibungkusnya pulak suruh bawa balik.  Bukan makanan je,  kuih muih,  bantal, selimut pun dia bagi. Buat bekal dalam kereta katanya.  Balik malam2 sejuk pakai selimut ni.  Hu3.  Prihatin sungguh dia.  Terasa macam mak sendiri. Selain itu,   bunga kat taman dia pun dia bagi.  Macam2.  Allahu.. Baik sungguh. Terharu rasa.
.

Pernah cakap kat dia tak payah la makcik susah susah.  Sian letih masak untuk kami.  Dijawabnya letih apa makcik seronok korang datang masak untuk korang.  Tengok korang makan pun makcik dah kenyang. Hilang sikit sunyi katanya.  Nanti balik sini lagi jangan lupa telefon jenguk jeng…

Milo Fun Run : Malaysia Breakfast 2017

Image
Pada 8.4.2017 yang lalu kami ke Pasir Gudang menemani suami yang terlibat dengan larian Milo.  Bukan setakat larian macam2 aktiviti lain turut diadakan.  Seronok.  Ada zumba,  treasure hunt,  cabutan bertuah, dan lain2.  Paling seronok dapat sarapan free,  lori milo boleh minum banyak kali ikut suka,  dan dapat goodies bag di dalamnya ada buku nota,  nestum,  milo, oat maggie dan tupperware. Best!

Kami bertolak ke Pasir Gudang dari rumah kira2 pukul 5 pagi kerana perlu berada di sana sebelum pukul 7. Kami berhenti  solat subuh di surau Petronas. Semangat pergi.  He3.  Budak2 ni pun excited.  Pukul 4 dah bangun.  Program habis dalam pukul 11. Kami gerak awal balik sebab hari nak hujan.

Semangat sangat pergi milo ni sebenarnya bukan apa. Nak balas dendam.  Dulu ingat lagi lori milo datang sekolah. Beratur ramai2 nak minum milo.

Bila dah sampai giliran kita tu rasa heaven sangat dapat minum.  Minum sikit2 sebab takut habis.  Hahaha.
Tapi pernah satu ketika bawa bekas milo tu nak balik k…

Orang Baik Baik Perginya

Hari tu lama dah duk sembang dengan nenek sebelah ni.  Macam macam la dibualkan.  Suka sembang dengan nenek ni.  Banyak cerita,  kisah,  pengalaman hidup orang tua  yang boleh kita ambil jadikan pedoman.

Hari tu nenek cerita yang dia baru sahaja kehilangan menantu lelakinya akibat serangan jantung.  Muda lagi menantunya.  Baru je pencen kalau tak silap dan baru sahaja dikurniakan cucu.  Tak sempat nak bermain dengan cucu. Mengejut perginya.

Nenek cerita menantunya ni baik orangnya. Beralus.  Rajin.  Tak duduk diam.  Tiapkali balik ke sini ada je keje dia. Tolong atuk buat itu ini.  Tak berkira tenaga dan wang ringgit. Kalau teringin nak makan apa rajin dia  cari sendiri masak sendiri. Makanan kegemaran dia.  Banyak lagi la kebaikan menantunya disebut. Tersenyum dia bercerita sambil merenung di kejauhan.

Dari ceritanya dapat aku rasakan ada sendu di hatinya.  Ada rindu yang sarat sedang ditanggungnya.  Ada air mata bergenang di tubir matanya di saat mengenang dan menyebut nama itu. A…

Tentang Saya

Image
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1349151468457654&id=100000884413825
Terharu pulak bila ada orang tulis pasal saya.  He3.  
Terima kasih banyak kak amy.
  😊

Cuti Kami

Image
Setiap yang bermula pasti akan berakhir.  Maka berakhirlah sudah kisah perjalanan cuti kami. Penuh bermakna. .
.

Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama ahli keluarga dan sahabat handai. .
.

Hargailah saat pertemuan.  Eratkanlah hubungan selagi kita punya peluang dan kesempatan. Sebab kita takkan tahu bila masa kita sudah tidak punya kesempatan dan peluang itu.  Rebutlah. .
.

Untuk akhirnya terima kasih semua untuk momen ini.  Hingga kita bersua lagi.  Nak balik dah. .

Salam sayang. 😍

#KenduriBff
#TripFamilyMertua
#FamilyGatheringNekYam
#KeRimbunRizqi