Posts

Showing posts from August, 2017

Kuih Koci Labu Resepi Mak Mertua

Image
Teringin sangat nak makan.  Nak balik jauh sangat.  Jadi terpaksalah buat sendiri.  Pagi pagi call mak mertua tanya resepi.  He3.  Share kat sinilah nanti senang cari. Takut lupa.  Next time boleh buat lagi.

Bahan2.

1. Labu sebji
2. Kelapa parut sebiji
3. Gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Tepung pulut
7. Air sikit
8. Daun pandan
9. Daun pisang

Inti kelapa
--------------------

1. Masuk sedikit air anggaran 2 3 sudu ke dalam kuali.
2. Masukkan gula melaka,  gula putih dan daun pandan.
3. Garam sikit. Jangan banyak. Bagi pecah lemak je.
4. Masukkan kelapa parut.
5. Masuk tepung gandum 2 sudu.
6. Gaul sampai masak.  Rasakan manis dia.
7. Dah sejuk bentukkan bulat2 kecik.

Badan koci
-------------------

1. Rebus labu sampai lembut.  Toskan.
2. Lecek labu sehingga hancur.
3. Masukkan tepung pulut dan garam sedikit.  Tepung agak2 boleh dibentuk dan tidak lekat di tangan.
4. Bentukkan bulat2 kecil.
5. Leperkan bulat tepung  dan masukkan bulat inti kelapa ke dalamnya.
6. Bulatk…

Jangan Termula, Dimulakan

JANGAN TERMULA, JANGAN DIMULAKAN,  JANGAN BUKA DAN CARI PELUANG

Saya tidak lah berhasrat untuk mengulas tentang apa yang terjadi dalam rumahtangga penyanyi Alif Aziz yang heboh baru baru ini tu.

Cuma di sini saya sekadar ingin meluahkan pendapatan humble saya. Moga ada manfaatnya.  Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Pada pendapatan saya dalam hal ini yakni apabila melibatkan perhubungan berlainan jantina ini sekiranya kita suami orang,  isteri orang,  tunang orang ataupun anak dara sekalipun JIKA SEKIRANYA tiada yang mustahak kita janganlah sekali kali memulakan, termula,  bermula,  buka peluang atau cari peluang untuk berdua duaan ataupun melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecurigaan.  Bila dah termula tu kadang payah nak gostan balik.  Hati dah terpaut katanya.

Ini terpakai untuk kita semua juga.  Bukan mereka saja.  Kerana ia boleh berlaku pada rumahtangga sesiapa saja. Ujian.  

Just know your LIMIT.  Bataskan terus diri kita. Jangan kita libatkan diri kita dengan sesuat…

Bukan Kerana Nama

Image
Saya menulis bukan kerana nama.

Sekadar menulis kisah perjalanan saya bersama anak2.

Sekadar menulis sebagai kenang kenangan saya.

Sekadar menulis sebagai perkongsian.

Dan sekadar menulis memberi semangat/motivasi kepada diri sendiri. Kadang2 tak kuat jugak sebenarnya.

Namun apabila ada yang terkesan, terinspirasi, termotivasi dan terkuat kembali semangat apabila membaca apa yang ditulis saya ucapkan alhamdulillah. Berbanyak terima kasih.

 Moga ada kebaikan dan manfaat kita bersama.

Terima kasih kerana membaca 'kisah' dan tulisan saya. 😘

Salmah Darjad
PengurusRumahtanggaProfessional


Erti Hidup Pada Memberi

Image
Words for today.

Erti hidup pada memberi.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri. Malah dengan memberi ia memberi makna pada diri.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa’ 17: 7]

Salam hari khamis seharum lavender kawan.  Jalanilah hari ini dengan penuh kebaikan.  πŸŒΌπŸŒΌπŸŒΌ

 #SalmahDarjad
#AgenMaryJardin


Permudahkan Yang Mudah

Kita permudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita.

Satu yang saya perasan bila berniaga ni atau apa jua urusan saya words ini sangat mempengaruhi. Dia seolah macam magnet diri. Law of attraction.

Contoh, bila saya menjadi pembeli saya cuba tanamkan dalam diri untuk tidak menjadi terlalu cerewet dan banyak songeh.  Banyak songeh yang over la. Seperti setiap jam tanya barang dah pos belum sedangkan dah dimaklumkan bila.  Bila seller lambat reply marah2. Budi bahasa tiada dan sebagainya.

Sebab saya perasan bila jadi macamni yakni customer yang over cerewet  segala urusan berkaitan dengannya selepas itu pasti tidak akan berjalan lancar.  Ada saje halangannya.  Barang pos hilang la. Posmen tersalah hantar la. Macam2.

Berbeza sangat kalau kita ni jenis rileks je.  Tak push2 sangat seller.  Berlapang dada bila mesej lambat balas. Bersangka baik.  Urusan insya4jji  smooth je.  Takde halangan.

Ketika saya bekerja dulu juga begitu.

Pengalaman saya ketika bekerja dulu saya amati apa…

Terima Kasih Kawan

Image
Teman itu seperti bintang.  Tak selalu nampak tetapi dia tetap ada.

Begitulah kami.  Dulu,  ketika masih praktis bersama kami jarang berjumpa dek sibuk dengan kerja masing2. Cuma sesekali bersua  jika kebetulan sama2 ada kes di mahkamah ataupun sesekali keluar mengeteh.  Walaupun hanya 'sesekali ' tapi terasa persahabatan itu.  Sebab dia rajin mendengar dan sentiasa menjadi tempatku meluah rasa.  He3.

Sekarang,  kami masih begitu.  Jarang2 sekali bersua.  Tapi tahu dia tetap ada.

Anyway,  thank you noon jadi kawan aku. Selalu bagi pinjam telinga ko.  He3.  Thank you jugak sudi order kuih dengan aku.  Jumpa lagi ek.  Nanti lain kali boleh ngeteh.   Hahaha. Sorry tak dapat nyembang lama tadi.

Luv you.  πŸ˜Š

~ hari ni jauh berjalan Temerloh -Jerantut - Gelanggi - Jengka.  Hantar kuih raya.

#CodKuihRaya
#TemanLama

Status Fb 23/6/2017




Cerita Pagi

Motivasi Pagi.

Untuk menjadikan kita bahagia dan sentiasa tenang, kita kena pastikan kehidupan ini berlangsung dalam tiga keadaan.

Pertama, makna yang kita berikan (interpretasi) kepada peristiwa  yang berlaku.

 Kedua, anggap setiap orang yang datang dalam hidup kita  sebagai guru, yang mendidik kita mempelajari tentang nikmat kehidupan ini.

 Ketiga, setiap kesusahan yang Allah berikan kepada kita, anggap sebagai ujian dan jalan Allah hendak mendekatkan dan mengingatkan kita kepada-Nya.

Hidup ini indah kawan.  Penuh warna warni.

Salam pagi selasa semua.  Semoga baik2 saje.  πŸ˜˜

Salmah Darjad
PengurusRumahTangga

#HatiBerbunga

Status fb 11/7/2017

Alfateh

Image
Status fb 19/7/2014

Semalam saya diconfront oleh Alfateh yang nyata tidak berpuas hati dengan saya.

Mama,  abang benci Nawal.  Katanya dengan muka bagai ditahan2 air mata dari keluar.

Hah,  nape?

Asyik nawal nawal nawal,  abang bosan! Mama tak peduli abang pun.  Katanya dengan linangan air mata.  Akhirnya air mata yang ditahan merembes laju. Bagai sudah sekian lama terpendam.

Saya terkedu.  Terkesima. Terkejut tentunya.    Namun saya beri peluang dia meluahkan.

Hu3.

😒

Ok.  Sekarang abang cakap kat mama apa abang tak puas hati.  Cerita kat mama.

Masih tersedu sedu.

Mama suka pukul abang.
Adik yang tumpahkan air.
Mama tak tanya pun sape yang buat.
Adik yang sepah bantal tu.  Adik yang tabur kuih tu.
Mama suruh abang kemas.
Adik nangis mama marah abang.  Abang tak buat pun dia.
Tadi mama mandikan dia dulu.  Abang mama suruh mandi sendiri.
Adik adik adik.

Lagi?

Banyakkk.

Ok.  Mama tahu abang marah mama.  Mari duk sini.  Mama nak cerita....

Bersambung.

Sambungan kisah Fate…

Ini Jawapannya...

JAWAPAN KEPADA SOALAN SENTAP DI HARI RAYA

Kalau yang bujang ditebak soalan bila mahu berkahwin?  Kalau yang sudah berkahwin masih belum ada anak ditanya bila mahu beranak?  Dan kalau yang macam aku ni pula tidak ketinggalan turut ditebak soalan bila nak bekerja semula?  Tidak rugikah?

Aku senyum saje.  Ikutkan hati malas dah nak jawab.  Letih dah.  Tapi aku layankan saje dengan memikirkan mungkin dia nak beramas mesra dengan aku.  Takpun dia ambil berat pasal aku dengan merasakan dia turut bertanggungjawab untuk memikirkan tentang masa depan aku. Susah hati benor dia.  Takpe jawab saje. Layankan aje selagi boleh. Steady boh!  Tak mau sentap-sentap. Jangan mudah melatah. Mari kita bertindak bijak. Heheh.

Macamana aku jawab? Aku psikologi dia balik.

Aku balik semula soalan pada dia. Ha3. Tanya pasal anak2 dia.  Seronok sangat la dia bercerita tentang anak-anaknya. Lupa dah soalan kat aku tadi.  Bersemangat sungguh.  Lepas sorang sorang disebutnya dengan rasa bangga.  Aku dengarkan saje.…

Review : Cikgu Kampung

Image
Tidak mengenali cikgu ini secara rapat.  Tetapi saya sering mengikuti hasil tulisannya di muka buku.

Tulisannya tidak pernah tidak menyentuh hati.  Sentiasa meresap ke jiwa. Sentiasa memberi inspirasi.  Halus bahasanya. Tersusun.  Tenang hati saat membacanya. .

Apabila buah tangan pertamanya ini diterbitkan saya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya.Teruja saya untuk belajar dari kisah musafirnya.  Kisah musafir seorang guru. Kisah yang nampak kerdil pada dasarnya tapi percayalah ia sangat berbekas di hati. .

Baru sampai semalam tapi saya sudah selesai menghadamnya.  Setiap cerita berjaya membuatkan air mata ini merembes laju.  Sebak.  Sungguh menyentuh hati dan sangat terinspirasi.

Terima kasih cikgu Shahidan Shuib di atas perkongsian pemusafiran ini.  Hasil nukilan cikgu membuatkan saya lebih memahami hati seorang guru.

 ~ @mohdzaidibachik buku ini untuk kamu. Dekat dengan kamu.


Status FB 22/6/2017

Review : Aku Nora & Adenocarcinoma

Image
Koleksi seterusnya.

Tidak mengenalinya secara peribadi.  Tetapi sering mengikuti kisahnya sejak viral kisah seorang ayah (bapa tunggal)  yang memakai tudung senget kepada anak perempuannya ketika hari pertama persekolahan.

Tersentuh melihat wajah polos anak kecil itu.  Hati didesak ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup mereka.  Apa yang dihadapi oleh anak kecil itu sebenarnya. Matanya sarat penuh rindu.

Peluang untuk mengetahuinya akhirnya terbentang luas apabila buku ini diterbitkan.

Petang ini menekuni buku ini. Air mata tumpah lagi.😒 Apa yang boleh dikatakan dari pembacaan naskah ini ialah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Allah jualah yang Maha Mengetahui apa hikmahnya.

Salam takziah untuk mereka sekeluarga.

Satu kehilangan yang amat perit dirasakan oleh anak anak kecil ini di saat masih mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Semoga En Zubayry terus kuat demi anak2nya.

En Zubayry, terima kasih berkongsi pengalaman ini. Ia memberi makna/interpretasi b…