Review : Aku Nora & Adenocarcinoma

Koleksi seterusnya.

Tidak mengenalinya secara peribadi.  Tetapi sering mengikuti kisahnya sejak viral kisah seorang ayah (bapa tunggal)  yang memakai tudung senget kepada anak perempuannya ketika hari pertama persekolahan.

Tersentuh melihat wajah polos anak kecil itu.  Hati didesak ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam hidup mereka.  Apa yang dihadapi oleh anak kecil itu sebenarnya. Matanya sarat penuh rindu.

Peluang untuk mengetahuinya akhirnya terbentang luas apabila buku ini diterbitkan.

Petang ini menekuni buku ini. Air mata tumpah lagi.😢 Apa yang boleh dikatakan dari pembacaan naskah ini ialah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Allah jualah yang Maha Mengetahui apa hikmahnya.

Salam takziah untuk mereka sekeluarga.

Satu kehilangan yang amat perit dirasakan oleh anak anak kecil ini di saat masih mendambakan kasih sayang seorang ibu.

Semoga En Zubayry terus kuat demi anak2nya.

En Zubayry, terima kasih berkongsi pengalaman ini. Ia memberi makna/interpretasi baru tentang bagaimana cinta itu harusnya. Perlaksanaan cinta itu tidak semudah yang dilafazkan.  Harus ada pengorbanan. Berkorban segalanya. Cinta sejati sampai mati.  Semoga encik kembali bertemu dengan arwah di sana nanti. Insya4jji.

Akhirnya,  alfatihah buat arwah.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

~hargailah pasangan kita sementara masih ada. Bila sudah tiada ia hanya tinggal kenangan.

 Salmah Darjad

Status fb 14/5/2016
Post a Comment

Popular Posts