Posts

Showing posts from May, 2017

Review : Lemoi

Image
Ada orang tu menangis menghayati kisah Lemoi.  Hahaha. 😂
Dekat dihatinya katanya.  Kini saya faham kenapa cintanya di sini.  Hati seorang guru. Saya takkan mengajaknya berpindah lagi mulai hari ini. Janji. Biarlah kita di sini.  Biarlah lembu, ayam,  kambing dan makjunnya sokmo datang rumah kita pun. Kita teruskan perjuangan ini bersama.  This is our journey.  Our life. 😉
Cc Mohd Zaidi Bachik
Untuk kak @bungolale,  tahniah atas penghasilan buku ini.  Sangat menyentuh hati.  Sebak, terharu bercampur baur.  Kagum dengan semangat dan kegigihan akak dan cikgu cikgu SkLemoi.  Saya doakan semoga dengan keikhlasan akak ini dan cikgu cikgu semua mendidik mereka ada sahamnya di akhirat nanti.  Amin.  Selamat hari guru. 😍
#SelamatHariGurusyg #PerjuanganSeorangGuru

Selamat Hari Guru

Image
Bismillah,

Buat guru-guru yang pernah mengajar saya secara langsung mahupun tidak,

Buat suami dan ahli keluarga yang bergelar guru,

Buat kawan-kawan, sahabat handai yang bergelar guru,  dan

Semua insan yg bergelar guru di dunia ini...

Selamat hari guru saya ucapkan.  Semoga Allah merahmati kalian semua wahai guru2. Kalian semua insan hebat. Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa.

Terima kasih guru atas segalanya. Segala jasa kalian tidak dapat saya balas. Hanya Tuhan yg mampu membalasnya.   Halalkan semua ilmu yg telah diberikan.. :)

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.  SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.

#TBKKG02
#SKKG02
#SMAPT
#SMKATAHAP
#MCIIUM
#IIUM
#TKHT
#AHCO


Jangan Dipaksa Dia

Image
Makan tengahari di kota.

Kucedokkan sup sayur dan kuambil seketul ayam goreng untuk Alfateh. Kusuruh dia menunggu di meja.  Dia hanya menurut tak berkata apa.  Kutahu kufahami kukenali itulah kegemarannya sejak azali.  Ayam goreng upin ipin memang kesukaannya.

Sampai di meja kulihat ada pertambahan lauk di pinggannya.  Ada dua ekor udang besar masak lemak. Rupanya sebelum berlalu tadi dia minta udang pulak pada babahnya.

Kurungut pada suami nape amik udang kan dah amik ayam. Nanti tak habis.  Membazir.  Suami menjawab dia nak udang biarlah dia makan. Kalau takut tak habis kenapa amikkan dia ayam tadi.  Tanya dia tak tadi tanya suami.

Taakkk.  Jawabku pendek.

Suami menasihati lembut lain kali tanya dia dia nak makan apa.  Jangan paksa dia ikut kemahuan kita.  Dia ada perasaan dan keinginan dia sendiri.  Bila dia tak habis kita jadi baran marah dia.  At the first place salah siapa? Dah la. Biarlah dia makan.  Tengok dia bukan main happy tu kan dapat udang.Kesian dia.Kita kerja cari …