Ini Jawapannya...

JAWAPAN KEPADA SOALAN SENTAP DI HARI RAYA

Kalau yang bujang ditebak soalan bila mahu berkahwin?  Kalau yang sudah berkahwin masih belum ada anak ditanya bila mahu beranak?  Dan kalau yang macam aku ni pula tidak ketinggalan turut ditebak soalan bila nak bekerja semula?  Tidak rugikah?

Aku senyum saje.  Ikutkan hati malas dah nak jawab.  Letih dah.  Tapi aku layankan saje dengan memikirkan mungkin dia nak beramas mesra dengan aku.  Takpun dia ambil berat pasal aku dengan merasakan dia turut bertanggungjawab untuk memikirkan tentang masa depan aku. Susah hati benor dia.  Takpe jawab saje. Layankan aje selagi boleh. Steady boh!  Tak mau sentap-sentap. Jangan mudah melatah. Mari kita bertindak bijak. Heheh.

Macamana aku jawab? Aku psikologi dia balik.

Aku balik semula soalan pada dia. Ha3. Tanya pasal anak2 dia.  Seronok sangat la dia bercerita tentang anak-anaknya. Lupa dah soalan kat aku tadi.  Bersemangat sungguh.  Lepas sorang sorang disebutnya dengan rasa bangga.  Aku dengarkan saje.  Layankan. Sesekali aku jek dia wah bertuah la makcik.. Alhamdulillah.. Bagus2 anak anak makcik.  Pandai makcik didik anak.  Makin kembang kempislah hidungnya bangga.  Ha3..Aku tak salahkannya.  Seorang ibu begitulah.  Aku memahami. Seorang ibu memang bangga dan sangat berbesar hati bila bercerita tentang anak-anaknya. Lebih lebih lagi kalau anak itu berjaya lagilah disanjungnya. Lumrah.

Aku seronok mendengar ceritanya.  Tiada secebis rasa cemburu pun pada hati aku walaupun dia bagaikan cuba memprovok membanding-bandingkan aku dengan kejayaan anaknya. Aku senyum saje. Tak jadi kudis pun pada aku. Pada aku itu rezeki masing-masing.  Kalau nasib kau baik syukur alhamdulillah. Kalau sebaliknya pun tetaplah bersyukur. Itu ujian. Ada la hikmahnya tu. Skop kejayaan itu luas. Janganlah disempitkan.  Bukan setakat hanya diukur pada berapa banyak harta kau ada rumah kereta ijazah kau atau kau kerja kerajaan atau swasta. Ianya subjektif ok.  Ubahlah mentaliti tu.

Kita hidup bukan nak berlawan siapa yang lebih hebat.  Dulu zaman belajar dulu di sekolah dan universiti ye kita bersaing siapa lagi pandai siapa lagi bagus tapi sekarang tidak lagi. Zaman itu sudah berlalu.  Ini zaman survival.  Kita survive kehidupan masing-masing. Masing-masing sibuk mengurus menjaga dan merencana ekonomi rumahtangga masing-masing. Tiada masa nak ambil tahu hal poket orang lain yang berkepuk -kepuk, rumah besar berapa biji, dan kereta mewah berpuluh biji.  Biarlah.. Itu rezeki mereka dan hidup mereka. Setiap orang ada cerita kisah dan masalah masing-masing. Kita tidak tahu jadi berhentilah menilai dan menghukum hidup orang lain.

Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah benda-benda yang di atas ni (terpakai untuk semua soalan sentap) Allah punya kuasa.  Tak payah la tanya-tanya sangat.  Doakan saje yang terbaik. Allah Maha Mengetahui.  Kita merancang dengan cita Dia merancang dengan cintaNya.  Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul Makirin.  Kita kena percaya saje.  Bila sampai masa ketika dan waktunya yang tepat ada la nanti. Teruskan berdoa ye kawan-kawan.

Untuk akhirnya kalau ditanya lagi aku nak jawab begini sebenarnya. Aku berpegang kepada kata-kata Saidina Umar AlKhatab " Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali jika kamu tahu apa yang kamu cari ". Jadi apa yang aku cari?  Aku mencari bahagia dan redha Allah. Bagaimana?  Dengan mencari redha suamiku. Hu3. Win tak?  Poyo tak?  Hahaha.  Kalau dengan begini suamiku redha padaku kenapa tidak aku teruskan kan?  Jadi inilah dia. Peduli la orang nak kata apa kan? Erti hidup pada memberi.  Cuma aku harap Allah terus pinjamkan aku kekuatan untuk aku laluinya agar aku terus ikhlas. Janganlah dibolak balikkan hati aku. Kerana serius ianya tidak mudah. Wallahu A'lam.

Sekian cerita hari ini.  Selamat hari raya maaf zahir batin.

#RezekiKitaLainLain
#BahagiaCaraMemasing

Salmah Darjad
PeguamMenjadiSuriRumah

Status Fb 12/7/2016
Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir