Review : Cikgu Kampung

Tidak mengenali cikgu ini secara rapat.  Tetapi saya sering mengikuti hasil tulisannya di muka buku.

Tulisannya tidak pernah tidak menyentuh hati.  Sentiasa meresap ke jiwa. Sentiasa memberi inspirasi.  Halus bahasanya. Tersusun.  Tenang hati saat membacanya. .

Apabila buah tangan pertamanya ini diterbitkan saya tidak melepaskan peluang untuk memilikinya.Teruja saya untuk belajar dari kisah musafirnya.  Kisah musafir seorang guru. Kisah yang nampak kerdil pada dasarnya tapi percayalah ia sangat berbekas di hati. .

Baru sampai semalam tapi saya sudah selesai menghadamnya.  Setiap cerita berjaya membuatkan air mata ini merembes laju.  Sebak.  Sungguh menyentuh hati dan sangat terinspirasi.

Terima kasih cikgu Shahidan Shuib di atas perkongsian pemusafiran ini.  Hasil nukilan cikgu membuatkan saya lebih memahami hati seorang guru.

 ~ @mohdzaidibachik buku ini untuk kamu. Dekat dengan kamu.


Status FB 22/6/2017

Post a Comment

Popular Posts