Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Kluang RailCoffee dan Cuti2 Mersing

Babah jealous kami jalan2 Mersing aritu. Dia kena meeting. So, since arini cuti kita repeat Jalan2 Mersing once again.





Kita breakfast dekat Kluang RailCoffee.  Kluang RailCoffee ni memang terkenal di Johor. Kalau jalan2 ke Johor orang kata macam tak sah kalau tak pergi try ke sini. Kluang RailCoffee ni selalu masuk jalan2 cari makan Johor seperti rancangan Selera Selebriti dan Baik Punya. Dorang mesti cover Kluang RailCoffee ni. Original perniagaan Kluang RailCoffee sebenarnya bermula di stesen kereta api Kluang pada tahun 1938 dan seterusnya berkembang ke seluruh negara. Yang di Mersing ni adalah salah satu daripada cawangannya.




Apa yang best sangat Kluang RailCoffee ni? Tentulah kopi dia. Kopi dia dikatakan istimewa dari segi adunan dan cara menyediakannya. Tadi babah try set roti bakar, telur separuh masak dan kopi o. Ni memang signature dish dia la. Babah kata sedap. Kopi dia marvellous! Aku try mee rebus dan mocha. Pun sedap giler! Kuah dia pekat.  Boleh la kasi 4 1/2 bintang ou…

Selamat hari lahir Nenek Yam

Selamat hari lahir Nenek Yam Nawwal  yg ke 74. Doa kami semoga nenek dipanjangkan usia, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, bahagia dunia & akhirat dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat n kasih sayang yg Maha Esa.

1. Mak insan istimewa.

Selamat hari lahir babah

2007, Uia
*************

Dia masuk pertandingan menganyam ketupat (anjuran Starbazz sempena Pesta Konvokesyen Uia) kat Convest Hill. Dapat tempat kedua dan dapat hamper besar. Aku ngecek la sikit hadiah dia tu. Air soya tak silap. Haram tak dibaginya. Cisss.. Kemut. Kupik.

S : wei, aku nak satu soya tu.
Z : tak boleh, aku punya.
S : takpe, takpe. Ada lori ada bas. Ada ubi ada batas. Ko nak dengar satu cerita tak? Cerita tentang sepasang datuk nenek ni dengan ikan?
Z : Ceritalah.

2011, Jengka Pahang
************************

Dia balik pasar malam beli popia banyakkkk.

S : Apa banyak nau beli popia ni? Untuk siapa?
Z : Untuk ko la. Ko ingat tak cerita sepasang datuk nenek ni dengan ikan?
S : Ingat.
Z : Ha, ada jawapannya di situ.

2018, Tanjong Sedili
***********************

Ko tahu kan aku suka sangat kuih ni. Aku sanggup amik kelas tau nak mahir buat kuih ni. Jadi, hari ni inilah dia. Terimalah pemberianku ini. Aku nak berkongsi tentang kesukaanku ini dengan ko dan pastinya ia terbaik da…

Sweet Sampai Tua

Saya selalu perati mereka berdua ni. Abah orangnya sangat la sweet dengan mak. Balik je dari kedai balik je dari menoreh balik je dari mana mesti mak la orang pertama dia cari. Mak ko mana? Masak apa mak dia? Nak makan apa mak dia? Itulah ayatnya. Baik dan lembut je layanannya.

Bila makan pulak siap bubuhkan lauk dalam pinggan. Buangkan tulang.

 Bila mak kat dapur abah rajin menolong. Tolong siang ayam, siang ikan, mesin kelapa ataupun buat air. Mesti berdua je. Ke mana dan buat apa saja.. Always sweet. 😘

Saya suka tengok mereka. Contoh teladan  baik kepada anak-anak. Layan isteri dan suami sangat berhemah. Bergaduh, perselisihan faham tu biasa. Nama pun rumahtangga kan. Pasti ada tergigit lidah. Tapi bagaimana mereka menanganinya itu yg penting. Tak dibiarkan melarat dan tanpa pengetahuan sesiapa waima anak sekalipun. Only within their four wall.

. - dan kini saya tahu daripada mana datangnya sweet my husband. He3. 😜. Alhamdulillah.. 😍

- saya harap kami dapat mencontohi mereka. S…

Kisah Telur Masin Masak Lemak Belimbing Buloh

Arini lunch menu telur masin masak lemak bersama belimbing buluh. Jiran mil bagi telur masa balik kampung aritu.  Alhamdulillah. Rezeki.. 😊


Balik kampung aritu memang meriah. Macam2 bawaan dari kampung. Rambutan, manggis, cempedak, tempoyak, belimbing. Macam2. Tempoyak saje dekat 5kg. Mil bagi, mak sendiri bagi, kakak bagi. Jenuh nak makan. Alhamdulillah rezeki sangat. Orang bagi tanda orang ingat kita. Jadi saya tak pernah menolak bila orang bagi. Nanti orang kata tak sudi. Jadi, saya terima seadanya. Semua saya angkut bawa balik. Panjangkan sedekah di sini pula. .

Jadinya, penuh la bonet kereta balik aritu. Tak muat bonet, letak barang kat seat belakang. Fateh tidur dengan barang2. Ha3. Tapi Fateh bagus sporting je. Tak bising. Yang bising babah je cakap nnti balik bawa lori. Ha3. Marah la.. Ada aku kesah! Tunggulah aku beli lori nnti! 😁


******************************************


 Erti hidup pada memberi.

Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri. Malah dengan mem…

Kisah Kami Balik Kampung

Sejauh mana pun pergi, sesibuk apa pun kita, keluarga la tempat kita pulang. Wang ringgit dan status tidak akan mampu membeli kebahagiaan kita bersama keluarga.. 
Balik kampung adalah waktu yang paling dinanti2. Menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung adalah moment yang sangat indah. 
Ini kisah cuti sekolah bulan 8 hari tu. Masa cuti raya haji.  Cuti kalini adalah antara cuti yang dinanti2. Sebab kami dah lama tak balik. Rindu sangat. Kedua sebab musim buah. Musim buah kalini mak cakap banyak buah2 menjadi. Lagi la tak sabarnya kami.. 








Ilmu baru : Join kelas talam

Aku plan sementara aku tak keje lagi ni dan Nawal pun belum sekolah aku nak amik kelas. Kelas apa apa je la. Nak tambah ilmu dan skill baru. Husband pun support. Dia kata ambil la. Sekurang2 nya ada benda yang aku buat. Aku tak bosan. Dan selain tu dapat tambah nilai diri.
Survey punya survey disebabkan aku suka masak dan suka kuih2 husband aku suggest aku amik kelas kuih talam. Aku memang suka kuih talam. Terutama seri muka. Memang favourite. Tiap minggu pasar malam hari Rabu memang kuih ni la aku cari dulu. Makcik tu buat memang sedap.  Memang selera aku. 
Aku pun join la dengan satu Cikgu ni. Cikgu Yatie. Kelas Pjj. Aku amik 3 kelas, kelas talam biasa, talam berlauk dan chicken pie. Semua sekali RM90 tak silap aku. Lupa dah aku berapa. He3. 
Ok, kat bawah ni sebahagian daripada percubaan aku membuat kuih talam. Ada yang jadi ada yang tak. Ha3. Biasa la kan mula2. Yang penting rajin buat.  Practice makes perfect. So far, sekarang aku dah dapat momentum dia. Harap berkekalan la dan …

Checklist Masuk Fasa 30 dan 40 an

CHECKLIST MASUK FASA 30 & 40 an


Akak tahun ni dah 33. Tak lama dah nak 40. Hu3. Rasa diri makin tua. Orang kata fasa 40 an ni fasa yang sangat penting. Fasa yang kita perlu hati-hati. Kenapa ye?

Kerana :-

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan mula memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Oleh itu, marilah kita memperbaiki diri, amalan, memperbaiki hubungan dengan pasangan, ahli keluarga, kawan2, dan berjimat menyimpan untuk hari tua. Kita tak tahu bila kita akan diuji dan bagaimana.


Bila direnung balik segala perjalanan sebelum ni dari muda remaja belasan tahun memang banyak yang nak kena diperbaiki untuk menjadi insan yang leb…

Family Gathering 2018

Ni kisah 2 minggu lepas. Kami menerima tetamu rombongan Maknab dan Makyam dari Pahang melawat Sedili. Berkumpul 2 buah  keluarga besar. Alhamdulillah Allah mengurniakan nikmat keluarga ini.  
Kami bermula berkumpul di Segamat rumah adik suami. Sebab cadangnya nak gerak ramai ramai dan bersama sama ke Pontian kenduri adik Maknab pada esok harinya. Rombongan ni disertai family belah aku jugak. Tapi kakak aku je la yang ikut. Abang ngan adik aku tak ikut.  ni gambar masa di Segamat. Rumah adik ipar aku ni kuaters polis. Tingkat 4 ke 3 ntah aku pun lupa. Jenuh weh nagngkut barang. tapi seronok sebab malam tu kami geng2 menantu dan mak mertua pergi shopping kat ekspo Segamat. memang enjoy la kami. Laki2 kami pulak pi ikut abah depa jalan Melaka amik adik ipar bongsu yang belajar kat Utem. Mak mertua aku memang sporting. ha3..Elok je dia ikut kami 3 3 menantu perempuan pusing bandar Segamat. Beli macam2 buat kenangan.









Lepas makan kenduri di Pontian, kami gerak pulak ke Sedili. Perjalanan a…