Permudahkan Yang Mudah

Kita permudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita.

Satu yang saya perasan bila berniaga ni atau apa jua urusan saya words ini sangat mempengaruhi. Dia seolah macam magnet diri. Law of attraction.

Contoh, bila saya menjadi pembeli saya cuba tanamkan dalam diri untuk tidak menjadi terlalu cerewet dan banyak songeh.  Banyak songeh yang over la. Seperti setiap jam tanya barang dah pos belum sedangkan dah dimaklumkan bila.  Bila seller lambat reply marah2. Budi bahasa tiada dan sebagainya.

Sebab saya perasan bila jadi macamni yakni customer yang over cerewet  segala urusan berkaitan dengannya selepas itu pasti tidak akan berjalan lancar.  Ada saje halangannya.  Barang pos hilang la. Posmen tersalah hantar la. Macam2.

Berbeza sangat kalau kita ni jenis rileks je.  Tak push2 sangat seller.  Berlapang dada bila mesej lambat balas. Bersangka baik.  Urusan insya4jji  smooth je.  Takde halangan.

Ketika saya bekerja dulu juga begitu.

Pengalaman saya ketika bekerja dulu saya amati apabila didatangi client yg baik,  tidak berlagak, tidak banyak karenahnya,  dan sering memberi kerjasama yg baik fail n kesnya mmg smooth je. Tak banyak masalah. Cepat je siap failnya.

Berbanding sekiranya mendapat client yg banyak songeh,  banyak karenah,  suka pandang rendah kat kita dan kurang memberi kerjasama mmg failnya sering bermasalah. Dari buka fail sampailah final stage ada je tak kena. Ada je yg kena reject. Dokumen tertinggal la.  Dokumen tersilap la.  Ada saje.  Sabo je la.

Jadi,  saya mmg percaya segala urusan kita mudah atau cepat payah atau susah memang semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Niat kita, fikiran kita tenaga kita, pembawakan diri kita dan sebagainya . Semuanya berkait rapat.

Moral : Fikir baik insya4jji hasilnya baik. Yg penting hati mesti baik!  :)

Salmah Darjad
PengurusRumahTangga
Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir