Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Dia Kakakku

Dia kakak ipar kami.  Isteri abang.  Walaupun hanya ipar kami anggap dia macam kakak sendiri. Sangat baik orangnya.  Tak pernah berkira dengan mertua dan adik beradik ipar.  Dia la tempat kami mengadu dan minta tolong kalau ada apa2.

Abang dengan dia berkahwin ketika kami kecil lagi.  Aku darjah 6 Amy darjah 4 masa tu.  Lama dah dia dalam family kami.  Masa kami belajar dan kahwin dia la orang yang paling sibuk urus sana sini.  Masa zaman belajar tiapkali nak balik universiti dia la orangnya yang sibuk masak bawa bekal balik asrama dan dia la orangnya sibuk pujuk abang aku belikan aku laptop,  basikal dan beri duit belanja lebih.  Masa kami kahwin dia juga la yang tolong urus sana sini bantu kewangan mak abah walaupun masa tu dia tengah sarat mengandung Maisarah.

Masa abah sakit dia juga la yang tolong jaga abah semampunya.  Tak terbalas rasa jasa dan kebaikan dia.

Bila aku dah kahwin sekarang dan menjadi menantu sulung/kaklong pada family suami aku berharap aku dapat jadi macam d…

Kisah Hari Ini Dan Semalam

Kisah hari ini  7.2. 2018..




Pagi pagi lagi dah dapat Whatsapp adikku dah mula kerja selepas bercuti disebabkan accident 3 bulan lepas.  Semoga Allah lindungimu adikku.  Semoga Allah peliharamu adikku.  Kami semua doakan yang terbaik untuk awak.  Semoga awak dapat bekerja dengan baik dan segala urusan awak dipermudahkan.  Jaga diri elok2 tau.  Amalkan ayat kursi dan 3 qul tiapkali berpergian.  

Betul.  Hidup ni memang banyak dugaan.  Pahit manis suka duka.  Allah duga tanda Allah sayang.  Pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku.   Kita hanya perlu lalui dan nikmatinya.  Menjadikan kita lebih sabar dan kuat.  Ada pelangi lepas hujan. Bertabah lah selalu.   


Lega dengar dia naik kereta pergi kerja tak naik motor.  Risau. Baru nak sembuh kan.  Sebut pasal kancil ni terimbau kisah lalu.  Kancil ni kereta arwah abah.  Dia sayang sangat kereta ni. Dalam sayang2 tu dia bagi jugak aku lenjan kereta dia ni.  Separuh merelakan.  He3. .

Kancil dengan no pendaftaran BJB 4863 (cikgu aku panggil B…

Misi Baik Pulih Rumah

Disebabkan penyewa lama dah keluar dari rumah kami dan sudah ada bakal penyewa maka kami pun decide la untuk balik ke Temerloh bagi mengemas dan membaik pulih apa yang patut.

Bakal penyewa dah bagi hint tentang kerosakan2 yang dia tengok pada rumah tu.  Katanya,  2 pam tandas tidak berfungsi,  kat bahagian depan rumah ada bocor,  dan halaman rumah yang semak.  Bertabah la kami mendengarnya.  Hu3.

Mendengar tu kami pun mula membuat kira2 bajet untuk membaik pulih rumah tersebut.  Suami kata apa apa hal pun balik dulu tengok apa yang rosak baru buat kira2.  Tapi being me,  aku tak boleh aku tetap fikir dan mula la susah hati selagi tak settle. Aku buat jugak flownya.   Hahaha  bermasam muka jugak la kami sebabkan hal rumah ni.

Suami aku dah malas layan so dia follow je la decision aku.  Malas nak gaduh katanya.  Hahaha.  Untuk misi ni suami aku ambil cuti 2 hari dan totalnya kami hanya ada 5 hari untuk settle everything.  Pulun beb!

Ok,  here we go inilah cerita kami. Satu perjalan…