Posts

Showing posts from June, 2017

Rumah Itu Penuh Kenangan

Image
Setelah seminggu cuti sekolah bermula baru hari ini kami berpeluang menjejakkan kaki ke teratak ini.

Hanya kesepian dan kesunyian menyambut kami.  Sudah hilang serinya semenjak pemergian abah. Hawai...  

Di rumah inilah saya dibesarkan.  Walaupun telah direnovasi hampir keseluruhannya tetapi kenangan membesar di setiap ceruk rumah ini tetap segar dalam ingatan.  Bagai terdengar jerit pekik, senda gurau, gelak tawa kami adik beradik ketika membesar bersama.  Bagai ternampak kami berlari lari dalam rumah tu.

Pandang dapur terbayang saat bersahur dan berbuka waktu kecil dulu di ruang dapur rumah. Berebut - rebut makan masa berbuka.   Masa sahur jenuh mak gerak 2 3 kali suruh bangun.  Punyalah liat.   Tengah ngadap makan pun boleh tertidur.  He3.  Kenangan.

Masa kecil ketika tu masih rumah felda lama. Yang hanya ada satu bilik, ruang tamu dan dapur. Tandas dibina nun jauh ke belakang. Kalau nak membuang malam malam kena bawa lampu suluh atau pelita sambil ditemani adik dan kakak.  Tungg…