Jangan Termula, Dimulakan

JANGAN TERMULA, JANGAN DIMULAKAN,  JANGAN BUKA DAN CARI PELUANG

Saya tidak lah berhasrat untuk mengulas tentang apa yang terjadi dalam rumahtangga penyanyi Alif Aziz yang heboh baru baru ini tu.

Cuma di sini saya sekadar ingin meluahkan pendapatan humble saya. Moga ada manfaatnya.  Peringatan untuk diri sendiri jugak.

Pada pendapatan saya dalam hal ini yakni apabila melibatkan perhubungan berlainan jantina ini sekiranya kita suami orang,  isteri orang,  tunang orang ataupun anak dara sekalipun JIKA SEKIRANYA tiada yang mustahak kita janganlah sekali kali memulakan, termula,  bermula,  buka peluang atau cari peluang untuk berdua duaan ataupun melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecurigaan.  Bila dah termula tu kadang payah nak gostan balik.  Hati dah terpaut katanya.

Ini terpakai untuk kita semua juga.  Bukan mereka saja.  Kerana ia boleh berlaku pada rumahtangga sesiapa saja. Ujian.  

Just know your LIMIT.  Bataskan terus diri kita. Jangan kita libatkan diri kita dengan sesuatu yang tidak perlu.  Lebih lebih lagi bab bab perasaan ni.  Dah termula susah.

Kawan, kawan sajelah tak perlu lebih daripada itu.  Urusan kerja sekalipun cukup sekadar kerja. Habis situ saje.  Tak payah nak lebih lebih.  Kalau perlu keluar keluar la beramai ramai ataupun bawa pasangan masing2.   Tak perlu ada pulak hal belakang tabir yang lain.  Jangan termula,  dimulakan,  buka dan cari peluang begitu.  Ia bakal melukakan nanti.

 Sebagai isteri orang, sebagai suami orang dan sebagai pihak ketiga jagalah ikhtilat kita.  Tak payah nak sewenang wenang bermesra dengan semua orang. Konon peramah sangat, sporting,  open minded atau lain lain yang seerti dengannya. Tak payah nak melayan sangat la aihhh!

Kalau dia suami orang atau isteri orang duk cerita masalah kepada kita sebagai orang ketiga tak payah nak acah acah jadi 'kaunselor' konon pendengar yang baik mendengar luahan masalah rumahtangga mereka.  Tak payah nak jadi penyelamat sangat. Tak payah nak jadi hero sangat.  Tak payah nak simpati kesian sangat. Mula mula ye simpati lama lama terjatuh hati.  Baik kesian dekat  keluarga kita sendiri lagi baik kalau apa apa jadi akibat perbuatan kita nih.

Biar mereka selesaikan masalah sendiri atau biarlah mereka cari kawan mereka  yang sejantina atau keluarga mereka  untuk cerita masalah.  Kaunselor bertauliah,  peguam syarie,  biro bantuan guaman, orang pejabat agama berlambak untuk minta nasihat.

Kita tak perlu dengar.  Tak perlu cari susah.  Jaga bimbing didik keluarga kita sendiri lagi afdal.

Lagi sekali saya tegaskan JANGAN TERMULA, DIMULAKAN,  BUKA DAN CARI PELUANG. Titik.  Nokhtah.

Untuk akhirnya :-

1. Buat anak gadis dan kaum wanita  di luar sana jagalah maruah kita. Jangan terlalu murah.  Jangan disakiti hati seorang isteri. Hati seorang wanita yang sama jantina dengan kita. Paling tidak kasihanilah anak2 mereka.  Apa jadi pada mereka sekiranya berlaku penceraian kedua ibu bapa mereka.  Jangan jadi perosak rumahtangga orang.  Jadilah seorang yang ada hati perut.  Paling tidak sikit.

2. Buat para suami dan lelaki jadilah ketua keluarga yang selayaknya dihormati. Sebelum buat apa2 fikirlah keluarga anda.  Kasihanilah, hargailah dan sayangilah isteri dan anak2 anda. Keluarga anda lebih memerlukan.   Bila mereka sudah pergi menyesal pun tak guna.  Ketahuilah lelaki kadang kadang dalam keadaan begini wanita isteri itu bertahan dan memaafkan hanya disebabkan anak anak sahaja. Cinta sudah tiada.   Dan sekali mereka dilukai mereka tidak akan berpaling dah.  Jadi,  hargailah.

3. Buat isteri dan wanita yang diuji  bersabarlah.  Allah Maha Mengetahui.  Pasti ada hikmahnya.  Allah nak angkat darjat kita golongan isteri.  Suami, anak keluarga ini semua hanyalah pinjaman. Satu masa Allah akan ambil kembali. Jangan bersedih berterusan.  Kita berhak untuk bahagia.   Kita doakan saja yang terbaik untuk rumahtangga kita.  Insya4jji bertemu nanti di sana.

wallahua'lam.

 ~Rumahtangga mana yang tidak diuji. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

Salmah Darjad
PengurusRumahtanggaBekasPeguam
Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Berpantang Aku

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Buaian Elektrik vs Zikir