Kuih Koci Labu Resepi Mak Mertua


Teringin sangat nak makan.  Nak balik jauh sangat.  Jadi terpaksalah buat sendiri.  Pagi pagi call mak mertua tanya resepi.  He3.  Share kat sinilah nanti senang cari. Takut lupa.  Next time boleh buat lagi.

Bahan2.

1. Labu sebji
2. Kelapa parut sebiji
3. Gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Tepung pulut
7. Air sikit
8. Daun pandan
9. Daun pisang

Inti kelapa
--------------------

1. Masuk sedikit air anggaran 2 3 sudu ke dalam kuali.
2. Masukkan gula melaka,  gula putih dan daun pandan.
3. Garam sikit. Jangan banyak. Bagi pecah lemak je.
4. Masukkan kelapa parut.
5. Masuk tepung gandum 2 sudu.
6. Gaul sampai masak.  Rasakan manis dia.
7. Dah sejuk bentukkan bulat2 kecik.

Badan koci
-------------------

1. Rebus labu sampai lembut.  Toskan.
2. Lecek labu sehingga hancur.
3. Masukkan tepung pulut dan garam sedikit.  Tepung agak2 boleh dibentuk dan tidak lekat di tangan.
4. Bentukkan bulat2 kecil.
5. Leperkan bulat tepung  dan masukkan bulat inti kelapa ke dalamnya.
6. Bulatkan kembali tepung masukkan dalam mangkuk yg berisi minyak.  Tenggelamkan bulat tersebut.
7. Layurkan daun pisang.  Masukkan bulat tepung tadi ke dalam daun pisang dan bungkus sehingga habis.
8. Kukus dalam 15 minit.
9. Siap.





Selamat mencuba!  😊😊


Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir