Alfateh

Status fb 19/7/2014

Semalam saya diconfront oleh Alfateh yang nyata tidak berpuas hati dengan saya.

Mama,  abang benci Nawal.  Katanya dengan muka bagai ditahan2 air mata dari keluar.

Hah,  nape?

Asyik nawal nawal nawal,  abang bosan! Mama tak peduli abang pun.  Katanya dengan linangan air mata.  Akhirnya air mata yang ditahan merembes laju. Bagai sudah sekian lama terpendam.

Saya terkedu.  Terkesima. Terkejut tentunya.    Namun saya beri peluang dia meluahkan.

Hu3.

😢

Ok.  Sekarang abang cakap kat mama apa abang tak puas hati.  Cerita kat mama.

Masih tersedu sedu.

Mama suka pukul abang.
Adik yang tumpahkan air.
Mama tak tanya pun sape yang buat.
Adik yang sepah bantal tu.  Adik yang tabur kuih tu.
Mama suruh abang kemas.
Adik nangis mama marah abang.  Abang tak buat pun dia.
Tadi mama mandikan dia dulu.  Abang mama suruh mandi sendiri.
Adik adik adik.

Lagi?

Banyakkk.

Ok.  Mama tahu abang marah mama.  Mari duk sini.  Mama nak cerita....

Bersambung.

Sambungan kisah Fateh. Status Fb 24/7/2017

Ok.  Mari duduk sini.  Mama nak cakap kat abang.

Mula sekali,  mama minta maaf kalau abang rasa mama tak sayang abang.  Takde mak yang tak sayang anak dia.  Semua sayang.  Tapi cara setiap anak tu berbeza.

Macam abang mama tau abang pandai mandi sendiri.  Basuh berak sendiri.  Pakai baju sendiri.  Jadi mama bagi la abang pakai sendiri. Mama nak latih abang.   Mama percaya kat abang. Mama tau abang boleh.

Macam adik adik kecik lagi.  Tak pandai lagi.  Menyusu lagi.  Semua mama buat untuk adik.  Abang kecik dulu pun mama buat macam tu jugak.  Jadi tak payah la iri dengan adik.

Abang patut bangga mama yakin dan percaya kat abang.

Yang pukul abang tu yang ni mama minta maaf memang mama salah tak tanya siapa salah. Mama terikut cara masa mama  kecik dulu yang tak kira sape salah semua kena tibai dan yang paling tua (baca: besar) yang harus bertanggungjawab sebab tak jaga adik.
Ampunkan mama penunggu gua.  🙏🙏😅

Faham tak apa mama cakap?

Tak.  Jawabnya terkebil2.

Takpelah, suatu hari nanti abang akan faham sebagaimana mama akhirnya faham sekarang yang atuk memang sayangkan mama sambil kuusap kepalanya.

Dia diam seraya berlalu. Sebelum dia menjauh sempat dia berkata :-

Mama,  abang kecil lagi.  Abang lebih suka kalau mama yang mandikan abang,  pakaikan abang baju walaupun abang dah pandai.  Abang rasa mama sayang abang macam tu.

Sebak sekejap.  😭. Itulah yang mama rasa dulu sayang.  Walaupun mama seorang yang berdikari dan atuk percaya sangat kat mama yang mama boleh buat apa saje sendiri mama nak sangat sebenarnya dimanjai begitu.

Ye sayang.  Nanti mama buat ye.

~ abang,  mama sayang abang.  In fact,  mungkin lebih kot. Abang mula hadir dalam hidup kami. Kita lalui bersama 'ujian' itu.  Abang survive demi kami.  Jadi peneman mama tika babah jauh. Jadinya,  mana mungkin mama tak sayang abang. Mungkin cara mama yang silap yang tak faham abang.  Im sorry dear.

* Nanti besar abang baca la coretan mama ni ye.  Abang akan faham.

Salmah Darjad
Mama yang bersalah.


Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin : Selamat Datang Puteri Mama

Kisah Berpantang Aku

Buaian Elektrik vs Zikir